Wednesday, September 07, 2011

Esei UPSR : Aku Sebiji Mercun

Esei lepas - Kami Sepasang Kasut


Aku sebiji mercun. Baka aku adalah mercun bola. Bentukku bulat dan bercorak seperti bola. Aku punya sehelai jambul di atas kepalaku. Dalam badanku sarat dengan serbuk letupan. Aku dilahirkan di China, tapi dieksport ke Malaysia melalui kapal laut secara haram. Bila aku sampai ke Malaysia, terus aku boleh berbahasa Melayu. Aku pun dah reti makan ketupat dan rendang semenjak tu.

Bila aku sampai Malaysia, aku dijual kepada seorang peniaga mercun dan kemudian dijual pula kepada seorang budak 14 tahun bernama samaran Ajim. Ajim bukan saja membeli aku, dia juga membeli 9 biji kembar-kembar aku. Malah, dia juga membeli teman-teman aku, si mancis 2 kotak, dan thunderclap 10 batang. Tapi dalam banyak-banyak mercun, baka bola antara yang paling merbahaya.

Pada suatu malam 7 likur, Ajim bermain mercun bersama-sama rakannya. Mereka bermain dengan cara ganas dan kejam. Antaranya, menyumbat mercun mancis dalam mulut cicak kemudian membakarnya. Membunuh cicak memang sunat, tapi jangan bunuh dengan kejam. Eh, mercun Muslim rupanya aku ni. Alhamdulillah.

Bukan itu saja, Ajim juga membaling kembar serta rakanku ke arah orang yang baru pulang dari masjid menunaikan solat sunat Terawikh secara gerilla a.k.a sembunyi-sembunyi. Baling sipi-sipi tu takpe lah lagi, tak merbahaya sangat. Paling kejam Ajim membaling kembar ku yang ke-9 ke atas serban tok imam. Lahanat punya budak. Nasib baik serbannya tebal dan tinggi, tak tembus kepala tok imam.

Kini, tinggal aku saja mercun yang tinggal. Yang lain telah pun terkorban. Masih tak serik, Ajim merancang membaling aku ke arah anak tok imam yang cun melecun tu. Tak boleh jadi, aku perlu buat sesuatu. Sebaik saja Ajim membakar jambul aku, aku cepat-cepat menghembuskan hingus aku. Jangan tanya mana datang hingus tu, semua dengan izinNya. Hingus tadi membuatkan aku melekat kuat pada tangan Ajim. Ajim dah gelabah kerana tak terlontar aku dek akalnya.

POMPPP KECEPERRR! Aku terkorban di tapak tangan Ajim. Namun aku puas kerana dapat memberi balasan dan pengajaran kepada Ajim yang kemudiannya menjadi cacat seumur hidup akibat putus 4 jari. Jari kelingking aku tinggalkan supaya mudah baginya untuk mengorek hidung. Apa-apahal pun, doakan supaya roh aku aman di sana ya kawan-kawan? Assalamualaikum.



Comments
85 Comments

85 Kokokan Suci:

a z i e i s m a i l said...

haha, okay 80 mark utk awk :)

Wadi AR said...

POMM KECEPERR. bunyi mercun jawe ke?

Mohd Hafiz said...

Jari kelingking aku tinggalkan supaya mudah baginya untuk mengorek hidung.

SUMPAH LAWAK . HAHAHAHAHA

Faiz Tapit said...

okey, aku taw itu bunyi yang sungguh jowo. hahah

♥jiehaa♥ said...

caiitt.....hahaha

Aiko FarahShahida said...

adeh.

tahniah.

90 markah

Muslimah Optimis said...

heheheh... ayat last tu memang lawak la..

aque said...

waalaikumsalam....

same2 kite doakan... amin....
(bantai gelak...hahhahah)

Syazwan said...

hahahaha. sebab tanak cederakan anak imam cun melecun

nice one!

Elly Jade said...

haha..akak membayangkan kalau anak murid akak bca blog ayeem
agknya mcm ni ke cara dorg tulis.hehe

Nick said...

Haha.. Mana datang hingus ayim ?

Lyndaz said...

baguih2...

awat ang xlompat masok dalam lubang idung dia ja?
haih... ==''

anGah said...

mercun katak takde ke? sadis...

Mohd Hazwan said...

baek betul mercun ni tinggalkan jari kelingking haha

hana said...

baiknye mercun..
tinggalkn satu jari je ye...
hahaha

Amna Shark said...

adoi.. tngh2 mlm camni, aku ketawa sengsorang.. lain kali, post siang hari.

kura said...

komfom roh tu aman woi. eh yeke? hahaha

Atia_gadismelayu said...

hebat betol mercun tue.. mati syahid tue.. hehehe..

Falling . said...

sengal~~~~

Engku Sofea said...

AYEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM lawak sungguh !!

syirah rasid said...

kahkahkah


imaginasi level ke berapa dh nehh. hadoiaii

alepridz said...

hahaha... tak bleh blah... mercun beragama islam dan mempunyai hingus...

baka bapuk ker mercun bola tu ayeem...?
meletup bunyi POMPP KECEPER..
kalau jantan mesti bunyi KEBABOOM!!

hehe

aza said...

hahahahha....
smoga roh mercun td aman...
aminn...

eton said...

ayoo.. pening jugak nak baca.. akhirnya cerita sang mercun.. :)

Fahmi Jaafar said...

asal x tinggalkan jari tunjuk.. lagi sdp kot buat korek idong..haha :P

Nyamuk Terbang said...

pomp keceperr..mercun msuk angin nie

Farhan Hanif said...

mercun jawa ke ni....hahaha

Unknown said...

mercun bola dengan bola bola api nana acik spin tu sama tak?

fatin syahirah :) said...

siot kau buat aku gelak macam orang gila di tengah malam T.T

msredcheesecake said...

pendendam jugak mercun bola ni...tak boleh ke kita menegur kesalahan org dengan cara yg lebih baik? geehhee....

Ked said...

sunnguh muslimah mercun tersebut..tahniah kerana beliau mati syahid..hahaha

siti zarizza said...

muahahahha. sengaaaal. dasar jawaaaa !

AsyiqinBadri said...

haha... sengal la... adess~

FaKArePa!n said...

adoyaii..nak terberak aku tahan gelak baca entri ko ni ayeem weh..ko ni sungguh kejam..

chiah_ismile said...

next week bleh dak2 upsr wat esei gini tuk jwb peksa..hebadd ko bg idea..hahaha

y i e n said...

pdn muke ajim ... bersyukur lah still ade jari nak korek idung, ahaks~

Unknown said...

cikgu bagi satu bintang bole?

Baiz Mamat said...

bagus esei ko ni..boleh dapat 100% mark ni.hehehe..

Unknown said...

keceper tu yang x nenahan...90 markah akak bagi..lagi seploh ilang sebab yang bercerita tu dah arwah...

Izyan Masri said...

OKLAH.UTK ESEI NI CIKGU BAGI 120 MARKAH JE.AMACAM? XD

Kepala Mancis said...

gua harap anak tok imam datang selamatkan ajim.

Jue said...

hahahaha dan muka ajim..nakal sgt!!!

arora said...

nie karangan jenis biografi klu tak silap...*tgn garu2 kepala..

Namee Roslan said...

hahahhaha, padan muka ajim. sape suh bunuh cicak dengan kejam. hahah

Robot | Sakti said...

confirm dapat A++ campur 5 bintang.hahaha

NUR AMINA said...

Anak akak no.3 nak ambik UPSR, kena suruh dia baca blog Ayeem la kalau mcm ni

http://amyadria.blogspot.com/2011/09/pada-suatu-hari-3-makhluk-allah-iaitu.html

Anonymous said...

paling eksaited buat karangan ni dulu2..haha

khryh said...

kah3..tak boleh blah laa..tinggal jari kelingking untuk korek hidung?? haha

Shahada Fauzi said...

hahaha..comel jek mercun ni..memberi pembalasan ye?

maszull said...

salam...sadis sungguh...:)

Anonymous said...

entry best...dah tak masyuk lorr blog ayeem sekarang. tak happening macam dulu :(

Ayeem Jemain said...

anon hehe happening macam mana tu?

Unknown said...

HAHA mercun tu mmg baik lah :D

Unknown said...

hah..ni lah jawapan kepada persoalan aku selame ni... ptot pun mercun skang bahaya...pasal byk hengus

Najwa Not Nadrah said...

Kelakarlah... tapi best.. siap ada pengajaran sekali... =D

Anonymous said...

hahaha....hebat!!! kalo aku jdik cikgu, aku akan rase sronok je nak tnda karangan mcm ni...xde la busan...hahaha

Isteri Encek Bard said...

cian ajim

nine said...

alololo HAHHAHAHA aku doakan lagi empat jri dia selamat di alam sana

Anonymous said...

@ayem

happening yang dimaksudkan emmm macam ntah, takleh nak cakap lorr, tapi rasa macam dah lain la. ^^" tapi takpe la, still best ayeem! goodluck!

Ayeem Jemain said...

@anon hehe takkan sebab dah tak lucah kot. tp kalau dulu lagi lah banyak entri yang tah pape. hehe. anyway thanks! :)

Unknown said...

satu jari tinggal pun jadi la dari tak de..

Nailofarhazirah said...

mercun muslim..
xbleyh blah..
*gelak guling2

OmmaWany said...

eden suko! boleh suh adik eden guna tajuk nie untuk tajuk bebas...hahaha

Anonymous said...

hahahahaha! bengong kau ayeem! mau pengsan gua gelak! gua bagi 99% kot~

Bukan si buaya said...

aku musykil btol laa yg part hingus tu... hahaha.. nice one! :)

✿ cik pieQa ✿ said...

kalau aku jadi mercun tu, aku takkan tinggalkan satu jari pon.

bia si ajim tu korek idong pakai jari kaki.

Pearl Atikah Binti Muhammad Akhir said...

ermm.. ada pendahuluan, ade isi, ade penutup.. okey anda lulus dgn cemerlang.. 85%.. =P

sYafIk-wAy said...

padan muka ajim . haha

Amy Syahirah said...

haha ayeem , kreatif ,terbaik !!

Unknown said...

kahkahkahkah..lawak gila ! sengal ayeem ni

Alis Misnan said...

hahhahaha kesian deh!

Unknown said...

dem , essay aku teruk !

Anonymous said...

wah pandai-pandai
confirm karangan cikgu kasi A :P

Unknown said...

haha..bagus.90 markah!

Mumu Abdullah said...

penggunaan imbuhan bahasa yg SALAH!!! manade MERbahaya... BERbahaya la..*perasan bagus jap

Engku Sulwani said...

120%! haha

Azira rahman said...

ahahaha...
sengal dow

adrinaqamarina said...

aku rindu nak main thuderclap!

Unknown said...

ahha.....nsib bek anak tok iman 2 cun..haha....lawak tol ko ayeem...

YouSOF said...

Ini esei yang mantap, tepat kena batang hidung manusia yang jakunkan mercun pembakar duit macam tu..

Besar jasa mercun tu kepada anak tok imam, kalaulah ia masih hidup..

NadyaBubble said...

nice nice, boleh dpt straight A mcm ni :D

miz rara v(",) said...

id0p mercun b0la!

miera said...

haha!
gile lah kau
tinggalkan jari kelingking je ye..

Anonymous said...

hahahahaha. adoiii tu la ajim., kejam sgt..

DaYaH JeLitA said...

laaa apesal tak lompat masuk dalam seluar?? boleh memusnahkan mercun roket dan mercun telur sekaligus..ehhh? hakhakhak