Friday, August 05, 2011

Esei UPSR : Kami Sepasang Kasut

Esei lepas - Aku Sebatang Pen


Kami sepasang kasut. Nama kami Ajijas. Badan kami warna hijau-hijau najis manusia yang semalamnya makan nasi kerabu warna biru. Kami tiada mata, tiada hidung, tiada ketiak. Yang kami ada hanya lah mulut yang dijahit, lidah, pipi dan dagu saje. Pada pipi kami tercalit 3 garisan atau bahasa gangsternya 3 line. Jangan main-main sama gua. 3 line ni bukan bermakna kami sami, tapi kami adalah abang long. Tak paham? Pergi google 'tiga line'. Kami dihasilkan di sebuah kilang dan kemudian kami ditempatkan di sebuah gudang kasut yang bernama Batu Bata. Kami pelik juga kenapa mereka jual kasut, tak jual bata. 

Pada suatu hari, gudang tempat kami tinggal membuat promosi durian runtuh. Harga kami yang pada asalnya RM299, diturunkan kepada RM249. Apa salah kami sampai harga diri kami dipermainkan?? (emo). Kemudiannya, datanglah seorang pelanggan yang nampaknya berminat untuk memiliki kami. Badannya gemuk, anggaran berat badannya 150kg, saiz kakinya pula dalam 15. Ya, itu saiz kami. Hanya tinggal kami sepasang yang bersaiz 15. Dalam hati kami serentak berkata "Oh mak guard (omg)". Memang tepat! Dia telah memberitahu promoter untuk mencuba kami.

Promoter itu telah mencapai kami dan beri Ajijas-15-Kiri (codename) kepadanya. Walaupun yang diambil hanya sebelah kiri, namun yang kanan turut terasa nerves serta peritnya sebab kami kembar. Orang tua kata "cubit gigi kanan, gigi kiri terasa jua". Eh ada ke? Pelanggan tersebut telah menanggalkan selipar kirinya. Kemudian dia melonggarkan ikatan/jahitan pada mulut kami. Kami redha dengan apa yang bakal terjadi. Melihatkan daki dan kerak pada kakinya, ia kelihatan seperti mengeluarkan bau sotong kering yang dibakar hangit. Mujur kami tiada hidung.

Dengan perlahan dia menyumbat kaki gergasinya ke dalam mulut, di bawah lidah kami. "Arghh masin!" jerit kami. Namun manusia tidak akan pernah mendengarnya. Di saat dia berdiri untuk berposing di depan cermin, kami sudah nyawa-nyawa ikan. Nyawa-nyawa ikan masin. Beratnya astagha, macam kerebau! Namun seksa kami tidak berpanjangan, dia kembali duduk dan mengeluarkan kaki masinnya dari mulut Ajijas-15-Kiri.

Kemudian dia mengalihkan perhatiannya pada kasut lain, kasut Seebok menjadi pilihannya. "Alhamdulillah" luah kami dengan penuh rasa kesyukuran. Siap buat sujud syukur. Sehingga tamat promosi pun, masih lagi kami tidak dimiliki sesiapa. Kami terbiar di rak kasut selama beberapa dekad. Sekarang kami menjadi kasut antik dan nilai kami bernilai puluhan ribu. Kami tidak dipakai, hanya menjadi perhiasan. Nampaknya riwayat berakhir dengan kegembiraan. Objek lain hado??

P/S: Ada ke kasut antik? Hahahantam saja lah Ayeem. Alhamdulillah, murah rezeki bulan mulia ni. Aku bakal pelajar UiTM Shah Alam.



Comments
73 Comments

73 Kokokan Suci:

eton said...

suka sakan ni.. hehee. tahniah byk2 kali kekeke :)

Kepala Manchiss said...

ahaks ahaks. gua rasa karangan ni boleh masuk muzium sama dengan ajijas.

SweetyMui2 said...

haha.nape dia tak pilih nikeyy.lol

untungla untungla masih bgelar student..ggrr

budaksetan said...

merepek, HAHA

Cik Ca'ah said...

aku selaku cikgu BM tak kesampaian bagi A- kat karangan ni. Tolong bangga okey. kehkeh :)

miz rara v(",) said...

hai bakal juni0r!!

nur choki choki said...

kah3.ok gelak gulin2

y u y u Z u l a i k h a said...

nak buat ajijah la lepas ni ^^

Asyila Zainuddin said...

hahaha.. tak logik! kasut antik ek.. wakaka..

gadis melayu said...

hahahaha.. kasut owh kasut.. heeee~

Faiz Tapit said...

ce buat aku sepasang coli pulak.
please please

Insomniac. said...

masok bulan sept ke uitm s.a? sama la.
funny entry

Mohd Hazwan Hashim said...

haha !! sangat sempoi ...:)

e'ka zulaikha said...

uitm shah alam? fuyooo..leh jupe ayeem..kehkehkeh

Dhiya Fariza said...

oh mak guard LOL that is funnyh.

Ayeem Jemain said...

faiz haha aku mane melucah dah.

insomniac yes. sama cos ke?

eka haha boleh je. tegur2 lah nanti. heee

Cik Nursya said...

eh2.. same uitm la plak... hehe

♥ a Y e N g ♥ said...

hahahaahahha..ayemm ayemm..kelako.

iejjah said...

err...agak macam takut jek nak pakai ajijas...haha...sumpah lawak la ayeem :}

fiq. said...

skeme karangan derjah 4..hehehe
kelako

~syue syada~ said...

ajijas!! cian kau. ==!

gud luck study nnt ayeem!

Wadi AR said...

ouhh, ajijas. aku ingat akisan td. (al-ikhsan)

dya mohamad said...

bakal satu fac.(:

budakampung said...

oke skarang gua dah rasa bersalah nak pakai kasut! demm kau ayeem!

meeranamera said...

hikhik... tahniah ayeem :D

Taufan Bin Ribut said...

jahanam esei ni kalau dak upsr ikot.hahaha..


Entri Terkini :Ayam beraya

Entri terdahulu :10 alasan munasabah kalau korang tak nak puasa



Watch my video songs ^_^

Orang Kampung said...

hahaha..
seebok pun ada.. mcm2.. hihi

ღ p!nk veLvet ღ said...

kat sek ade suh buat karangan camni kan? kang kalau adek mintak tolong, nak suh die copy paste yg ni je lah ... tgk cikgu die pengsan x, hahaha~

♥CIK SHA♥ said...

ayeem sengal!ahaha..saket perot woi baca karangan ko ni..aku bagi A- je la eh..kuikuikui..

Indah Mulya said...

hahahha..nice one..tringat zaman skolah dlu..tah nape la kita kena wat karangan jenis autobio neh..mendalami hati sbijik objek hape? =]

O'gosh said...

'naik' xde ke...haha

Wawa_Nadwa said...

kreatip sgt!
i l0ike.
:)

meowwmania said...

tahniah!

belajo rerajin yerk..

fairuz said...

ngko amek kos ape? tahniah2! xya sedih2 dah. huhu

Hanif said...

cerita menarik ...

Afiq Sahidi said...

nak beli lar kasut antik tuh. macam best je.

wannurfazrini said...

hahha siap wat sujud syukur eh? hebat benorrrr!

Lin Kamila said...

adoi. seebok??? ahhahahaahhah

izy said...

kasut antik..haahahha,

NorHalizah said...

perghhh..

Alin said...

ayt kena lg kebdk2an lagi. esei ok tp mcm esei bdk sekolah menengah. hehe. jgn mrh, kasi tahu je. huhu.

Ayeem Jemain said...

@alin haha adoi, bkn nk jd cam budak pon. tp esei spm mana ade tajuk objek2 ni. nk esei upsr sbb nk kan tajuk dia tu je.

alif haris said...

haha .. dulu salu buat karangn cmni masa skolah rendah :D

ain fathihah said...

ye, cikgu bagi markah penuh untuk karangan ni

Bintu Zainal said...

adoyyy saket jiwa bace....haha
sekali budak upsr yg blaja online tiru ni mau sakit jiwa penanda kertas dia :):)

norshila ibrahim said...

tingat karangan zaman sek ren...

aku sebatang pen..hehehe


p/s: TAHNIAH..slmt mnjadi warga UiTM...

khairiyah said...

nak tiru lahh..haha,btw..congrats yaa dh jadi pelajar

kit :) said...

tahniah abg ayeem ayam :)

Wanybunny said...

congrate yeem :)

Namee Roslan said...

tergelak gelak baca! hahah, nasib baik posa...kalau tak dah gelak lagi kuat sampai kahak keluar telan balik. haha...uitm??? kita bakalan samaaaa :D

Aren Alin said...

ada-ada je kau ni ayeem..aku nak belajar tulis entry macam kau pulak la.. :)

alepridz said...

sangat simple dan kelakar... haha best best

siti nuraiena said...

haha . bestt laa . :)
tahniahh abg ayeemm :)

amy syahirah said...

ayeem , satu2nya cara untuk saya tersenyum adalah dengan membaca entry awak . terima kasih . tolong banyak2 hapdate , supaya saya akan tersenyum setiap hari .

nazirulhazwan~ said...

sebijik cam karangan upsr aku dulu.wakakaka

Nurazira Abd Ghani said...

waaaaaa. bakal pelajar Uitm Shah Alam. hee. dekat dah Ayeem. :D

bighagenjo said...

:D haha! gile. kretif la hotak ko. neway.. tahniah..

Umie Artoqiemie said...

jumpe aku kat shah alam . *berangan

Ayeem Jemain said...

@amy thanks amy. jangan sedih2 ya. yg berlaku ade hikmahnya. baca ayeem ayam selalu ya? hehe

@azira haha padahal ayeem mmg dah stay kat shah alam pun. dekat je dgn subang tu. :)

@semua thanks yang congrats aku. thanks yg suka esei ni. hehe

Firdnurjue said...

congrats..dapat masuk u..:-)

Sky Before Pinky said...

AHAHA... ajijas.. ni ayeem yang karang ke?? aper pun tahniah ye ayeem bakal bergelar pelajar UiTM...

YaNa said...

haha..esei ni klu cikgu tanda kompom blh dpt markah A++ ...

Lea IsNaw! said...

saiz 15. besar sgt....huuuuu


wah..dpt masuk u eh
tahniah2..jelesnya saya

ayuni rosli said...

fuhh nasib baik tak jadi sepasang kasut. tak pasal pasal gelak sampai meleleh air hingus!

Yuyu Musa said...

hahaha...kasut mcD ape beso boleh muat tuan berat mcm kerebau.hahaha

ainaa said...

hahaha. serius kelakar. bab kerebau tu memang buat pecah perut. hadoii

[sutera kasih] said...

aku sebatang pen, aku sehelai baju, macam2 hehe

tahniah bakal jd stdt uitm shah alam :)

esul said...

uitm shah alam???
tahnioh ayeem! :D

izyan yasmin said...

ahaha , klaka jelaa

syasya said...

hahha kasut sujud syukur..comel okeh.tahniah dapat melanjutkan pelajaran. alhamdulillah =)

Faridzuan said...

Hahahahaha, sakit perut. Harap adik-adik tahun 6 tidak tiru gaya penulisan Ayeem ini, nanti silap hari bulan pemeriksa boleh dapat strok. HEHE.

.diannorhayati. said...

hehe. nak kasot ajijas tu bole?:p

Ihsan Jaafar said...

Muahahaha. lawak gila.tapi ni tak sesadis spek reban tu. haahhaah.

BTW, moh lawat blog saya sekali,
www.tintaihsan.co.cc

hehe. bubbye