Aku berkongsi tips ni bukan bermakna aku nak tunjuk aku bagus, tapi nak kongsi apa yang aku amalkan. Harap dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Dalam blogging ni, nama/identiti adalah sesuatu yang penting dan patut dititikberatkan. Pemilihan nama yang salah, memang susah nak bersaing dengan blogger lain sebab identiti yang kurang kuat. Okay, untuk blog ada 3 jenis nama, which is nama watak, nama blog dan nama url. Ketiga-tiga nama ni patut sama.
Contoh untuk 3 nama yang sama
Nama watak : Ali Pailang
Nama blog : Ali Pailang
Nama url : alipailang.com
Contoh untuk 3 nama yang tak sama
Nama watak : Ali Mamax
Nama blog : Roti Canai Itu Menggemokkan
Nama url : makankarimembawahapakketiak.blogspot.com
Yang kat atas ni dah lah tak sama, dah tu bukan main panjang pulak nama dan urlnya kan. Reader pun susah nak ingat. Bila semua tu sama, elok untuk identiti dan SEO for sure. Selain daripada menyama dan memendekkan nama-nama tu, ada beberapa faktor yang korang patut ambil kira. Antaranya:
Jangan letak nama yang bersifat sementara. Contohnya aiman2011.com (tahun depan takkan nak tukar aiman2012.com pulak?), shahsayangrosnah.com (kalau dah breakup camne?), ciknenas.com (kalau dah kahwin nak kena tukar puannenas.com pulak?) dan lain-lain. Memang lah korang takkan ubah, tapi macam tak best lah bila nama blog tu dah tak sync dengan kehidupan semasa kan.
Jangan letak tanda "!", "~", dan sewaktu dengannya kat nama blog. Aku tahu ramai letak "!" kat depan nama blog sebab nak duduk kat ataaaaaaas sekali bila dalam reading list/dashboard Blogger.com. Kan kan? Tapi macam kurang formal lah. Ada ke Facebook buat !~Facebook~!? Of course not. Follow yang professional lah.
Jangan letak huruf kEcIk bEsAr dan ejaan pewliks-pewlieks kat nama blog dan nama watak korang. Sangat lah tak formal. Aku gunakan formal instead of professional sebab professional tu macam poyo sangat. Blog Wordpress boleh lah dapat title professional. Haha.
Jangan letak effect kat nama blog korang. Contohnya, efek tulisan bergerak ke, letak mesej tambahan ke, letak efek typing ke. Bab ni, boleh rujuk nama blog (pada tab) terok.ayeemayam.com.
P/S: Jangan lah tukar url korang, biar je. Nanti lagi banyak masalah. Tips ni untuk yang baru nak buat blog je. Untuk kuatkan lagi identiti, buat logo atau maskot sendiri.