Tahukah korang dengan hanya melalui pengiklanan, pendapatan kasar Vijandren Ramadass, founder LowYat.net adalah sekitar RM 8 juta setahun? *syarikat besar besar pulak yang beriklan kat forum tu*
Tahukah korang lipas telah wujud sejak zaman dinosaur lagi, tapi mereka survive sampai sekarang kerana kemampuan mereka untuk berlindung di celahan selain ketahanan kepada radiasi? *kartun Wall-E pun menunjukkan hanya lipas haiwan yang hidup pada ketika itu*
Tahukah korang filem SeeFood yang telah/akan ditayangkan di 90 buah negara sebenarnya adalah karya anak tempatan?
Tahukah korang kucing akan buat bunyi pelik terputus-putus bila ternampak cicak? Mungkin akibat sumpahan ekor putus sang cicak. *merepek tang last-last tu*
Tahukah korang sebenarnya tiada istilah fesyen muslimah/islamik dalam Islam yang sebenar kerana fesyen itu sendiri bertujuan untuk menarik perhatian orang, sedangkan dalam Islam haram hukumnya untuk menarik perhatian lelaki bukan mahram? *sekadar berkongsi kalau-kalau tak tahu*
P/S: Baru tiga hari bekerja dah rasa macam nak demam. isk :(