Monday, October 31, 2011

Memori: Main Api


P/S: Orang tua kata, kalau kita buang/bazir nasi, nasi tu akan menangis. Haha macam-macam gaya diorang ni nak didik kita. :)



Friday, October 28, 2011

Peribahasa Moden #1

Luncai terjun dengan balu-balunya
Seorang lelaki bergelar zombi yang mengajak balu-balunya mati bersama dengan terjun KB Mall sekali gus.

Sesal dahulu pendapatan, sesal sekarang tiada lagi
Seorang pelumba motor professional yang menyesal dengan pendapatan/gaji dahulunya sebagai seorang rider Pizza yang cecah hanya RM800 sebulan, tetapi sekarang dah RM8000.

Melepaskan atuk di tangga
Seorang cucu yang kurang ajar dengan melepaskan pimpinan terhadap atuknya yang lumpuh sebelah kiri ketika menaiki tangga.

Bara yang digenggam biar sampai kenyang perut
Seorang darurat kebulur yang menggenggam bara untuk memanggang tangannya sendiri untuk dimakan.

Bapa kencing mencangkung, anak kencing berbaring
Seorang anak yang terpaksa kencing berbaring (berada di hospital) kerana terlanggar pokok ketika berbasikal bagi mengelakkan diri dari melanggar bapanya yang kencing mencangkung di dalam semak.
P/S: Melepaskan batok di tangga: Untuk pengetahuan korang, batok tu bukan batuk uhuk uhuk, tapi batok tu pencedok untuk basuh kaki yang selalu ada kat tepi tangga rumah lama dulu-dulu.



Wednesday, October 26, 2011

Tahukah Korang? #6

Entri lepas : Tahukah Korang? #5

1. Tahukah korang, bila seorang penunggang motorsikal lalu di sebelah pemotong rumput yang sedang memotong rumput, mata penunggang itu akan terkebil-kebil?

2. Tahukah korang, aku minat Nora Danish semenjak pertama kali aku nampak dia dalam iklan Hotlink 7 tahun lepas (masa tu belum jadi pelakon lagi)?

3. Tahukah korang, aku pernah beraya Deepavali di rumah classmate aku 2 tahun lepas dan ayam rendang ibunya lebih sedap daripada kebanyakan yang orang Melayu buat?

4. Tahukah korang, minum clorox dan makan kapur cikgu tidak akan memutihkan kulit korang tetapi dapat memutihkan tubuh korang dengan balutan kafan?

5. Tahukah korang, blogger yang buat tutorial lah yang harus dipersalahkan di atas kemunculan blog-blog overweight?
P/S: Dua tiga kucing berlari, happy happy Deepavali.



Friday, October 21, 2011

Esei UPSR : Saya Sebatang Pembaris

Entri lepas : I Sehelai Spender


Saya sebatang pembaris. Nama saya Stabilkenijatuhkang, rakan kepada Stabilo. Saya tidak mempunyai apa-apa selain tubuh keluli petak berketinggian 32cm yang diconteng dengan nombor dan puluhan garis-garis halus. Bosan bukan? Walaupun saya tiada mata, telinga dan anggota lain, tapi saya mampu melihat, mendengar, menghidu dan merasa macam makhluk lain.

Saya dilahirkan di Malaysia dan terus menetap di Malaysia apabila seorang guru sekolah rendah bernama Syed Nazri memiliki saya. Cikgu Syed menggunakan saya ketika beliau membuat kerja. Agak kerap juga beliau menggunakan saya kerana beliau adalah seorang guru Matematik. Ketika bekerja, beliau akan turut membawa sama saya ke sekolah.

Memang dah selalu sangat dah si pen dan si pensel mengusha tubuh saya. Selalu digesel-geselnya mata pen dan pensel di sisi tubuh saya. Nasib baik saya tiada nafsu serakah, kalau tak, mahunya terangsang saya ni. Saya juga digunakan bila tuan saya ingin mengoyakkan kertas dengan tepat dan jitu tanpa lipat, jilat dan koyak kertas itu.

Namun, fungsi saya berubah serta merta bila tiba kelas Matematiknya. Saya selalu dijadikan bahan untuk menyakiti anak muridnya. Kalau tak hafal sifir 3, mereka akan dirotan tapak tangannya menggunakan depan atau belakang tubuh saya. Kalau tak hafal sifir 2, lagi lah teruk. Mereka akan diketuk jari jemarinya menggunakan sisi tubuh saya. Proses penyakitan itu berlangsung setiap minggu. Itu cara cikgu Syed mendidik anak muridnya. Patutlah beliau antara cikgu yang paling digeruni, sebab garang.

Pada suatu hari ketika cikgu Syed mudi (moody), tiba pula giliran anak muridnya yang paling bangang dalam kelas, bernama Fakhrul diuji sifirnya. Sifir 3 tak lepas, dirotan tapak tangan. Agak kuat! Saya pun mengerang kesakitan, sambil makan kerang. Sifir 2 pula diuji. Pun tak lepas, diketuknya jari Fakhrul! Fakhrul pula yang menjerit perit, saya steady. Kali ni cikgu Syed menguji pula sifir 1. Bangang tak bangang sifir 1 pun Fakhrul tak lepas. 

"Fakkkkkkkkkk!" amuk cikgu Syed. Dengan bukaan ketiak yang luas, dilibasnya saya ke bontot Fakhrul. Akibat impak yang kuat tubuh saya bengkok macam nombor 3 (bentuk bontot). Akibat bau bontot yang kuat juga, saya hampir pitam. Fakhrul pula terbaring menangis, dan diusung cikgu ke tempat duduk. Cikgu Syed rasa serba salah, lantas menamatkan kelas masa tu juga.

Sekembalinya ke bilik guru, cikgu Syed dengan kekesalan mematahkan/melipat tubuh saya. Nyawa saya hilang macam tu saja. Saya rasa sangat kesal. Sekurang-kurangnya, rotan lah kat bontot budak perempuan. Eh, ada nafsu rupanya saya. Eloklah saya mati, sebelum saya buat maksiat. 

P/S: Cikgu Syed Nazri memang wujud. Cikgu paling digeruni kat SK Simpang Lima (1) Klang. Cikgu Math darjah 4 aku.



Monday, October 17, 2011

Sentapmaknak - Bila Gigirl Bergambar

Entri lepas: Lelaki Merokok


P/S: Banyak lagi memek/pose pelik yang perempuan suka buat, tapi cukup lah 6 jenis ni. Kang ramai sangat pulak yang sentap bagitahu kat mak bapak.



Friday, October 14, 2011

Super Skema

Dari segi bahasa, manusia skema adalah manusia yang terlalu ikut peraturan/skema. Tapi, masyarakat kita selalu menilai skema daripada rupa luaran. Agak-agak dressup macam takde sense of style, memang kena cop skema lah. Pada gambarajah 11.1 di bawah ini adalah rupa budak lelaki super skema bila ke sekolah.

gambarajah 11.1
Selain daripada tu, personaliti dia haruslah seperti berikut:
1. Seorang otaku (die hard fan anime/manga, games).
2. Tak pernah beli/memiliki/memakai seluar jeans.
3. Baju shirtnya besar gabak, bukan cutting polo.
4. Kasut jalannya adalah sejenis kasut sukan, bukan sneakers.
5. Bila berjumpa teman baru, dia akan ucap "Selamat berkenalan, nama saya...".
6. Bila berborak dengannya, korang akan rasa mengantuk.
7. Bila dia buat lawak, dia akan ketawa sensorang.
8. Bila teman melucah, dia akan sengih sambil berkata "Haha kepala otak awak!".
Fakta Skema:
1. Budak sekolah perempuan pulak, yang pakai Bata tak semestinya skema, sebab yang hotties pakai Bata style biasanya. Yang pakai Converse style pulak, biasanya ramai minah rempit/banjir.  Masa zaman aku lah, sekarang tak tahu.
2. Braces (pendakap gigi) asalnya ramai budak skema je yang pakai, tapi bila dah ramai hotties yang pakai, ia kemudiannya dianggap sesuatu yang cool.
3. FSKM (Fakulti Sains Komputer & Matematik) UiTM juga digelar FSKMa.
P/S: Aku suka perempuan yang skema (baik), tapi masih ada sense of style.



Tuesday, October 11, 2011

Tahukah Korang? #5

Entri lepas - Tahukah Korang? #4

1. Tahukah korang, jajan/snek yang aku paling gemar tapi dah pupus adalah snek sayur Double Decker yang kaler hijau bentuk macam # tu?

2. Tahukah korang, setengah daripada blogger yang komen tak baca sampai habis pun entry korang, tapi kebanyakannya yang silent read akan baca penuh entry korang?

3. Tahukah korang, bertudung itu tidak mengurangkan sedikit pun kecantikan korang malah menambahkan keayuan, seperti Irma dan Wardina?

4. Tahukah korang, Dragon Ball ada 7 biji kesemuanya?

5. Tahukah korang, 30% lelaki di dunia ini mempunyai moobs a.k.a man boobs dan aku adalah salah seorang daripada 30% itu?
P/S: Kalau nak tengok moobs aku, get ready YM dan topup maxis RM30. Kahkah!



Sunday, October 09, 2011

Memori: Bhai Roti


P/S: Apa korang ingat 'bhai' tu ayat baru macam 'der' ke? Bhai tu memang panggilan khas untuk benggali, atau yang muka macam benggali seperti Man Bai. Sekarang ni dah payah dah nak cari bhai roti. Bangla karpet berlambak lah. 



Friday, October 07, 2011

Tegur Tiak Tengik


Tiak/ketiak semua orang pun tengik. Tak percaya? Sila jangan pakai deodorant selama sebulan, dan nantikan hasilnya. Kalau ada yang tak tengik tu, mungkin anda bebas 100% daripada rempah ratus dalam masakan. Aku tak pasti perempuan ada ke tak kes-kes tengik ni. Macam mana eh nak tegur diorang ni? Aku ada cadangan.

BERKIAS
"Nyaman sungguh udara kat sini. Hijau tak muka aku?" *time sebut nyaman tu, tinggikan suara sikit, dan beliak bulatkan mata*

"Bila aku tengok chicken wings ni, teringat pulak aku kat ketiak pak cik aku. Tak selera pulak aku nak makan weh. Hang nak?"

"Nah, deodorant ni aku dapat kat dalam hamper semalam. Aku menang peraduan mewarna. Ambil lah, aku dah ada banyak deodorant dah."

"Ketiak dalam bahasa omputih apa eh? Lupa lah, rempit ke samprit eh?" *buat-buat tengah type mesej dalam henfon*

Sambil menulis karangan: "Ke... ti... ak, eh, ketiak pulak. Nak tulis ketika. Liquid paper puhlease."

EXTREME
"Kau ratah bawang sebagai snek eh malam tadi time tonton Cakeralama TV33?"

"Bau apa ni eh? Macam bau ketiak jiran aku lah. Jauh bebenar sampai ke sini bau nya!"

"Kau pakai deodorant yang roll tu ke, yang macam gincu tu? Saje je tanya."

"Dah lebih sebulan, asyik aku je bau ketiak kau. Meh sini bau aku punye pulak"

"Kau sapu kunyit ke kat ketiak kau ni?"
P/S: Pernah dengar mitos, perempuan mampu teransang dengan bau ketiak lelaki. Aku nak buang deodorant aku lah kalau gitu!



Wednesday, October 05, 2011

Manusia Takkan Pernah Puas

1. Yang gemuk minum jus mate 5 sebab nak kurus. Yang kurus pulak minum Appeton Gain Weight sebab nak gemukkan badan sikit.

2. Cina nak mata besar sebab nampak kawaii, yang melayu pulak nak mata sepet macam amoi so that boleh letak nama Facebook "AhMoY cUmElz".

3. Bila single, rasa sunyi, rasa nak couple. Tapi bila dah couple, rasa terganggu, rasa nak single pulak.

4. Bila perempuan tu tak bertudung, orang lain mengumpat-ngumpat cakap pasal dosa. Bila perempuan tu dah bertudung ngumpat-ngumpat pasal niat/keikhlasan bertudung pulak.

5. Bila Ayeem Ayam melucah, ngumpat-ngumpat "Tak tahu malu betul". Bila Ayeem Ayam dah berhenti melucah, "Hipokrit lah mamat tu". *rekaan, takde kena mengena dengan sesiapa.

6. Bila hujan, marahkan hujan, jam lah, basah lah. Bila panas terik, mintak hujan turun pulak.

7. Bila berak cair (cirit birit) salahkan yayik, bila berak keras (sembelit) pun salahkan yayik.

8. Bila dah kerja, rasa macam nak study balik. Bila dah study balik, tension rasa nak kerja balik pulak.
P/S: Yang last tu aku lah hehe.



Monday, October 03, 2011

Sentapmaknak - Lelaki Merokok

Entri lepas : Wang Segera


P/S: Sanggup korbankan prinsip demi rupa, takde bezanya korang dengan budak fixie. Sentap tak mak?