Monday, March 12, 2012

Aku Mampu Menilik

Aku ni sebenarnya ada bakat menilik. Banyak tilikan aku menjadi benar. Antaranya, aku mampu menilik...
...bila akan hujan
Bila langit dah mendung, guruh dah berdentum, astro dah hilang siaran, tandanya nak hujan lah tu.
...bila sesebuah kenderaan tu nak masuk simpang
Bila kereta itu menyalakan lampu signal, bermakna dia nak masuk simpang. Tapi motor susah sikit nak jangka, sebab motor kekadang lupa nak tutup signal. Haha
...bila aku akan masuk tidur
Bila mulut dah menguap luas sampai menangis, dan mata dah berat macam ada syaiton main gym 50kg atas mata.
...bila pelajar akan kelihatan mewah
Bila duit JPA, MARA, PTPTN atau mana-mana loan/biasiswa lain dah masuk.
...bila seseorang tu dah berasa sunyi membujang
Bila asyik update status Facebook pasal cinta, kahwin, lelaki/perempuan *aku lah tu*.
...bila minyak kereta/motor hampir habis
Bila meter dah dekat-dekat dengan garisan merah 'E'.
...bila jalan kurang jammed di pagi hari
Bila cuti sekolah sudah kembali. Tapi tandas Pavillion pulak yang jammed.
...bila kita akan berak
Bila perut rasa sakit dan rektum rasa penuh. Kalau nak tahu orang lain punya pulak, bila dia nampak gelisah, duduk senget, berpeluh, jari tangan tak boleh duduk senyap.
...bila aku akan rasa meluat
Bila melihat iklan drama hantu bersiri dan iklan krim payudara Ombak Besar di TV3.
...bila ramai pasangan yang dah berkahwin akan masuk tidur awal
Bila malam Jumaat tiba.
P/S: Datang kepada tukang tilik pun dah kira syirik walaupun belum menilik lagi. Jadi, membaca zodiak tanpa niat untuk mempercayainya pun dah boleh jadi syirik.



Comments
23 Comments

23 Kokokan Suci:

Akim Iqbal said...

Aku juga mampu menilik, kadang-kadang silap tilik. Haiya

mira maisara said...

wahh teror la ayeem nie.. :P

Clara Rella said...

hahhaha.. lwak ah.. klu gtu ak pown bley.. hahha.. bagus2 great laa..

eh.. yke? ley syirik eh.. sllu gak bce horoscope tnpa niat.. sesaje je.. hurm.. bhyelah..

Namee Roslan said...

tok yeem..tolong tilik namee kahwin bila. paling kurang pun tolong tilik bila namee nak tunang...tolong tok yeem. hahah

Cik Chokie said...

hahahaha mengong . adehh ! wa pun boleh tilik jugak macam tu XD wakakak wa dah tertipu .

Azham Vosovic said...

kah kah kah....

lawak gila but so true! hehe

wanie_mn said...

sonang hang nak kahwin satgi. senang hang nak tilik calon bini hang tu ratu ke hantu. haha ;D

Raden said...

bace ni je pom da doshe..doshe..

nia marlissa said...

tilik lah bile ayeem nak masuk meminang anak dara org :P

mizzkechique said...

tukang tilik plg hebak seantero nusantara...

✿ pink velvet ✿ said...

maknenyer sume org mampu menilik la kalau camtu ye daq? :P

IQ = Iez Qis said...

hebak mung nilik orp~

haha! sila translate~

Asningtiyas Nasdja Putri said...

wahhh!! teror la :D

kid khairiyah said...

Wiauw! Terer lah Ayeem. Tak sangka ada ilmu macam nie. I mean TAK SANGKA

cik hanny^^ said...

nujum pak ayam. hehe.. ayeem2~

El-Janna said...

bila manusia jadi alim. bila exam nak dekat. hueh989 aku pun pndi tilik gak^^

Scarlett O'Hara said...

Pandai je ayam menilik.

SoutulMujahid said...

apa tanda ayam nak bertelor? kalau kau bertelor, ada 3 bijik semuanya. kahkahkahkah

♥CIK SHA♥ said...

first time aku jumpa ayam pandai menilik..ahahaa..;p

IEQAH said...

hamboi..kalau gitu ieqah pun de bakat..hah,baik hang tilik bile jodoh hang nk sampai :)

Sky Before Pinky said...

ahaha..pandai sungguh ayeem menilik

huda jamil said...

bile ayeem update entry, mesti ramai yg like.

BOYAA MARADONA said...

... bila aku sengih sorang-2
bila ayam update blog .