P/S: Lama tak update sebab sekarang busy dengan freelance projek e-Learning TM.Tahi di hujung tandukSeorang matador yang ditanduk tepat pada lubang najisnya oleh lembu jantan yang dipanaskan hatinya dengan kain merah ketika beraksi di Sepanyol.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana MekdiManusia moden yang menjadi bulat/gemuk disebabkan makanan ringan dan segera yang berleluasa di pasaran.
Kalau takut dilambung ombak, jangan baca novel Ombak RinduNovel ombak rindu mampu melambung jiwa anda sama seperti memotong bawang, mata dimasuki habuk, serta luka diletak garam dan limau.
Lembu punya susu, Tapit dapat namaTapit, seorang blogger yang menggunakan lembu sebagai maskot blognya tanpa membayar royalti walau sesen.
Yang berat sama dipikul, yang ringan kau angkat seorang lah sialSeorang yang terlalu manja asyik mahu meminta pertolongan orang walaupun hanya untuk perkara remeh.
UPDATE: 2 peribahasa terpaksa diedit bagi mengelakkan kontroversi