11/11/11 yakni 11 November 2011, tarikh yang cantik dan senang ingat kalau ada detik istimewa. Kalau nak cerita pada cucu cicit churpchurp pun takde lah lupa bab tarikhnya macam nak ingat tarikh kematian Parameswara. Jadi, antara detik yang korang boleh create untuk hari ni adalah :
Couple
Kalau susah sangat nak cari calon, carilah sukarelawan/sukarelawati untuk kapel sehari. Sabtu nanti clash lah. Kapel 11 minit pun jadi lah. Nanti boleh cerita pada anak cucu, buat entry atau buat novel terus.
Kahwin
Kahwin dengan 11 persalinan, 11 jenis lauk. Tapi kalau dah takde bajet tu, jangan paksa diri nak 'kahwin' jugak, siap pergi hotel murah bagai. Gilo! Baik pergi solat Jumaat lah kau.
Sunat
Cuti sekolah pun dah mula, memang elok lah kalau nak sunat. Yang dah sunat, kalau nak sunat buat kali kedua apa salahnya. Bagi pink sikit, coklat tak rare. Kalau nak sunat tu, pesan kat doktor, buang hanya 11mm kulit sahaja.
Beranak
Kalau belum sampai masa, push push jugak sambil pakai pashmina. Lagi best kalau dapat kembar 11. Yang baru 5-6 bulan, boleh lah dibedah perut tu.
Mati
Mati jangan dibuat main-main. Tapi kalau dah korang fanatik sangat dengan nombor 11 tu, boleh lah terjun KLCC dari tingkat 11, atau minum 11 large slurpee 7Eleven sampai meletup perut.
P/S: Yang suka tarikh cantik-cantik ni biasa perempuan je, tapi aku suka tarikh ni sebab 11 memang nombor kegemaran aku.