Friday, September 30, 2011

Esei UPSR : I Sehelai Spender



I sehelai spender, yakni seluar dalam untuk para lelaki. Jadi, sudah semestinya lah jantina I ni pun laki kan? Erm, nama I Renomah, singkatan untuk Renovate Rumah. Bentuk I segi tiga, tapi I bukan ahli Freemason peringkat ke-33 ya. Warna tubuh I adalah hitam, dan diperbuat daripada kain berkualiti tinggi. I tiada apa-apa kecuali dua lubang hidung serta mulut yang fleksibel dijahit dengan benang getah. Saiz I pula adalah M dan I berasal dari Paris, Perancis. Tu sebab I ni high maintenance sikit siap ber I U lagi haa~ Kelas I ni kan, jah.

Kemudiannya I dieksport ke Malaysia dan dipasarkan di EAON Joscu Bukit Tinggi, Klang. Harga I RM50. Tapi bukan I seorang saja lah dalam kotak tu, ada lagi dua orang teman I. So, dah hampir sebulan duduk di rak jualan tu, akhirnya ada seorang hamba Allah ni mencapai dan membeli kami. Rupanya sungguh tampan, badannya pula tegap. Baunya sangat harum, perfume Hogu Buss ni. Tapi, malangnya dia jalan seperti seorang perempuan.

Oh shiat, adakah ini yang dikatakan gay? Pertama kali I lihat tau. Walaupun I ni ber I U, tak bermakna I gay tau! Nauzubillah, dilaknat tahu?? Apa lah nasib I apabila dimiliki lelaki ini? I sungguh risau, tak lalu minum apatah lagi makan. Mandi pun tak basah. Tak lama kemudian, baru I tahu namanya Mejah, tapi rakan-rakan panggil beliau Mew a.k.a Miu.

Tiba suatu hari di bilik Mew, Mew membuka kotak tempat I tinggal. Dia ambil rakan I lalu disarung kedua kakinya menembusi kedua belah lubang hidung teman I. Yang tak tahannya kemaluan Mew tersekat di anak tekak rakan I tu. Oh mak guard, rakan I tu nampak kelemasan! I bersyukur kerana bukan I yang dipilih Mew. Namun, I sedar satu hari pasti akan tiba giliran I pula.

Selang beberapa hari, Mew menuju ke kotak kami lagi. Tinggal berdua je masa tu. I berdoa supaya Mew tidak memilih I sebab I tak nak alami apa yang rakan I alami hari tu. Lagipun I tak bernafsu langsung kepada lelaki. Geli kot benda tu masuk dalam mulut! I bukan gay! Tapi, nasib I malang. Mew memilih untuk memakai I.

I nangis teresak-esak. I menggigil ketakutan. I tak mahu dilaknat. I tak nak jadi gay! Mew mengibas-ngibas tubuh I. Sedang direnggangnya mulut I untuk disumbat kaki, I cepat-cepat mengoyakkan mulut I sendiri sampai lah I tidak bernyawa. Rupa I dah takde rupa spender dah masa tu, rupa layang-layang mungkin ada. I dah tak boleh dipakai, dah koyak rabak sebak. Lalu dibuangnya terus I ke dalam tong sampah. I tak kisah jika kehilangan nyawa sebab I mati dalam mengelakkan diri dari maksiat yang songsang.

P/S: Kesimpulannya, janganlah pakai spender.



Wednesday, September 28, 2011

Blogging Tips #1 - Nama, Nama dan Nama

Aku berkongsi tips ni bukan bermakna aku nak tunjuk aku bagus, tapi nak kongsi apa yang aku amalkan. Harap dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Dalam blogging ni, nama/identiti adalah sesuatu yang penting dan patut dititikberatkan. Pemilihan nama yang salah, memang susah nak bersaing dengan blogger lain sebab identiti yang kurang kuat. Okay, untuk blog ada 3 jenis nama, which is nama watak, nama blog dan nama url. Ketiga-tiga nama ni patut sama. 
Contoh untuk 3 nama yang sama
Nama watak : Ali Pailang
Nama blog : Ali Pailang
Nama url : alipailang.com
Contoh untuk 3 nama yang tak sama
Nama watak : Ali Mamax
Nama blog : Roti Canai Itu Menggemokkan
Nama url : makankarimembawahapakketiak.blogspot.com
Yang kat atas ni dah lah tak sama, dah tu bukan main panjang pulak nama dan urlnya kan. Reader pun susah nak ingat. Bila semua tu sama, elok untuk identiti dan SEO for sure. Selain daripada menyama dan memendekkan nama-nama tu, ada beberapa faktor yang korang patut ambil kira. Antaranya:
Jangan letak nama yang bersifat sementara. Contohnya aiman2011.com (tahun depan takkan nak tukar aiman2012.com pulak?), shahsayangrosnah.com (kalau dah breakup camne?), ciknenas.com (kalau dah kahwin nak kena tukar puannenas.com pulak?) dan lain-lain. Memang lah korang takkan ubah, tapi macam tak best lah bila nama blog tu dah tak sync dengan kehidupan semasa kan.
Jangan letak tanda "!", "~", dan sewaktu dengannya kat nama blog. Aku tahu ramai letak "!" kat depan nama blog sebab nak duduk kat ataaaaaaas sekali bila dalam reading list/dashboard Blogger.com. Kan kan? Tapi macam kurang formal lah. Ada ke Facebook buat !~Facebook~!? Of course not. Follow yang professional lah.
Jangan letak huruf kEcIk bEsAr dan ejaan pewliks-pewlieks kat nama blog dan nama watak korang. Sangat lah tak formal. Aku gunakan formal instead of professional sebab professional tu macam poyo sangat. Blog Wordpress boleh lah dapat title professional. Haha.
Jangan letak effect kat nama blog korang. Contohnya, efek tulisan bergerak ke, letak mesej tambahan ke, letak efek typing ke. Bab ni, boleh rujuk nama blog (pada tab) terok.ayeemayam.com.
P/S: Jangan lah tukar url korang, biar je. Nanti lagi banyak masalah. Tips ni untuk yang baru nak buat blog je. Untuk kuatkan lagi identiti, buat logo atau maskot sendiri.



Monday, September 26, 2011

Cantik Mana Pun Dikau

01. Cantik mana pun dikau, kalau korek-korek hidung ada timah kelabu jugak.

02. Cantik mana pun dikau, kalau lepas makan ada tahi gigi jugak.

03. Cantik mana pun dikau, kalau kena hujan tetap basah jugak.

04. Cantik mana pun dikau, kalau berpeluh celah-celahan bau hamis jugak.

05. Cantik mana pun dikau, kalau pinjam PTPTN kena bayar balik jugak.

06. Cantik mana pun dikau, kalau gagal pelajaran kena marah dengan mak jugak.

07. Cantik mana pun dikau, kalau duduk tepi buaya kena baham jugak.

08. Cantik mana pun dikau, kalau jatuh motor kepala benjol jugak.

09. Cantik mana pun dikau, kalau kentut senyap-panas bau telur jugak.

10. Cantik mana pun dikau, kalau naik bas RapidKL kena bayar RM1 jugak.

11. Cantik mana pun dikau, kalau kencing kena cangkung/duduk jugak.

12. Cantik mana pun dikau, kalau mengandung perut besar jugak.

13. Cantik mana pun dikau, kalau call boyfriend guna telefon rumah kena caj jugak.

14. Cantik mana pun dikau, kalau kena sakat hantu esoknya demam jugak.

15. Cantik mana pun dikau, rupa kau tu pinjaman Allah jugak.

P/S: Hai perempuan cantik, sentap tak? Kalau sentap, jom kapel dengan abang.



Friday, September 23, 2011

Memori: Kencing Masin


P/S: Dah berbelas tahun dah kejadian ni berlalu. Nanti bila dah kahwin, you jangan eww eww nak comolot dengan bi ya sayang?



Tuesday, September 20, 2011

Layanan 5 Stars untuk Si Dia


Kita kenalah bagi layanan istimewa kat pasangan masing-masing, barulah mereka rasa disayangi dan dihargai. Istimewa macam mana tu? Meh aku kongsi tips kat korang meh. Tips ni untuk lelaki, tapi boleh diapply pada perempuan jugak kalau nak.
Ketika Makan
Kalau nak makan tu, sampai-sampai restoran je, sediakan kerusi untuk si dia duduk. Belanja makan tu kemestian lah kan. Kalau boleh, bawak sinki basuh tangan tu pergi kat si dia. Kalau tak boleh, korang kena suapkan lah. Kalau korang baik, korang kunyahkan makanan tu, si dia tinggal telan je. Awww romantiknya, macam najis.
Ketika Menaiki Kereta
Macam dalam filem, bukakan pintu kereta tu memang wajib lah. Tapi, jangan tutup pintu kereta tu, sebab kalau tutup, hentaman pintu tu akan menghasilkan gegaran yang mampu mengganggu si dia. So, rapatkan pintu perlahan-lahan, then seletip je lah pintu tu. Kalau pintu terbuka time layan kona/lap, redha je lah. Beli seletip yang kuat sikit. Disarankan beli seletip cap Selenge, agak kuat.
Ketika Menonton Wayang
Untuk keselesaan maksimum, beli tiket wayang untuk kesemua satu row tu. Contoh row K ada 10 kerusi, beli semua 10 tiket tu. So, nanti takkan ada orang lain kat row tu. Tak ke selesa tu? Kalau terlupa bawak sweater, bagi lah baju atau seluar korang lapik badan si dia. Pastikan si dia duduk di tengah-tengah ya, sebab view lawa. Korang pulak duduk kat tepi sekali, untuk mengelakkan maksiat.
Ketika Berkaraoke
Tak kesian ke tengok si dia nyanyi? Sakit tekak kot. Jadi, korang harus nyanyikan untuk si dia. Kalau korang lelaki, buat-buat suara perempuan lah bagi pihak si dia, dan sebaliknya. Nak lagi feel, si bopren bawaklah baju kurung mak korang untuk feel lebih. Seluar dalam perempuan boleh curi jiran punya. Si dia cuma tonton dan nyanyi dalam hati je.
P/S: Aku tak bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang bakal berlaku bila korang amalkan tips ni. Sekian, terima kasih.



Monday, September 19, 2011

Tahukah Korang? #4

Entri lepas - Tahukah Korang? #3

1. Tahukah korang, agak susah untuk manusia mengeluarkan yayik/tahi ketika iyak/berak tanpa u'uk/kencing terlebih dahulu?

2. Tahukah korang, kentut belon a.k.a kentut vagina sebenarnya tidak membatalkan wudhuk korang?

3. Tahukah korang, pemakai baju T 'Saya Sayang Mak Saya' yang kurang ajar dengan maknya patut bakar saja baju itu?

4. Tahukah korang, ayat 'Saya sedang menjalankan misi mengumpul 5000 followers. Mari  ramai-ramai bersama bantu saya!' adalah lebih FFUUU daripada 'Followed you, follow me back okay'?

5. Tahukah korang, dengan melepuk kepala rakan yang baru bangun tidur mampu membawa maut kepada diri korang?

P/S: Sekarang letih gila sebab semalam sampai tadi join program uitm



Saturday, September 17, 2011

Esei UPSR : Aku Sebuah Telefon Bimbit

Entri lepas : Aku Sebiji Mercun


Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku Rokia CW89 atau nama penuhnya Rokia Che Wan 89. Aku dilahirkan di Finland, tapi kemudian berpindah dan menetap di Malaysia. Badan aku berwarna pink, dimana terdapat pelbagai butang di atasnya. Muka aku pula mampu memaparkan pelbagai imej. Aku ada satu telinga pada tapak badanku, satu mata dan satu mulut di belakang badanku.

Pada satu hari aku dijual kepada seorang wanita bernama Ramlah dengan harga RM1599 oleh apek penjual gajet di Plaza Lee Yat, KL. Tuan baru aku itu seorang pelajar di sebuah kolej di KL. Duit yang digunakan untuk membeli aku juga sebenarnya adalah duit pinjaman pelajarannya. Ramlah juga seorang wanita yang foreveralone, tiada kekasih namun sangap.

Selepas saja sehari dia membeli aku, dia menggunakan feature kamera 8 megapixel aku untuk benda yang tidak sepatutnya. Beliau merakam aksi bogelnya untuk dijadikan koleksi. Astaghafirullah. Nasib baik aku berjantina perempuan, kalau lelaki mungkin aku akan transform jadi robot kemudian... korang sambung sendiri.

Bukan saja sekali, hari-hari berikutnya pun Ramlah tak habis-habis merakam gambar seksinya. Mulut itik dan lurah dendam itu wajib ditunjuk. Aku pun dah naik mual dengan aksi-aksi gediknya. Kenapa manusia perempuan suka syok sendiri, asyik asyik tangkap gambar dan rakam video sendiri saja? Aku sendiri menyesal kerana dilahirkan dengan kamera berkualiti tinggi.

Pada suatu hari, Ramlah ke pejabat kolej untuk urusan pelajaran. Dia mengisi borang, dan meletakkan aku di atas meja. Selepas dia mengisi borang, dia beredar tanpa membawa aku sama. Kemudiannya, pelajar bernama Ramli mengambil aku lalu diletakkan di dalam poket dan membawa aku pulang.

Bila tiba di rumah, Ramli mengexplore isi dalaman aku dan terjumpa gambar serta video panas Ramlah. Ditontonnya video-video tersebut sambil makan burger Ramlee. Memang syok. Ramli dengan baik hati dan tidak kedekutnya berkongsi dengan teman-teman yang lain. Bluetooth lah, apa lagi. Tak sampai sebulan, video Ramlah tersebar di Internet.

Kini tuan baru aku adalah Ramli. Walaupun, aku tak suka bertuankan lelaki, tapi aku bersyukur Ramli tak buat yang bukan-bukan dengan aku. Tangkap gambar sendiri angle atas-kanan pun jarang sekali. Tetapi tak sampai setahun aku digunakan Ramli, aku dikomakan di dalam rak kerana Ramli tidak mahu lagi menggunakan aku. Ramli dah membeli telefon baru, Nipple jPhone buatan Jepun. *Nipple = Nippon Apple.

P/S: Jangan rakam video yang bukan-bukan sebab ada tool yang mampu dapatkan balik video korang tu walaupun video tu dah didelete. Ayo tatayo.



Thursday, September 15, 2011

Memori: Tafsir Bayi


P/S: Yang last tu gila. Berdosa ya adik-adik. Ada tak kat sini yang ambik Diploma kat KPTM, tapi ambik Degree kat UiTM? Nak tanya pasal pengecualian kredit lah.



Sunday, September 11, 2011

10 Harapan di UiTM

Memang rupa budak CS, skema!
1. Aku harap dapat tamatkan Degree dengan pointer 3.5 ke atas, sebab tak nak berhutang dengan PTPTN. Macam Diploma aku, MARA kata tak payah bayar.

2. Aku harap ada Kelab Muzik untuk kokorikulum, lama dah tak jamming ni. Sangapppp woii! Lagipun aku nak mantapkan ilmu dan skill drumming aku.

3. Aku harap teman kuliah aku baik-baik, dan rajin belaka, supaya aku pun akan ikut rentak diorang. Tak nak salah campur kawan, kelak binasa.

4. Aku harap takde awek cun dalam kuliah nanti, supaya boleh fokus dalam pelajaran. Lagi-lagi yang stok sanggul rambut nampak tengkuk putih, perghh! memang susah fokus.

5. Aku harap tandas fakulti aku bersih dan wangi sebab berak ialah salah satu aktiviti wajib a.k.a rutin harian aku.

6. Aku harap kafe UiTM punya makanan sedap-sedap dan murah serta menjadi tumpuan awek-awek comel lepak.

7. Aku harap peraturan pakaian kat fakulti aku tak ketat sangat sebab aku tak suka berpakaian skema macam anak haram. Perangai skema takpe, jangan outfit skema.

8. Aku harap blogger yang kenal dan tegur aku, tak ketawakan aku bila aku tersipu-sipu malu. Aku ni pemalu GILA bila kat luar.

9. Aku harap tak ditemukan jodoh di UiTM sebab aku khuatir aku akan lalai dalam pelajaran nanti. Pergh memang prinsip budak nerd sejati.

10. Aku harap tak kena cop poyo bila aku bawa iPad ke U. Motif, aku nak bagitahu korang yang aku dah beli iPad 2 petang semalam. Kahkah!

P/S: Doakan yang terbaik untuk aku ya! Aku harap aku dapat update blog macam biasa lepas ni. Aku ambil course Bachelor in Computer Science, UiTM Shah Alam.



Friday, September 09, 2011

Ayam-Man : Vol 3

Entri lepas - Ayam-Man: Vol 2



P/S: Ayam-Man ada pembaca setianya sendiri. Asyik-asyik suruh update. Haha. Maaflah, kadang-kadang rasa malas tu yang buat Ayam-Man ni lambat jalan. Anyway thanks sebab follow komik bidan terjun yang sengal ni.



Wednesday, September 07, 2011

Esei UPSR : Aku Sebiji Mercun

Esei lepas - Kami Sepasang Kasut


Aku sebiji mercun. Baka aku adalah mercun bola. Bentukku bulat dan bercorak seperti bola. Aku punya sehelai jambul di atas kepalaku. Dalam badanku sarat dengan serbuk letupan. Aku dilahirkan di China, tapi dieksport ke Malaysia melalui kapal laut secara haram. Bila aku sampai ke Malaysia, terus aku boleh berbahasa Melayu. Aku pun dah reti makan ketupat dan rendang semenjak tu.

Bila aku sampai Malaysia, aku dijual kepada seorang peniaga mercun dan kemudian dijual pula kepada seorang budak 14 tahun bernama samaran Ajim. Ajim bukan saja membeli aku, dia juga membeli 9 biji kembar-kembar aku. Malah, dia juga membeli teman-teman aku, si mancis 2 kotak, dan thunderclap 10 batang. Tapi dalam banyak-banyak mercun, baka bola antara yang paling merbahaya.

Pada suatu malam 7 likur, Ajim bermain mercun bersama-sama rakannya. Mereka bermain dengan cara ganas dan kejam. Antaranya, menyumbat mercun mancis dalam mulut cicak kemudian membakarnya. Membunuh cicak memang sunat, tapi jangan bunuh dengan kejam. Eh, mercun Muslim rupanya aku ni. Alhamdulillah.

Bukan itu saja, Ajim juga membaling kembar serta rakanku ke arah orang yang baru pulang dari masjid menunaikan solat sunat Terawikh secara gerilla a.k.a sembunyi-sembunyi. Baling sipi-sipi tu takpe lah lagi, tak merbahaya sangat. Paling kejam Ajim membaling kembar ku yang ke-9 ke atas serban tok imam. Lahanat punya budak. Nasib baik serbannya tebal dan tinggi, tak tembus kepala tok imam.

Kini, tinggal aku saja mercun yang tinggal. Yang lain telah pun terkorban. Masih tak serik, Ajim merancang membaling aku ke arah anak tok imam yang cun melecun tu. Tak boleh jadi, aku perlu buat sesuatu. Sebaik saja Ajim membakar jambul aku, aku cepat-cepat menghembuskan hingus aku. Jangan tanya mana datang hingus tu, semua dengan izinNya. Hingus tadi membuatkan aku melekat kuat pada tangan Ajim. Ajim dah gelabah kerana tak terlontar aku dek akalnya.

POMPPP KECEPERRR! Aku terkorban di tapak tangan Ajim. Namun aku puas kerana dapat memberi balasan dan pengajaran kepada Ajim yang kemudiannya menjadi cacat seumur hidup akibat putus 4 jari. Jari kelingking aku tinggalkan supaya mudah baginya untuk mengorek hidung. Apa-apahal pun, doakan supaya roh aku aman di sana ya kawan-kawan? Assalamualaikum.



Monday, September 05, 2011

Tahukah Korang? #3

Entri lepas - Tahukah Korang? #2
1. Tahukah korang tanpa Aidilfitri, susah untuk orang kita melafazkan perkataan 'maaf' yang biasanya digantikan dengan 'sorry' sahaja?

2. Tahukah korang dodol semakin dilupakan masyarakat Melayu kita ketika Aidilfitri dan akan pupus dalam masa 50 tahun lagi?

3. Tahukah korang Siti Saleha (Nora Elena) adalah adik kepada Sam Bunkface dan bekas awek kepada bekas penjaga gol negara, Syed Adney (adik Sharifah Sofea), selain dia adalah bekas pelajar SMK Methodist Girl School, Klang?

4. Tahukah korang, dalam dunia blog, ramai blogger menjadi talam dua muka bila dua pihak bertelagah dan menggunakan gelaran 'atas pagar' untuk nampak suci?

5. Tahukah korang, setelah dua tahun menyingle, kredit telefon yang terkumpul sekarang adalah RM130+ dan aku memang dah boleh boleh mintak 5 6 nombor telefon awek dah?
P/S: Awek cun sila PM nombor telefon. Kbai.



Saturday, September 03, 2011

Pantun Raya Budak Nakal


Lima budak nakal beraya,
Mereka beraya naik basikal,
Diketuknya pintu rumah saya,
Okay, saya tawakal.

Mereka duduk keliling meja,
Saya tuangkan mereka air,
Air mereka nak sikit saja,
Saya jawab 'Okay, okay'.

Kuih raya mula dimakan,
Makan sampai cicir ke lantai,
Elok dikutip jangan kau segan,
Kalau tak akanku bantai.

Agak lama mereka melepak,
Bila agaknya mereka nak gerak,
Mereka nak duit raya ke tak,
Kalau nak stoplah borak.

Tangan saya mereka salam,
Lepas salam masih tercegat,
Duit raya ku hulur muram,
Mereka berlari kemain ligat.

Belum sempat kasut dipakai,
Sampul duit sudah dikoyak,
Seringgit je ke bang alahai,
Rengek mereka kaki dihentak.

Senyum sinis saya berikan,
Sambil parang di tangan kiri,
Mungkin mereka nak disunatkan,
Tujuh langkah per saat mereka lari.

P/S: Aku benci budak nakal. Fullstop! Pantun buat sendiri. Penat perah otak tadi



Thursday, September 01, 2011

Evolusi Kuih Raya

Kuih Raya Zaman Dulu (bertahan sampai sekarang)



Kuih Raya Zaman Sekarang





Kuih Raya Zaman Akan Datang