Thursday, July 28, 2011

First Day Sekolah



P/S: Petang, malam karang kalau nampak aku di stadium, tegur ya! Aku ni rabun ayam sikit. Mari ramai-ramai mengaum di stadium, restoran mamak or at least di rumah. Goodluck Harimau Malaya! Baham saja singa kacuk.



Tuesday, July 26, 2011

Sate Ayam Terselit Kulit

Sate, makanan yang berasal dari Ponorogo, Timur Jawa, Indonesia. Adakah ini bermakna sesiapa yang suka makan sate suka pada porno jugak? Kalau di Malaysia, sate femes di Selangor, mungkin sebab di Selangor ramai orang Jawa. Peniaga sate paling femes pun dari Kajang Selangor, Haji Samuri, orang jawa jugak.


Pada suatu hari, perbualan antara aku dan rakan telah berlaku :
Ayeem:
Aku menyampah betul lah kalau sate yang ada kulit ni. Aku nak makan daging ayam, bukan nak makan kulit ayam. Nak menipu pelanggan je kerja. Kalau ada kulit, memang aku buang kulit tu. Aku tak makan lah.
Member:
Ish gila ko! Part kulit tu lah paling sedap woi. Kalau sate ada kulit tu yang aku suka tu. Kulit tu lah yang buatkan sate tu sedap. Apa lah.
Jadi, aku terfikir balik. Adakah peniaga sate selitkan kulit ayam di celahan daging tu sebab nak untung lebih atau nak buatkan sate tu sedap? Adakah cuma family aku je yang tak suka kulit tu? Korang macam mana? Suka ke tak? Curious juga aku.

P/S: Betul ke penjual sate tenang di malam pertama? Baca SINI.



Saturday, July 23, 2011

Duit Maya Lebih Berharga

Duit maya, duit yang kita tak dapat dipegang, dicapai, dijilat dan tak dapat diselitkan pada celah ketiak. Itu lah dia duit maya, dan ia sangat berharga. Duit Maya Karin pun berharga jugak. Duit yang disimpan dalam handbag yang dikepit pada celah ketiak. Licin dan gebu woi ketiak dia. Tapi bukan itu yang aku nak cerita.

Yang aku nak ceritakan ni, kita sebenarnya menghargai duit maya lebih daripada duit realiti. Bayangkan tengah beli choki-choki kat kedai Geli Mart. Beli 2 coki-coki dengan harga 40 sen. Korang bayar seringgit. Tukang kedai bagi baki, dah blah dari kedai tu baru perasan cashier Geli Mart tadi bagi 40 sen je baki. Hilang 20 sen. Tapi kita, "alah, takpe lah 20 sen jewwww", sambil mendagu ke depan.


Kalau korang pengguna Maxos, call pengguna Sell Corn, tiba-tiba operator Sell Corn yang jawab. "The number you have dialed is currently not available. Please try again later, tengah berak agaknya". Check baki. Fakkkkkkkkk! tolak 15 sen. I hate Sell Corn! Kalau 15 sen dalam kredit henfon, bukan main berharga lagi. Macam RM1.50.

Sama juga macam, mak kau bagi RM1 sebagai upah sidai baju. "RM1? Heh, takpe lah mak". Kalau Nuffsaid yang bagi RM1 earning kat kita bukan main menggelabah lagi. Siap call mak abah kat kampung menangis-nangis kegembiraan.

Nampak bezanya? Betul tak duit maya lebih berharga daripada duit realiti walaupun nilainya sama. Lagi satu, pemain original lebih bernilai daripada pemain import. Terima kasih. Hehe.



Friday, July 22, 2011

Perkenalkan, Awek Aku

Lepas aku buat entri Pasangan Perlu Ke Sepadan?, ada lah seorang awek ni approach aku dekat Facebooo. Dia add, then borak-borak kat wall dia. Macam-macam lah yang diborakkan. Agak syerasyi bersyama lah bak kata Ajai. Aku suka personaliti dia. Periang, banyak bertanya, banyak cakap. Takde lah main tulis k, x je memanjang. Phuihh!

Rupa dia pulak sedap mata memandang. Pandang kat mana korang jangan tanya lah. Matanya agak bulat bak mata ejen contact lens. Bulu matanya lebat dan likat bak bulu ketiak aku yang disisir rapi. Hidungnya tak mancung tak kembang, just nice untuk dilaga-laga. Bibirnya merah bak bibir Maniam lepas minum air Mirinda Stroberi. Badannya pun nampak ngam-ho lah. Potongannya 50-24-38 tak silap.

Memperkenalkan! (drum roll) Meeya Ayamor! Sepadan tak? Macam telur masin dibelah dua kan? Sweet gitew. Lepas ni Meeya jadi author kat blog ni tau. Hehe.


P/S: meeya|ayeem? Macam tengok cermin. Ini adalah entri merepek.



Wednesday, July 20, 2011

Pasangan Perlu Ke Sepadan?

Hah, dah lama tak buat entry cinta. Nak buat entry cinta je lah lepas ni. Senang, takde siapa nak cop lucah! (merajuk). Persoalan aku, perlu sangat ke sesepasang, err, sesecocok, err, sesebuah pasangan (lantak lah) tu sepadan? Perlu ke sama-sama lawa dan hensem?

Pada aku, tak perlu kot. Kalau lelaki kurang hensem atau biasa-biasa, tapi si perempuan lawa, itu agak normal juga sebenarnya. Banyak juga aku nampak kat sana sini. Tapi kalau lelaki hensem, berpasangan dengan perempuan biasa, macam susah nak jumpa. Tapi kalau ada, elok lah.

Aku lebih suka tengok pasangan yang laki biasa, perempuan lawa. Series. Sebab aku terbayangkan aku berada di tempat laki tu kot. Haha. Tapi, memang lelaki tak perlukan sangat rupa pun untuk dapatkan yang lawa. Kalau nak dapat perempuan yang jenis sundal malam Sohaimu Babai, kau perlukan duit je. Kalau nak dapat perempuan yang jenis baik, personaliti pun dah cukup.


Perempuan pulak, jangan nak memilih rupa sangat lah, sebab bilangan perempuan kan lebih ramai. So, kalau korang rasa tak nak jadi andartu, andalusia, andanikenapatakkahwinkahwinlagini and so on, sila jangan memilih (ugutan daripada kaum Adam). Kesimpulannya, perempuan hok comei-comei, meh datang kat abang Ayeem single meh. Takyah pilih yang hensem bagai, pilih abang je cukup. Kahkah.

Tak terbayangkan macam mana lah kehenseman Nabi Yusuf yang kacaknya adalah separuh daripada kacak dan cantik seluruh umat manusia kat muka bumi ni. Kira kalau korang lawa atau hensem, cuma 0.0000000000000000000000001% (malas kira betul-betul) daripada keseluruhan agaknya. Walhal Nabi Yusuf punya kekacakan 50%. Tak terbayangkan jugak macam mana kecantikan Ainul Mardhiah, ketua bidadari di Syurga.

P/S: Pasangan tak sepadan ada 1 kelebihan. Dapat banyak pahala akibat diumpat selalu. Haha



Monday, July 18, 2011

Pumping



P/S: Biasanya budak skema yang suka pumping macam tu. Haha. Korang pun mesti pernah nampak kan?



Friday, July 15, 2011

Blog Yang Menyakitkan Hati

Hai, nama saya Ayeemon. Pada suatu malam yang sunyi, sedang mood saya baik untuk berblogwalking, saya terjah sebuah blog yang bernama Aku Memang Serabot. Sebaik sahaja saya masuk blognya, saya dikejutkan dengan...

content warning punya page. Bukan blog lucah kot. Saya tekan butang OREN. [CUBA CHECK KORANG PUNYA]


Kemudian, opocot mak kau! Ada popup suruh isi nama. Baiklah, saya isi.


Oh mak guard (omg)! Ada ucapan. Hehe terima kasih awak. Phuih!


Selang 0.001 saat saya dikejutkan lagi dengan lagu jiwang. Errmmm.


Tiba-tiba lappy saya jadi lag. Rupanya ada flash widget kat tepi. Takpe, sabar.


Alamak tulisan post dia. Font taik + kaler taik. Jangan lah macam ni awak.


Takpe, saya bersabar. Saya dah baca. Nak komen pulak. Alamak captcha. [CUBA CHECK KORANG PUNYA]


Ayeemon tak dapat bersabar lagi, lantas meletup
Luahkan perasaan marah korang di FUUUBOOK.COM

Ingat kawan-kawan, tak semua orang sesabar Ayeemon. Kalau aku dah meletop tang nombor 2 dah. Hehe. Aku tahu, mesti akan ada yang cakap "blog aku, suka hati aku lah". Okay, fine. Kalau kau tak suruh orang singgah blog kau, then it is okay. Tapi kalau sebaliknya, ketahuilah korang bahawa itu semua annoying. Tak tipu punya. Ramai orang tak suka, percayalah.

Biasanya benda ni blogger baru, mostly perempuan yang suka buat. Dah banyak kali memory laptop aku dump bila buka blog-blog camni. Sabar je lah. Untuk blog perempuan, sila contohi blog Fatin Liyana sebab blog dia amat simple dan kemas. Dia ambil berat pasal loading blog dia, berat ke tak. Dia jaga hati pembaca.

Aku dah buang 2 iklan aku. Dulu 6, sekarang 4 je. Sebab takut blog ni berat. Harapnya, blog ni tak terlalu berat untuk korang. Inilah yang terbaik yang boleh aku buat. Nanti-nanti aku bagi tips gila punya detail untuk blogger baru! :)

P/S: Maaf ya ada word "romen" tu. Entri ni dah lama aku buat. Malas nak edit. Haha



Tuesday, July 12, 2011

Header Terkejam-Zalim Malaysia


Sebelum ni, header aku digelar Header Terlucah-Sopan Malaysia. Mungkin ada yang tak tahu atau tak perasan header lama tu seluar Ayeem Ayam boleh diselak bagi menampakkan sebatang pisang dan 2 biji pear nya. Haha. Aku pasti ramai yang akan merindui header ni. Kalau rindu, korang pergi kat Koleksi Header ni je okay.


Sekarang, header ni digelar Header Terkejam-Zalim Malaysia. Kejam tak aku paksa ayam-ayam aku terbangkan aku? Muahaha. Seperti yang korang nampak, dulu header aku ada 4 ekor ayam. Then header sebelum ni tinggal Ngungu (ungu) je. Then, sekarang semua dah kembali. Siap ada Pucci lagi! Hehe.

Mungkin header ni kurang menarik interaktivitinya, tapi lebih colorful dan ceria. Apa pendapat korang? Cuba tengok evolusi Ayeem Ayam dari zaman dulu sampai sekarang, suka yang mana?

P/S: Pada yang masih blur, aku tukar header ni sebab aku dah tak nak ada imej lucah pada blog Ayeem Ayam. Baca pengumuman aku ni.



Friday, July 08, 2011

Thursday, July 07, 2011

Esei UPSR : Aku Sebatang Pen


Aku sebatang pen. Nama aku Kilometrololol. Badan aku berwarna putih. Topi aku pula berwarna  biru-biru CD blue. Dada aku diselaputi getah, kepingan getah. Ia bertujuan untuk membiarkan jari manusia berada dalam keadaan selesa ketika menggunakan aku. Aku mempunyai satu mata dan banyak air mata yang berwarna biru pekat. Ya, satu mata. Dajjal apak hang! 

Dari kilang aku dipindahkan ke sebuah kedai alat tulis yang bernama Kedai Alat Tulis Bukan Alat Sulit (KATBAS). Pada suatu hari, seorang manusia bernama Haniz Salikha telah membeli aku dengan harga RM1.20. Astaghafirullah, murahnya harga diri aku. Kemudian dia membawa aku pulang ke rumahnya.

Bila tuan aku ingin membuat kerja sekolah, dia akan gunakan aku. Ditonyoh-tonyohnya mata aku atas kertas. Menangis-nangis aku. Pedih woi! Bila air mata aku tersekat, diacunya mata aku pada api lighter untuk mengeluarkan air mata aku. Manusia memang kejam!

Sebagai balasan, ketika beliau menanggalkan pakaian ketika hendak mandi, aku intai dia. Hihikk. Aku siap sempat rakam video 3GP lagi. Kahkah! Amek kau! Dendam kesumat. Padan muka! Siapa suruh letak aku dekat luar je. Letak lah dalam kotak pensel. 

Tetapi setelah 2 bulan menggunakan aku, air mata aku kian kehabisan. Diketuk-ketuknya badan aku pada bucu meja, dibaling-balingnya tubuh aku pada dinding, tetapi air mata aku tetap tak keluar. Sudah kering, kau nak paksa apa lagi lahanat?? Pi beli baru lah woi!

Akhirnya, aku dicampakkan saja pada tong sampah. Tamatlah riwayat aku ditimbun sampah-sampah hamis. Memang Hamiz Salikha betul lah tuan aku. Jumpa ko kat akhirat nanti! (over)

P/S: Sila masukkan pen anda dalam kotak pensel.



Wednesday, July 06, 2011

Lelaki vs Perempuan

  • Lelaki sama lelaki peluk memang wadehel! Gay lah syial! Peluk atok ke abah ke takpe lah. Kalau peluk dalam keadaan sedih pun okay lagi.
  • Perempuan sama perempuan peluk normal lah. We are BFF ogayhh. BFF abah hang. BFF lah yang selalu jadi EFL, enemy for life. Kekeke.
  • Lelaki mandi bogel sama-sama memang true gay. Kalau tak gay pun, jenis kaki gangbang  (kenduri perempuan). Aku pun tak paham lah camne diorang boleh bogel ramai-ramai time gangbang. Adoi, gelimat!
  • Perempuan mandi bogel sama-sama pun normal. Takde hal. Kat PLKN pun dah biasa. Pasal PLKN tu, pernah dengar cerita. Hehehe rasanya betul. Siapa pernah mengalaminya? Hehe.
  • Lelaki suka kutuk member lelaki, tapi tak maksudkannya. Gurau-gurau jantan, standard lah tu main kutuk-kutuk muka hang macam taik, perut hang boroi apa semua. It is a joke, man.
  • Perempuan suka puji member perempuan, tapi tak maksudkannya jugak. Hipokrit a.k.a jaga hati. You cantik lah sayangs. Tapi dalam hati, cehh geli sial tengok muka dia ni. This is no joke, biatch.
  • Lelaki hensem tak memilih kawan, asalkan sekepala. Sekepala tu means boleh ngam lah.  Melainkan yang bajet hot. Stok lepak Pavilion aje kerja.
  • Perempuan lawa pilih kawan perempuan yang sama la lawa sama hot je. Biar tak ngam, pedulikan hati budi, as long as you are hot! Baru boleh photoshoot sama-sama. Kikiki.
  • Lelaki sama lelaki kalau gaduh main tolak-tolak. Tolak badan/dada lah, apa lagi. Tumbuk pun dikira tolak.
  • Perempuan sama perempuan kalau gaduh main tarik-tarik. Tarik rambut. Apa lah, kan lebih elok kalau main tarik-tarik kain. Hehehe.
  • Blogger lelaki top, steady je. Siap boleh biar blog bersawang (tetiba).
  • Blogger perempuan top, diva kot? Ke tak? Anyway, WWE Divas rock!
P/S: Tak semua, but mostly lah kan. Hehe sakit punggung? Padan muka! xD



Monday, July 04, 2011

Ayam-Man : Vol 2

Entri lepas - Ayam-Man: Vol 1



P/S: Tahniah atas kemaraan Harimau Malaya semalam!



Sunday, July 03, 2011

Friday, July 01, 2011

Penjelasan Isu Hangat KFC



SHAH AYAM: Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan video klip jijik seorang pekerja KFC yang menggosokkan ayam bersalut tepung pada tapak kasutnya sebelum digoreng, dan disajikan pada pelanggan for sure. Eh, teromputeh pulak.

Sidang media yang diadakan dengan pengarah Kasut Fried Chicken SDN BHD, Dato' Hey Toyam petang tadi meleraikan segala yang kusut dan kasut. 

"Ya video klip tu memang adalah pekerja kami. Kami tidak nafikan." jelas pengarah Kasut Fried Chicken pula.

"Pekerja kami buat begitu kerana ia adalah polisi kami. Nama syarikat kami sahaja dah ada perkataan 'Kasut'. Polisi tersebut hanya ingin menarik tuah, itu saja. Orang tua kata, "tuah ayam nampak di kaki" bukan? Mana tahu lepas gosok-gosok ayam pada kaki, ada duit terselit dalam stokin pekerja ke." tambah Dato' Hey Toyam lagi.

"Jangan risau, pekerja kami semua amalkan kebersihan tapak kasutnya. Mereka sudah diarahkan berjalan kaki ketika pergi ke tempat kerja bagi mengelakkan terpijak gula-gula getah ketika di dalam bas awam." jelasnya lagi.

P/S: Aku sebagai blogger paling ayam di Malaysia ni terasa kot. Sobs. Busukkan nama ayam! Busukkan nama melayu! Dah agak benda ni akan jadi racial issue. Tengok komen Youtube cukup lah. Memalukan melayu!