Monday, December 26, 2011

Memori: Nenen Botol


P/S: Rindunya nak nenen :(



Friday, December 23, 2011

Esei UPSR : Gua Sepasang Kacamata Hitam



Gua sepasang cermin mata hitam. Nama gua Reban Wayfurur. Rekabentuk gua diinspirasi oleh Ray-Ban Wayfarer, dengan dua muka yang berwarna hitam 70% penembusan cahaya dan tubuh berwarna kuning. Gua dilahirkan di China, tapi lepas tu dieksport ke Malaysia, dan kemudiannya gua ditelanjang dan dipamerkan di depan orang ramai di Uptown Shah Ayam. Shukri, tauke kedai aksesori di situ melacurkan gua dengan harga RM20.

Pada suatu malam, ada seorang pelanggan bernama Awang bin Uwang, dengan nama samaran Kicap, budak sekolah menengah berumur 15 tahun yang baru saja mendapat keputusan PMR 1A 2B 3C 2D datang ingin membeli kacamata hitam atau bahasa fancy-nya shades. Shades pertama yang dicuba adalah Reban Gladiator berwarna hitam. Setelah melihat-lihat dirinya di dalam cermin dengan bajet hensem, dia tak berpuas hati lalu meletakkan kembali shades itu.

Dia kemudian mendekati gua lalu mencuba gua sambil berposewhore di hadapan cermin. Dia  tampak berpuas hati, mungkin kerana warna kulitnya yang hitam pahit itu amat kontra dengan warna tubuh gua lalu menyerlahkan kenegro-niggah-ghettoan nya. Lalu dibelinya gua oleh budak sekolah yang kelihatan baru nak naik dengan kudis khatan yang masih basah ini.

Tak sampai 24 jam gua dibeli, dia telah pun memakai gua keesokan harinya ketika melepak bersama teman-temannya dia Pavilion KL. Pada masa itu hanya Allah yang tahu perasaan gua, punyalah malu. Semua orang yang lalu sebelah dia akan pandang dia dengan muka tak puas hati. Pandang dia, automatik akan pandang gua. Sumpah gua rasa malu dan marah. Apasal lah dia ni duk pakai kacamata gelap dalam shopping mall. Gua pun tahu ia adalah perbuatan poyo. Samalah juga macam pakai headphone Beats besar gabak jalan ke sana sini. Mana nak letak muka gua ni woi??

Tak cukup dengan perbuatan memalukan itu, dia siap bergambar bersama rakan di dalam jamban di hadapan cermin dengan kelibat bangla pencuci tandas kelihatan di belakang mereka. Masa tu, gua dah putus asa untuk meneruskan hidup di dalam kemaluan, maksud gua dalam keadaan yang memalukan. Selepas bergambar bersama rakan sebayanya, dia tiba-tiba terasa hendak terkencing. Dia pun masuk ke jamban berak tu, malu hendak kencing di luar agaknya.

Ditanggalnya seluar, ternampak kudis yang masih basah tu walaupun dah 3 tahun berkhatan. Dia kencing berdiri, walaupun jamban itu untuk diduduki. Dipancut air kencingnya yang berwarna sama macam gua. "Aiseh, miss!" jeritnya dalam hati. Air kencingnya tak masuk dalam lubang jamban. Tembakannya tak kena pada sasaran. Mungkin kerana penglihatannya yang gelap akibat memakai gua.

Ditanggalnya gua dan diletakkan di atas tangki pam jamban. Pancutannya kali ini mengena. Ketika itu, tiba-tiba terlintas di dalam fikiran gua untuk melarikan diri dari dia. Gua tak sanggup lagi nak menanggung malu bersamanya! Tanpa berfikir panjang, gua terus membunuh diri dengan menerjunkan diri ke dalam lombong kuning hancing tersebut. "Ah, jilaka! Baru beli kot!", itulah ayat terakhir yang gua dengar. Gua kelemasan dan mati di tempat kejadian.

P/S: Aku tak fikir berkacamata di dalam shopping mall atau mana-mana tempat tertutup itu cool.



Monday, December 19, 2011

Tahukah Korang? #8

Entri lepas: Tahukah Korang? #7

1. Tahukah korang Fuuubook telah berubah rupa sebab aku ada terbaca artikel tentang blogger Indonesia yang bina tema blog seakan Facebook telah disaman oleh Facebook?

2. Tahukah korang harga kereta import di Malaysia sebenarnya sangat mahal jika dibanding dengan negara lain, kerana kerajaan mahu menjaga kepentingan Proton?

3. Tahukah korang loyar buruk a.k.a loyar taik itu bukanlah sejenis lawak, tetapi sejenis medium untuk mengharapkan penerajang?

4. Tahukah korang tak semua perempuan yang tak letak gambar sendiri di Facebook itu tidak lawa, tetapi mereka berbuat demikian kerana agama?

5. Tahukah korang follower/pembaca ramai itu memang penting, tetapi follower/pembaca setia itu lebih penting?
P/S: Adakah anda rasa blogger yang telah dipaksa anda untuk follow itu akan betul-betul follow setiap entry anda?



Thursday, December 15, 2011

Sentapmaknak : Taksub Konspirasi



P/S: Aku tengok bebudak sekolah ni bila tahu pasal simbol tu, lagi diorang nak buat.



Tuesday, December 13, 2011

Memori: Check Gigi


P/S: Tahukah korang gigi aku jongang manja? *Jongang sikit, takde sampai terkeluar*



Sunday, December 11, 2011

22nd Birthday: 15 Fakta Tentang Zaim Jemain


Kalau masa anniversary blog Ayeem Ayam, ada 20 fakta blog ni, untuk birthday aku ada fakta pasal diri aku, tapi 15 je, tak sempat. :p
1. Geli dengan cicak, katak, tikus, dan segala haiwan/serangga yang tak pernah dimainkan masa kecik.
2. Berhati lembut, agak mudah menitiskan air mata lagi-lagi hal yang menyebabkan emak sendiri. Tengok filem Ombak Rindu pun boleh tacing.
3. Bila duduk kat rumah sewa dulu, aku function lah jugak, tapi bila duduk kat rumah, aku lebih suka spend time dengan family je.
4. Lepas dapat lesen 4 tahun lalu, bertahun jugak tak drive sampaikan dah takut terus nak drive, tapi sekarang dah drive macam biasa.
5. Pernah try merokok sepam masa kecik, atas dasar perasaan ingin tahu, tapi alhamdulillah tak berminat dengan rasa dan baunya.
6. Selama ni couple jarak jauh saje, tak pernah dating seumur hidup.
7. Sangat-sangat pemalu dengan perempuan bila di alam realiti, kat alam maya boleh lah huha huha, bila jumpa tersipu-sipu.
8. Selalunya menepati janji dan tak mudah berjanji.
9. Penjimat sehingga selalu digelar cashier oleh mak.
10. Kuat berak dan mudah mengeluarkan angin.
11. Agak lambat mesra bila dapat kawan baru.
12. Suka dengar cerita hantu, lepas tu takut-takut nak pergi jamban.
13. Tak suka menggila-gila tak kena tempat dan masa. Ada masa aku serius.
14. Dari first time ada akaun Facebook lagi aku memang tak suka online chat Facebook kerana mahukan privasi.
15. Lemah dalam meng'keep-in-touch' dengan rakan lama.
P/S: Aku memang seorang lelaki yang loser di mata awam, tapi ada jenis-jenis perempuan yang memang hargai keskemaan dan keanakemakan aku ni. Mana entah tak datang-datang. Dah 22 tahun dah ni, nak kahwin dah. Hahaha.



Thursday, December 08, 2011

Malam yang Sepi


Malam yang sepi pi pi,
Pak Mat jual topi pi pi,
Topinya lubang bang bang,
Pak Mat jual gendang dang dang,
Gendangnya pecah cah cah,
Pak Mat jual VCD lucah cah cah,
VCD lucahnya kena rampas pas pas,
Pak Mat jual kipas pas pas,
Kipasnya patah tah tah,
Pak Mat jual getah tah tah,
Getahnya jual putus tus tus,
Pak Mat jual kereta lotus tus tus,
Kereta lotusnya bocor cor cor,
Pak Mat jual pelacur cur cur,
Pelacurnya penat nat nat,
Pak Mat jual ubat bat bat,
Ubatnya beracun cun cun,
Pak Mat jual nombor awek cun cun cun,
Awek cun dah tukar nombor bor bor,
Pak Mat jual obor bor bor,
Obornya padam dam dam,
Pak Mat jual apam pam pam,
Apamnya basi si si,
Pak Mat jual besi si si,
Besinya karat rat rat,
Pak Mat jual kuih tat tat tat,
Kuih tatnya tawar war war,
Pak Mat jual suratkhabar bar bar,
Suratkhabarnya basah sah sah,
Pak Mat putus asa sa sa,
Berniaga memang susah sah sah.

P/S: Pak Mat memang cekal, tapi yang haram pun dibedal. Entri merepek tanpa motif



Thursday, December 01, 2011

Facebook: Hotty vs Hottak

Hotty, a.k.a hot stuff punya wall beza sangat dengan wall hottak a.k.a budak tak hot.

Relationship


Status

Photo

P/S: Bilangan komen dan likes tak bawak masuk kubur pun.