Friday, December 23, 2011

Esei UPSR : Gua Sepasang Kacamata Hitam



Gua sepasang cermin mata hitam. Nama gua Reban Wayfurur. Rekabentuk gua diinspirasi oleh Ray-Ban Wayfarer, dengan dua muka yang berwarna hitam 70% penembusan cahaya dan tubuh berwarna kuning. Gua dilahirkan di China, tapi lepas tu dieksport ke Malaysia, dan kemudiannya gua ditelanjang dan dipamerkan di depan orang ramai di Uptown Shah Ayam. Shukri, tauke kedai aksesori di situ melacurkan gua dengan harga RM20.

Pada suatu malam, ada seorang pelanggan bernama Awang bin Uwang, dengan nama samaran Kicap, budak sekolah menengah berumur 15 tahun yang baru saja mendapat keputusan PMR 1A 2B 3C 2D datang ingin membeli kacamata hitam atau bahasa fancy-nya shades. Shades pertama yang dicuba adalah Reban Gladiator berwarna hitam. Setelah melihat-lihat dirinya di dalam cermin dengan bajet hensem, dia tak berpuas hati lalu meletakkan kembali shades itu.

Dia kemudian mendekati gua lalu mencuba gua sambil berposewhore di hadapan cermin. Dia  tampak berpuas hati, mungkin kerana warna kulitnya yang hitam pahit itu amat kontra dengan warna tubuh gua lalu menyerlahkan kenegro-niggah-ghettoan nya. Lalu dibelinya gua oleh budak sekolah yang kelihatan baru nak naik dengan kudis khatan yang masih basah ini.

Tak sampai 24 jam gua dibeli, dia telah pun memakai gua keesokan harinya ketika melepak bersama teman-temannya dia Pavilion KL. Pada masa itu hanya Allah yang tahu perasaan gua, punyalah malu. Semua orang yang lalu sebelah dia akan pandang dia dengan muka tak puas hati. Pandang dia, automatik akan pandang gua. Sumpah gua rasa malu dan marah. Apasal lah dia ni duk pakai kacamata gelap dalam shopping mall. Gua pun tahu ia adalah perbuatan poyo. Samalah juga macam pakai headphone Beats besar gabak jalan ke sana sini. Mana nak letak muka gua ni woi??

Tak cukup dengan perbuatan memalukan itu, dia siap bergambar bersama rakan di dalam jamban di hadapan cermin dengan kelibat bangla pencuci tandas kelihatan di belakang mereka. Masa tu, gua dah putus asa untuk meneruskan hidup di dalam kemaluan, maksud gua dalam keadaan yang memalukan. Selepas bergambar bersama rakan sebayanya, dia tiba-tiba terasa hendak terkencing. Dia pun masuk ke jamban berak tu, malu hendak kencing di luar agaknya.

Ditanggalnya seluar, ternampak kudis yang masih basah tu walaupun dah 3 tahun berkhatan. Dia kencing berdiri, walaupun jamban itu untuk diduduki. Dipancut air kencingnya yang berwarna sama macam gua. "Aiseh, miss!" jeritnya dalam hati. Air kencingnya tak masuk dalam lubang jamban. Tembakannya tak kena pada sasaran. Mungkin kerana penglihatannya yang gelap akibat memakai gua.

Ditanggalnya gua dan diletakkan di atas tangki pam jamban. Pancutannya kali ini mengena. Ketika itu, tiba-tiba terlintas di dalam fikiran gua untuk melarikan diri dari dia. Gua tak sanggup lagi nak menanggung malu bersamanya! Tanpa berfikir panjang, gua terus membunuh diri dengan menerjunkan diri ke dalam lombong kuning hancing tersebut. "Ah, jilaka! Baru beli kot!", itulah ayat terakhir yang gua dengar. Gua kelemasan dan mati di tempat kejadian.

P/S: Aku tak fikir berkacamata di dalam shopping mall atau mana-mana tempat tertutup itu cool.



Comments
38 Comments

38 Kokokan Suci:

Billa.Bel said...

hahaha. hebat gile ayeem esei UPSR dh boleh karang mcm ni dh. haha

Nizam Ijam said...

hahahahaa! aku nak jd kacamat tuk perempuan r mcm tu.haha

Anonymous said...

sanggup bunuh diri tuh..

aza said...

hahahak...asyik bnuh diri ja....

ksian bebenor...

Fizfai said...

kes bunuh diri non living things ni, huhuhu.

beru tau nape brg terjatuh dlm jamban, hehehe

aamalinaazman said...

hahahahaha
ni luahan perasaan ke ape ni
gud2 :))

nurulardilla said...

yee, memang jelake habis lah esei kau ayeem. lepas ni buat esi pmr pulak, mesty lagi hebat.

cikpia said...

gila sadis cara ko mati...........

p/s : KO merujuk kepada shades ittewww.

Syat0za Zai said...

pakai spek itam masuk shopping mall macam hampagas je.adoi =..=

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA



1.uptown shah ayam mesti berlonggok anak ayam kan? (yang juga memakai shades).

2.kudis khatan yang masih basah.

3.pavi.

4.bergambar depan cermin,dalam jamban.

5.lubang jamban.itulah tempat selayaknya bagi shades yang dipakai didalam mall.

Izyan Balqis said...

hakhakhakhak...

siyes lawak seyh~

Keri said...

x lepas esei upsr cmni... bnyk kesalahan tatabahasa ni... haha

miSs aMaL said...

hahaha..ohsemla esei ko ayeem.memng brkacamat d shpg mall @ tmpt trttp itu sgt tak cool.

Shahada Fauzi said...

hahaha..tahu takpe..ingat cool ke pakai spek itam kat mall..poyo nak mampos..

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

tolong la buat happy ending plak...pliss...

Rodiah Amir said...

gila lah aku gelak guling2

Isteri Encek Bard said...

ray ben tu pun tahu rasa nak bunuh diri... klu hakak rasa nak hempuk jer poyo tu

nurul diana said...

hahaha jenama spek ray ban x bole blah

Zulfahmi Abidin said...

motif ps tu je kan yg penting kan? ceeh...

Unknown said...

hahahah mmg sesengal habis lah! pasrah betul ya kacamata hitam tu. mmg pelik pun bila tgk org yg pakai speck dlm mall, mcm apa ntah. haha

y i e n said...

bace entry ni smbil mengunyah...mmg ade effect euwww disitu, dem!

syirah rasid said...

hahahaha. loqlaqq. hat ni esei bermesej. 15% aku bagi kat hang ;p

p/s aku selalu nmpak budak kmpung aku buat sempoi bawak moto pkai rayban, pastu pakai headfon besar. dgr zikir agaknya?

jadah apakah itu ;p sobsob

safwan seth said...

terbaik,,,,aku bagi A Campur kat kau ayeem

matsen said...

ni sahih entry nak boom golongan poyo...kahkah

Tiara Fazlin said...

ada point..gua suka..haha

Anonymous said...

ok . aku pn x rase cool pkai spec mate dlm mall .

kuku said...

aku rasa macam nak cabut je oksigen kat mulut tu hahahahah kompem lemas terkapai2 hahahaha

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sengal.. haha

Cik Sibuk said...

hahahaha..lawak. Macam orang tak betul dah aku sengeh2 depan komputer baca entry ni..heheeeee

Nurul Marikan said...

ok.. cikgu bagi A+++++++ untuk esei nih. hahaha

Ain Zulaikha said...

adesss T___T hahahhaha best2x..

Dhiya Fariza said...

Bagus esei ni. Mendalammphh

YouSOF said...

Hmmm ok tu adalah pengorbanan yang bukan calang-calang.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

esei ni kalau show dekat guru besar kompem dpt A++

Amirah Rosli said...

Hahahaha,kesian spekmate hitam tu.same gak kalau pakai headphone,kite pulak yang rse malu untuk si pemakai.hahaha

Amirah Rosli said...

Hahahaha,kesian spekmate hitam tu.same gak kalau pakai headphone,kite pulak yang rse malu untuk si pemakai.hahaha

Anis Diyana said...

kalau esei upsr mana boleh guna ayat 'gua' bukan?Mwahahah

azim~ said...

kenapa..kenapa..kenapaaaaa