6 Ogos 2010. Detik domain ayeemayam.com dicipta. Detik entri Introdaksyen, entri pertama dipertontonkan kepada umum. Sekarang 6 Ogos 2011. Genap setahun dah blog ni. Baru setahun je blog ni, budak baru lagi aku ni. Tapi, banyak juga lah yang aku pelajari. Paling penting, aku dah dapat rentak yang dicari untuk blog ni. Ni aku ada 20 fakta yang korang patut tahu tentang Ayeem Ayam.
1. Tiada satu pun blogger yang aku kenal melainkan Ailyl Rozanna masa mula-mula nak start blogging. Jadi, penulisan aku memang takde terikut mana-mana blogger pun, aku main tulis je. Ikhlas dari hati katanya.
2. Aku buat blog macam--macam.blogspot.com dulu sebelum Ayeem Ayam. Blog download-download. Target masa tu, nak buat duit dengan tapak iklan. Tapi tak lama, tak sampai seminggu pun. Sebab letih nak update macam-macam benda. Tapi fanpage Macam Macam masih wujud. Tak sangka dah 200 likes! Haha
3. Dapat idea buat Ayeem Ayam masa tengok entry komik ala Zack Zukhairi di blog AizBatuCampur.com (dah tutup, kena hack). Jumpa blog Aiz di Facebook Ailyl, Ailyl share link entry tu.
4. Mulanya, nak letak nama blog ni Ayam Ayeem. Header pun dah siap masa tu. Tapi, ubah fikiran masa nak beli domain. Ayam Ayeem tak sedap lah.
5. Masa awal-awal dulu, buat entry flash semata-mata. Tapi readers terpaksa tunggu seminggu sekali lah nak baca blog Ayeem Ayam. Buktinya bulan Ogos 2010 ada 4 entry, semuanya entry flash.
6. Pernah tersenarai di Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia 2010. Time tu aku yang paling ayam, paling cikai, paling sikit follower. Akhirnya, Tubelawak menang.
7. Pernah target 5000 followers untuk dikumpul dalam setahun. Tapi tak sampai. Kalau aku tak berhenti blogwalking dulu, mungkin target tu tercapai.
8. Pada mulanya menggunakan 'Ayeem' sebagai kata ganti diri. Tapi rasa macam fucken gay pulak, then tukar kepada 'Aku'. Siap buat pengumuman di entry Terima Kasih Korang. Tapi ada yang tak bersetuju.
9. Follower ke-111 adalah kakak comel bernama Hafidzah Hafidz, dan follower yang ke-1111 pulak adalah abang pilot Iqbal Hakimi.
10. Irine Nadia adalah blogger top pertama yang follow blog ni. Dia follow sejak blog ni baru ada ratusan follower lagi. Dia amat menggemari cartoon flash aku. Tahun lepas Irine pernah ajak aku sekali diinterview Berita Harian (kot), tapi aku tak layak sebab Berita Harian nak blogger 20 tahun dan ke bawah saje. Aku 21 time tu. Shit.
11. First time join contest, first time tu jugak lah menang. Dapat tempat ketiga, dapat RM30. Lepas tu join bermacam-macam contest header, tapi tak pernah menang. That means aku bukanlah raja header seperti yang dicanang ramai.
12. Entri lucah pertama ialah Soal Jawab Tag (18SX), entri lucah terakhir pulak Jasa Abang. Sekarang dah tak melucah dah. Bersara selamanya!
13. Entri review blog Ayeem Ayam yang pertama adalah daripada Hyun Miera.
14. Ramai pengomen yang datang dan pergi. Pergi mungkin sebab aku tak komen blog diorang balik. Tapi pengomen yang paling tahan lama dan paling setia adalah Wannurfazrini. Terharu. Terima kasih banyak.
15. Dah empat kali tukar header, tapi tema template tetap biru merah. Semua koleksi boleh ditatap di sini.
16. Dah mencuba ManggaAds, Advertlets, Nuffnang, Innity, dan bermacam lagi syarikat adserver luar, tapi yang paling berbaloi adalah Innity setakat ni. Nuffnang pernah dapat Buffered Earning sekali je, tu pun 20 sen je. Cehh.
17. Penyumbang trafik (blogger) terbanyak dalam setahun ni adalah Nurul Ain Salam, kedua Faiz Tapit, dan ketiga arwah Telor. Terima kasih banyak! :D
18. Entry yang mendapat pageviews tertinggi adalah Header Terlucah-Sopan Malaysia [100SX], dengan 12,000 lebih pageviews. Total pageviews untuk blog ni dalam setahun cuma 700,000 lebih saje.
19. Katakunci yang paling banyak masuk ke blog ni adalah "ayeem ayam". Kedua "http://www.ayeemayam.com" dan ketiga adalah "ayeemayam". Takde keyword lucah pun? Nampak sangat blog ni suci. Haha.
20. Pernah mendapat haters di kalangan perempuan sebab entri ni, dan paling banyak haters kalangan peminat K-Pop sebab entri ni. Hahaha.Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kat semua yang follow, yang like, yang komen, yang baca, yang letak blog ni kat bloglist dan paling berterima kasih kat pembaca yang rekemen kawan-kawan, sedara mara dan adik beradik, mak ayah untuk baca Ayeem Ayam sekali. Teruskan sokong Ayeem Ayam, aku cuba sehabis baik hiburkan korang dengan blog ni. Jangan lupa support blog aku yang lain, Pak Rodi, Fuuubook dan Dunia Tuto. Terima kasih banyak, sayangi ayam sekitar.
P/S: Ini entry ke-200. 21. Menghasilkan 200 entry sahaje dalam setahun.
UPDATE: EPIC FAIL! Baru perasan gambar tu tulis Ayam Ayeem. Haha lantaklah.