Friday, October 21, 2011

Esei UPSR : Saya Sebatang Pembaris

Entri lepas : I Sehelai Spender


Saya sebatang pembaris. Nama saya Stabilkenijatuhkang, rakan kepada Stabilo. Saya tidak mempunyai apa-apa selain tubuh keluli petak berketinggian 32cm yang diconteng dengan nombor dan puluhan garis-garis halus. Bosan bukan? Walaupun saya tiada mata, telinga dan anggota lain, tapi saya mampu melihat, mendengar, menghidu dan merasa macam makhluk lain.

Saya dilahirkan di Malaysia dan terus menetap di Malaysia apabila seorang guru sekolah rendah bernama Syed Nazri memiliki saya. Cikgu Syed menggunakan saya ketika beliau membuat kerja. Agak kerap juga beliau menggunakan saya kerana beliau adalah seorang guru Matematik. Ketika bekerja, beliau akan turut membawa sama saya ke sekolah.

Memang dah selalu sangat dah si pen dan si pensel mengusha tubuh saya. Selalu digesel-geselnya mata pen dan pensel di sisi tubuh saya. Nasib baik saya tiada nafsu serakah, kalau tak, mahunya terangsang saya ni. Saya juga digunakan bila tuan saya ingin mengoyakkan kertas dengan tepat dan jitu tanpa lipat, jilat dan koyak kertas itu.

Namun, fungsi saya berubah serta merta bila tiba kelas Matematiknya. Saya selalu dijadikan bahan untuk menyakiti anak muridnya. Kalau tak hafal sifir 3, mereka akan dirotan tapak tangannya menggunakan depan atau belakang tubuh saya. Kalau tak hafal sifir 2, lagi lah teruk. Mereka akan diketuk jari jemarinya menggunakan sisi tubuh saya. Proses penyakitan itu berlangsung setiap minggu. Itu cara cikgu Syed mendidik anak muridnya. Patutlah beliau antara cikgu yang paling digeruni, sebab garang.

Pada suatu hari ketika cikgu Syed mudi (moody), tiba pula giliran anak muridnya yang paling bangang dalam kelas, bernama Fakhrul diuji sifirnya. Sifir 3 tak lepas, dirotan tapak tangan. Agak kuat! Saya pun mengerang kesakitan, sambil makan kerang. Sifir 2 pula diuji. Pun tak lepas, diketuknya jari Fakhrul! Fakhrul pula yang menjerit perit, saya steady. Kali ni cikgu Syed menguji pula sifir 1. Bangang tak bangang sifir 1 pun Fakhrul tak lepas. 

"Fakkkkkkkkkk!" amuk cikgu Syed. Dengan bukaan ketiak yang luas, dilibasnya saya ke bontot Fakhrul. Akibat impak yang kuat tubuh saya bengkok macam nombor 3 (bentuk bontot). Akibat bau bontot yang kuat juga, saya hampir pitam. Fakhrul pula terbaring menangis, dan diusung cikgu ke tempat duduk. Cikgu Syed rasa serba salah, lantas menamatkan kelas masa tu juga.

Sekembalinya ke bilik guru, cikgu Syed dengan kekesalan mematahkan/melipat tubuh saya. Nyawa saya hilang macam tu saja. Saya rasa sangat kesal. Sekurang-kurangnya, rotan lah kat bontot budak perempuan. Eh, ada nafsu rupanya saya. Eloklah saya mati, sebelum saya buat maksiat. 

P/S: Cikgu Syed Nazri memang wujud. Cikgu paling digeruni kat SK Simpang Lima (1) Klang. Cikgu Math darjah 4 aku.



Comments
50 Comments

50 Kokokan Suci:

AZRI said...

muahahaha,bontot pompoan nak aje...

camne kalau dia baca ni? Hehehe

Wadi AR said...

dulu dulu kalau cikgu pukul parent rilek je. sekarangg, cubit seconet dah gelabah tapir masok paper

cik zaa said...

dab2 je..buatnye cikgu tu bace gak blog ayeem..abes lah

Mhmmdnabil said...

hahahahahaha, bukan main karangan kau, lawak camni boleh memikat pelbagai jenis awek la bro ! haha

siti zarizza said...

macam bangang lah seyh. HAHAHAHa

Fahmi Jaafar said...

ape cekgu pon ckp fakkkkk gak ke? ko je kott ckp klo ko jdi cekgu..haha :P

Miss Lady Iena Nazir said...

saya anak cikgu syed nazri.

nuriyliamalek said...

cool lah ayem.libas lah pmbalis itu d bontot cegu itu sdiri.HAHA

sweetpearl24 said...

hebat giler lah karangan, sure dapat A tambah star bling bling bagai lagi ni, hahahahha

♛ Rose Wolfsbane said...

gempak gile smpai patah pembaris besi, kitorang dulu kne cubit je, org kedah ckp kutei, malangnya kuku cikgu tu macam har*m je pnjangnye, sume luka2 , *cikgu BI, ckgu bergaya mantap yang garang

Anonymous said...

wow ader nafsu rupenye..huhu

SufatihaNur said...

abis la if wat karangan camni mase upsr...confirm jahanam...

kueh bakar said...

blog imiginasi tahap gaban! haha.

aidi said...

mmg power..haha...br ja terlibat dengan dunia blog ni...bnyk benda baru

Shaiful said...

Bila nak update blog terok ayeem ayam tu..rindu nk baca..

Lea Isnawi said...

hahaha..panjang sgt ke pensil tu sampai nak libas bontot

Dhiya Fariza said...

HAHAHA does fakhrul exist too?

Eera Shera said...

pembaris pun ade nafsu..kah3

Atia_gadismelayu said...

teringat lak kt cikgu math masa sekolah dlu.. lebih kurang sama jer perangai.. huhuhu..

anak ayah said...

ahahha!
mengarut super ohsem ;)

Just Mini Love said...

haha.. sian pembaris tu..

hbis la klo cikgu tu baca blog nie.. hee

haya said...

beta dulu skolah sk simpang lima (2) klang!!!! ^__^

Isteri Encek Bard said...

HHHAHAHHA BERNAFSU BACA CERITA PEMBARIS NI WAKKAKKA

rudy syah said...

terbaek...!!

cikpia said...

kalau cikgu syed itu wujud, adakah fakkkkkk-rul itu juga wujud.....??

YouSOF said...

Bertuah cikgu Syed sebab ada pembaris penyabar macam Stabilkenijatuhkang tu. Tapi sayang hayatnya pendek..

anGah said...

ayat best.. sambil makan kerang.. hak hak hak

Izyan Balqis said...

hahaha, wajib sengal!!!!

ctee hasxiera said...

cikgu syed tu cm cikgu akulah. aiyark

Yuyul said...

ayam, kalau cikgu tuhh wujud. mkna nye cerita nie cerita benar lahh ea? kalau cerita benar, kau kew yang sifir 1 tuh pong tak pas? haha.

entry baru,
http://rurulshengalsweet.blogspot.com/2011/10/10-perkara-yang-perlu-dilakukan-sebelum.html

Anonymous said...

kalau cikgu syed nazri tu wujud adakah fakhrul tu incik ayeem ayam???-_-"

Ayeem Jemain said...

dear readers.

yg real cuma nama cikgu dan subjek dia je. kejadian tu tak pernah terjadi. fakhrul pun tak wujud. hehe

Mek Onie said...

ko tau,aku taknak bayangkan no 3 tu bentuk bontot,tapi lepas ko cakap ianya bentuk bontot aku tak ley pandang no 3 tu sebagai NOMBOR,haha!

Anonymous said...

ayeem.. agak2 cikgu syed nazri ukur kemaluan die gune pembaris x?

y i e n said...

x penah imagine no 3 tu bontot, hahaha~~

giles!

The day we meet said...

adeeeeeeehhh..pembaris jd no 3!! tak terpikir aku selama ni..huhu..

cikgu tu betul2 wujud ke??kalo dia baca mau pengsan jgk cikgu tu!

Syairani Tarmizi said...

hahaha LOL. Pembaris bernafsu.

Unknown said...

nasib baik dia sebat, kalau dia guna kau buat sula si Fakhrul?


tak ke haru? terus kau jadi gay pembaris woi...

Puteri Iqa Izyan said...

best woo kene rotan time skolah. ^_^

Aisy Nasiha said...

ni karangan panjang, bukan level upsr ni..hehe, but still nice story

afz said...

sekolah situ je ke .

suzyana naim said...

hahahaha ... bontot pompuan ja ?? ish3 . huhu ...

RHI said...

hahahhaha...pembaris pembaris, begitu tragis sekali kematian mu hihihi

Galaxy said...

sempoi la blog ni....meh la jenguk blog kami lak ye?

eh?xleh tggal link....cari sendiri la ye t?

Izyan Masri said...

HAHAHA.NAMA STABILKENIJATUHKANGMEMANG MARKET SANGAT XD

Unknown said...

gampang , haha

Hello Hello said...

kahkahkah...bangang

YouSOF said...

Cheese!

Mai said...

Syed moody..hahah..

Anonymous said...

budak klang rupanye dia....satu sekolah ngn my cousin...