Tuesday, August 30, 2011

Kad Raya untuk Semua



P/S: Letak flash raya dalam entri korang kalau nak.



Sunday, August 28, 2011

Ada yang Cun, Tapi...


Ada yang cun, tapi takde respon, langsung tak layan aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi kadang-kadang macam takde respon.

Ada yang cun, ada respon, tapi umurnya lebih tua dari aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi pelajarannya lebih tinggi dari aku.

Ada yang cun, ada respon, tapi bukan main tinggi lampai.

Ada yang cun, ada respon, tapi dah berpunya.

Ada yang cun, ada respon, tapi susah nak lupakan bekas kekasihnya.

Ada yang cun, ada respon, tapi kegedikannya melampau.

Ada yang cun, ada respon, tapi suka layan laki sana sini.

Ada yang cun, ada respon, tapi terlalu nun jauh di Borneo.

Ada yang cun, ada respon, tapi ada sikap pengikis.

Ada yang cun, ada respon, tapi suka keluar malam.

Ada yang cun, ada respon, tapi terima aku sebagai Ayeem Ayam, bukan Muhd Zaim.

Ada yang just nice, perangai dan personalitinya pun just nice. Niceeeeee!
Tak perlu yang terlalu sempurna semuanya, cukuplah yang just nice.

Tak salah rasanya berjiwang time-time nak raya gini. Kalau orang lain nak ada kereta raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, aku nak awek raya. Haha

P/S: Letak flash raya dalam entri korang kalau nak.



Friday, August 26, 2011

Mercun Hebat Rekaanku


Hari Raya tanpa mercun ibarat Air Batu Campur tanpa kacang tanah, ibarat Ramadhan tanpa murtabak, ibarat Ayeem tanpa Meeya. Cehh. Gambar-gambar kat atas ni adalah mercun-mercun yang biasa korang main time kecik kan? Apa barang! Kat bawah ni mercun rekaan aku. Cubalah kalau berani.


Mercun ni aku namakan 'encik lebah poppop telur encik naga menggunakan thunderclap sambil bermain bola dan gasing di sawah padi sedang cik ayam mengayanyam ketupat menggunakan mancis'. Panjang tak? Hebat kan? Korang pernah main gabung-gabungkan mercun?

P/S: Seumur hidup tak pernah lagi main meriam. Noob Khan betul.
P/S: Mak aku baca kad raya aku yang tak senonoh pagi semalam.



Wednesday, August 24, 2011

Koleksi Kucing Aku

Pergh, koleksi terus. Dah macam koleksi anak patung Barbie Cow dah. Entri ni atas permintaan beberapa orang pembaca blog ni yang nak sangat tengok kucing-kucing aku. Meh aku perkenalkan 3 ekor kucing yang hidup dengan aku sekarang. 

Kecantikan hak milik setiap insan
Nama : Ibu
Asal : UiTM, Sri Iskandar (Angsana)
Harga : Percuma (kutip)
Status : Janda, dah dibuang peranakan
Berat : 1KG+
Cita-Cita : Model muslimah
Hobi : Jilat kaki tangan tuannya
Kemuraian Mulut : Sederhana

Info Tambahan:
- Yang paling manja antara 3.
- Kucing liar yang adik aku kutip di UiTM Sri Iskandar. Asal Peghak Yob
- Bermusuh dengan anaknya, Norms selepas Norms dikasi. Kenapa eh?
- Seekor kucing yang sangat sosial, suka keluar malam.



Muka macho kalung pink. FAIL!
Nama: Norms
Asal : UiTM, Sri Iskandar (Angsana)
Harga : Percuma (kutip)
Status : Bujang forever, dikasi
Berat : 4KG+
Cita-Cita : Penarik kereta
Hobi : Intai orang mandi, berak (tunggu depan pintu bilik air)
Kemuraian mulut : Sangat bising

Info Tambahan:
- Nama diberi oleh seorang model berasal dari Sabah, Rounnah Beb a.k.a kawan kolej adik aku dulu.
- Dinamakan bersempena pelajar UiTM yang hensem bernama Norman.



Nanak lah, aye malu lah 
Nama: Mimi
Asal : Klinik di Kota Kemuning
Harga : RM30
Status : Dara (selamanya kot)
Berat : 2KG+
Cita-Cita : Duta Whiskas
Hobi : Kencing depan jamban
Kemuraian Mulut : Sangat perlahan dan susah untuk keluarkan suara

Info Tambahan :
- Dibeli oleh abang aku. Klinik tu jual murah sebab Mimi kucing terbiar kot. Murah kan kucing parsi RM30?
- Kalau pasir penuh tahi, dia akan kencing/berak depan jamban. Sangat pembersih lah konon?




Mereka ni batch yang special. Kalau dulu kucing-kucing aku memang kampung habis makan tulang apa semua. Dikasi/buang peranakan pun tak. Tapi batch ni memang jaga elok sikit lah. Makan pun friskies je. Friskies pun cukup lah. Nak beli makanan dari klinik tu macam mahal pulak. Mereka ni kalau tuan-tuannya makan pun, tak kacau. Mimi lagi special sebab dia first persian cat yang pernah kami bela.

P/S: Norms yang paling digemari sebab personalitinya yang nakal, walaupun Mimi yang paling comel. Tapi Mimi membosankan. Nampak? Rupa semata pun tak boleh.



Monday, August 22, 2011

Tafsir Allah



P/S: Aku malas nak lukis banyak-banyak. Haha



Saturday, August 20, 2011

Tahukah Korang? #2

Entri lepas - Tahukah Korang? #1
1. Tahukah korang bila korang makan terlebih banyak ketika berbuka, anda akan jadi seorang tonggek yang susah hendak berjalan selepas itu?

2. Tahukah korang perempuan dibolehkan untuk memakai kanta lekap berwarna, tetapi diharamkan bagi lelaki? (Sumber: Ustaz Azhar Idrus)

3. Tahukah korang semenjak skuter aku dibeli pada April 2010, aku baru saje membasuhnya dua kali?

4. Tahukah korang orang yang senyap selepas kita approve di Facebook sebenarnya hendak lihat gambar kita saje?
P/S: Agak-agak korang, font apa yang sesuai untuk blog kita eh?



Friday, August 19, 2011

Meeya Ayamor : Iftar Bersama Retis



Assalamualaikum WBT. Hai korannngggg! Kamu semua kenal kan siapa kita? Hari tu kan Ayeem ada perkenalkan kita kan? Tapi dia tipu tau. Kita bukan awek dia lah. Kita kembar dia. Ishh, saje je dia tu. Kentut kat muka tahu lah.

Macam blog-blog perempuan lain, takde apa pun kita nak update. Just nak bagitahu tadi kita iftar kat hotel. Iftar tau. Padahal tak pernah-pernah orang kita sebut dan dengar iftar sebelum ni, puasa tahun ni ramai pulak guna word iftar instead of berbuka atau break fast.

Okay, berbalik pada berbuka, tadi kita berbuka dengan retis tau. Pada yang tak tahu, retis tu artis lah. Kita berbuka dengan geng-geng fashionista! Teka siapa? Tettt, tamat masa. Tak dapat kiss daripada kita. Hihihi. Jawapannya, kita berbuka dengan fashion designer Hana Tajimon. Jangan jeles! Tadi Hana bawak nenek dia sekali, Hanu Takjimak namanya. Kelas youuu nenek dia. Pakai pashmina lagi you olls.

Tapi kita takde gambar pun. Kita takde kamera lah. Kamera handphone pun setakat 1 megapixel, stok rakam video 3GP je. Baik tak payah kan? Hmmm tak sah lah pulak entry perempuan takde gambar kan. Takpe lah, next time okay? Okay, kita nak tidur dah ni. Dah pakai seksi-seksi dah ni. Bye bye! Muahhh!

P/S: Ni entry merepek, aku mana ada kembar. Ni segmen baru Ayeem Ayam



Wednesday, August 17, 2011

Tahukah Korang? #1

1. Tahukah korang manusia akan berada pada keadaan yang lebih selesa bila ketiaknya tiada bulu dan mata suami akan selesa bila tengok ketiak isterinya licin?

2. Tahukah korang bila manusia sangap yakni gersang, kakinya tak boleh duduk diam asyik nak gesek-gesek pada tilam saje?

3. Tahukah korang separuh daripada manusia yang melanggar lampu isyarat sebenarnya sudah terlewat untuk temujanji atau masuk ke ofis/kelas manakala suku daripadanya memang jenis tak tahu bersabar dan suku lagi sebenarnya hendak terberak?

4. Tahukah korang suku daripada blogger pengamal 'I Follow You, You Follow Me Back' akan unfollow blog yang tidak follow mereka balik?

5. Tahukah korang 'Tahukah Korang?' adalah segmen baru di Ayeem Ayam?

P/S: Tahukah korang, korang boleh meluahkan perasaan tentang AUTOPLAY di sini, dan korang dibenarkan kritik blog paling meriah di Malaysia yakni Terok Ayeem Ayam di dalam entry korang?



Monday, August 15, 2011

Sentapmaknak - Wang Segera



P/S: Jangan riak, nanti Tuhan tarik balik nikmat.



Saturday, August 13, 2011

Muka Aku Yang Murahan

Zaman sekolah rendah dulu, suka beli majalah Asuh. Aku kan alim. Belek punya belek majalah tu, ada ruangan sahabat Asuh. Ada gambar, nama, umur apa semua. Mata aku tertarik kat satu gambar ni. Syial je. Muka sebijik! Sebijik gila macam aku!

Zaman sekolah menengah dulu, aku tengok handphone adik aku. Ada wallpaper laki. Then aku tanya adik aku, "Eh, gambar aku ke??". Lepas tu dia gelak kaw-kaw. "Hahaha, memang muka dia macam kau. Boyfriend aku lah". Aku tengok betul-betul, a'ah bukan aku. Jilake. Takde lelaki lain ke?

Zaman Myspace, ada orang comment kat profile aku. "Weh muka kau macam kawan aku doh". Siap bagi link profile. Darnit! Memang seakan-akan.

Zaman kolej, ada student junior seorang tu lalu depan geng-geng aku. "Weh zaim. Budak tu macam kau doh! Hahaha!". Yang lain sama gelak, mengiyakan. Aku pun terpaksa mengiyakan, sebab memang agak seiras. Syilake amat.

Zaman Facebook, berapa ramai entah yang cakap "Eh, muka you ni familiar lah". Darnit sekali lagi. 'Muka familiar' lah ayat yang aku paling benci. Seriyes.

Zaman blogging ni pada aku zaman kemuncak lah. Zaman gelap! Bertubi-tubi orang terjah aku sebab nak cakap muka aku macam si polan tu, si polan ni, si pondan tu, si perempuan ni. Siap ada yang cakap muka aku macam Ain Juvana TV3. Yang nama perempuan jugak korang bagi aku. Orang lain mungkin ada 7 kembar, tapi aku ada 700 agaknya. Darnit. Emo ah aku camni. Isk isk, bye lah.



Yang kiri aku, yang kanan Pijisketch. Kekiamakan apakah ini??

P/S: Cuba jujur dengan aku, korang pernah nampak sesiapa muka macam aku?



Tuesday, August 09, 2011

Pelajar Miskin



P/S: Aku bukan orang senang, so jangan minta benda free



Saturday, August 06, 2011

Ulangtahun Pertama : 20 Fakta Tentang Ayeem Ayam


6 Ogos 2010. Detik domain ayeemayam.com dicipta. Detik entri Introdaksyen, entri pertama dipertontonkan kepada umum. Sekarang 6 Ogos 2011. Genap setahun dah blog ni. Baru setahun je blog ni, budak baru lagi aku ni. Tapi, banyak juga lah yang aku pelajari. Paling penting, aku dah dapat rentak yang dicari untuk blog ni. Ni aku ada 20 fakta yang korang patut tahu tentang Ayeem Ayam.
1. Tiada satu pun blogger yang aku kenal melainkan Ailyl Rozanna masa mula-mula nak start blogging. Jadi, penulisan aku memang takde terikut mana-mana blogger pun, aku main tulis je. Ikhlas dari hati katanya.
2. Aku buat blog macam--macam.blogspot.com dulu sebelum Ayeem Ayam. Blog download-download. Target masa tu, nak buat duit dengan tapak iklan. Tapi tak lama, tak sampai seminggu pun. Sebab letih nak update macam-macam benda. Tapi fanpage Macam Macam masih wujud. Tak sangka dah 200 likes! Haha
3. Dapat idea buat Ayeem Ayam masa tengok entry komik ala Zack Zukhairi di blog AizBatuCampur.com (dah tutup, kena hack). Jumpa blog Aiz di Facebook Ailyl, Ailyl share link entry tu.
4. Mulanya, nak letak nama blog ni Ayam Ayeem. Header pun dah siap masa tu. Tapi, ubah fikiran masa nak beli domain. Ayam Ayeem tak sedap lah.
5. Masa awal-awal dulu, buat entry flash semata-mata. Tapi readers terpaksa tunggu seminggu sekali lah nak baca blog Ayeem Ayam. Buktinya bulan Ogos 2010 ada 4 entry, semuanya entry flash.
6. Pernah tersenarai di Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia 2010. Time tu aku yang paling ayam, paling cikai, paling sikit follower. Akhirnya, Tubelawak menang. 
7. Pernah target 5000 followers untuk dikumpul dalam setahun. Tapi tak sampai. Kalau aku tak berhenti blogwalking dulu, mungkin target tu tercapai.
8. Pada mulanya menggunakan 'Ayeem' sebagai kata ganti diri. Tapi rasa macam fucken gay pulak, then tukar kepada 'Aku'. Siap buat pengumuman di entry Terima Kasih Korang. Tapi ada yang tak bersetuju.
9. Follower ke-111 adalah kakak comel bernama  Hafidzah Hafidz, dan follower yang ke-1111 pulak adalah abang pilot Iqbal Hakimi.
10. Irine Nadia adalah blogger top pertama yang follow blog ni. Dia follow sejak blog ni baru ada ratusan follower lagi. Dia amat menggemari cartoon flash aku. Tahun lepas Irine pernah ajak aku sekali diinterview Berita Harian (kot), tapi aku tak layak sebab Berita Harian nak blogger 20 tahun dan ke bawah saje. Aku 21 time tu. Shit.
11. First time join contest, first time tu jugak lah menang. Dapat tempat ketiga, dapat RM30. Lepas tu join bermacam-macam contest header, tapi tak pernah menang. That means aku bukanlah raja header seperti yang dicanang ramai.
12. Entri lucah pertama ialah Soal Jawab Tag (18SX), entri lucah terakhir pulak Jasa Abang. Sekarang dah tak melucah dah. Bersara selamanya!
13. Entri review blog Ayeem Ayam yang pertama adalah daripada Hyun Miera.
14. Ramai pengomen yang datang dan pergi. Pergi mungkin sebab aku tak komen blog diorang balik. Tapi pengomen yang paling tahan lama dan paling setia adalah Wannurfazrini. Terharu. Terima kasih banyak.
15. Dah empat kali tukar header, tapi tema template tetap biru merah. Semua koleksi boleh ditatap di sini
16. Dah mencuba ManggaAds, Advertlets, Nuffnang, Innity, dan bermacam lagi syarikat adserver luar, tapi yang paling berbaloi adalah Innity setakat ni. Nuffnang pernah dapat Buffered Earning sekali je, tu pun 20 sen je. Cehh.
17. Penyumbang trafik (blogger) terbanyak dalam setahun ni adalah Nurul Ain Salam, kedua Faiz Tapit, dan ketiga arwah Telor. Terima kasih banyak! :D
18. Entry yang mendapat pageviews tertinggi adalah Header Terlucah-Sopan Malaysia [100SX], dengan 12,000 lebih pageviews. Total pageviews untuk blog ni dalam setahun cuma 700,000 lebih saje.
19. Katakunci yang paling banyak masuk ke blog ni adalah "ayeem ayam". Kedua "http://www.ayeemayam.com" dan ketiga adalah "ayeemayam". Takde keyword lucah pun? Nampak sangat blog ni suci. Haha.
20. Pernah mendapat haters di kalangan perempuan sebab entri ni, dan paling banyak haters kalangan peminat K-Pop sebab entri ni. Hahaha.
Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kat semua yang follow, yang like, yang komen, yang baca, yang letak blog ni kat bloglist dan paling berterima kasih kat pembaca yang rekemen kawan-kawan, sedara mara dan adik beradik, mak ayah untuk baca Ayeem Ayam sekali. Teruskan sokong Ayeem Ayam, aku cuba sehabis baik hiburkan korang dengan blog ni. Jangan lupa support blog aku yang lain, Pak Rodi, Fuuubook dan Dunia Tuto. Terima kasih banyak, sayangi ayam sekitar.

P/S: Ini entry ke-200. 21. Menghasilkan 200 entry sahaje dalam setahun.

UPDATE: EPIC FAIL! Baru perasan gambar tu tulis Ayam Ayeem. Haha lantaklah.




Friday, August 05, 2011

Esei UPSR : Kami Sepasang Kasut

Esei lepas - Aku Sebatang Pen


Kami sepasang kasut. Nama kami Ajijas. Badan kami warna hijau-hijau najis manusia yang semalamnya makan nasi kerabu warna biru. Kami tiada mata, tiada hidung, tiada ketiak. Yang kami ada hanya lah mulut yang dijahit, lidah, pipi dan dagu saje. Pada pipi kami tercalit 3 garisan atau bahasa gangsternya 3 line. Jangan main-main sama gua. 3 line ni bukan bermakna kami sami, tapi kami adalah abang long. Tak paham? Pergi google 'tiga line'. Kami dihasilkan di sebuah kilang dan kemudian kami ditempatkan di sebuah gudang kasut yang bernama Batu Bata. Kami pelik juga kenapa mereka jual kasut, tak jual bata. 

Pada suatu hari, gudang tempat kami tinggal membuat promosi durian runtuh. Harga kami yang pada asalnya RM299, diturunkan kepada RM249. Apa salah kami sampai harga diri kami dipermainkan?? (emo). Kemudiannya, datanglah seorang pelanggan yang nampaknya berminat untuk memiliki kami. Badannya gemuk, anggaran berat badannya 150kg, saiz kakinya pula dalam 15. Ya, itu saiz kami. Hanya tinggal kami sepasang yang bersaiz 15. Dalam hati kami serentak berkata "Oh mak guard (omg)". Memang tepat! Dia telah memberitahu promoter untuk mencuba kami.

Promoter itu telah mencapai kami dan beri Ajijas-15-Kiri (codename) kepadanya. Walaupun yang diambil hanya sebelah kiri, namun yang kanan turut terasa nerves serta peritnya sebab kami kembar. Orang tua kata "cubit gigi kanan, gigi kiri terasa jua". Eh ada ke? Pelanggan tersebut telah menanggalkan selipar kirinya. Kemudian dia melonggarkan ikatan/jahitan pada mulut kami. Kami redha dengan apa yang bakal terjadi. Melihatkan daki dan kerak pada kakinya, ia kelihatan seperti mengeluarkan bau sotong kering yang dibakar hangit. Mujur kami tiada hidung.

Dengan perlahan dia menyumbat kaki gergasinya ke dalam mulut, di bawah lidah kami. "Arghh masin!" jerit kami. Namun manusia tidak akan pernah mendengarnya. Di saat dia berdiri untuk berposing di depan cermin, kami sudah nyawa-nyawa ikan. Nyawa-nyawa ikan masin. Beratnya astagha, macam kerebau! Namun seksa kami tidak berpanjangan, dia kembali duduk dan mengeluarkan kaki masinnya dari mulut Ajijas-15-Kiri.

Kemudian dia mengalihkan perhatiannya pada kasut lain, kasut Seebok menjadi pilihannya. "Alhamdulillah" luah kami dengan penuh rasa kesyukuran. Siap buat sujud syukur. Sehingga tamat promosi pun, masih lagi kami tidak dimiliki sesiapa. Kami terbiar di rak kasut selama beberapa dekad. Sekarang kami menjadi kasut antik dan nilai kami bernilai puluhan ribu. Kami tidak dipakai, hanya menjadi perhiasan. Nampaknya riwayat berakhir dengan kegembiraan. Objek lain hado??

P/S: Ada ke kasut antik? Hahahantam saja lah Ayeem. Alhamdulillah, murah rezeki bulan mulia ni. Aku bakal pelajar UiTM Shah Alam.



Wednesday, August 03, 2011

Puasa Bebudak


P/S: Korang pernah buat gini tak time kecik? Tipu lah tak pernah. Haha. Tapi dah besar-besar gabak sekarang ni, jangan pulak buat macam ni lagi. Huhu. Batal puasa!



Monday, August 01, 2011

7 Alasan Bijak Mengelak Berpuasa

Mengelak berpuasa atau ponteng puasa adalah perbuatan tidak menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dengan sengaja tanpa menggantikannya semula. Perbuatan terkutuk ini biasanya dilakukan oleh manusia terkutuk. Mari saksikan apa alasan mereka yang sengaja tak mahu berpuasa:

1. "Mak, Farid uzur lah mak. Tak tipu. Keluar darah tadi. Hidung keluar darah time tengok Oprah Winfree seksi kat tivi tadi mak.".

2. "Ikmal, kau tahu aku selama ni memang tak pernah puasa. Sebab aku insan istimewa. Tengok nama aku pun dah tahu dah aku memang ada kelonggaran untuk berpuasa. Mustapa Yah bin Pose."

3. "Kucing Petville game Facebook saya mati malam tadi, wak. Saya asyik nangis je. Banyak bazir air dah. Nanti saya mesti haus. So, saya tak boleh puasa. Kang mati kehausan pulak saya ni."

4. "Titew lupew nark sahow larh tadiew pagiw. Itew takpew lagiw, semalawm pown titew lupew nark berbooker, yang. Lapawr nieh, shewram nieh~"

5. "Ala abah ni. Sam tak nak puasa bukan apa. Cuma nak kekalkan kecergasan je. Malam ni nak terawih straight 20 rakaat. Bangga tak Sam ni anak abah?"

6. "Boss, saya tak puasa hari ni. So, saya tak nak balik pukul 5, saya nak balik macam biasa, pukul 6. Kira overtime lah. Saya tak puasa semata-mata nak overtime boss!"

7. "Ish apa abang ni! Saya tak puasa pun semata-mata sebab abang tau? Kang saya buat air Ribena susu untuk berbuka, macam mana nak rasa? Abang bukan tak tahu saya ni kalau merasa tak boleh main calit-calit kat lidah je. At least kena teguk 2 gelas."


Bijak kan alasan-alasan di atas? Try lah, sure kena pijak. Hari ni first day kita berpuasa. So, selamat berpuasa kepada muslimin serta muslimat di seluruh dunia. Mari sama-sama tingkatkan ibadah, kurangkan gossip. Jangan suka-suka tinggal puasa ya! Ni aku buat pantun puasa khas untuk korang. Terima lah.

Berdosa ponteng puasa,
Jangan ponteng puasa,
Dah sampai bulan puasa,
Mari kita berpuasa.