Friday, July 01, 2011

Penjelasan Isu Hangat KFC



SHAH AYAM: Malaysia baru-baru ini digemparkan dengan video klip jijik seorang pekerja KFC yang menggosokkan ayam bersalut tepung pada tapak kasutnya sebelum digoreng, dan disajikan pada pelanggan for sure. Eh, teromputeh pulak.

Sidang media yang diadakan dengan pengarah Kasut Fried Chicken SDN BHD, Dato' Hey Toyam petang tadi meleraikan segala yang kusut dan kasut. 

"Ya video klip tu memang adalah pekerja kami. Kami tidak nafikan." jelas pengarah Kasut Fried Chicken pula.

"Pekerja kami buat begitu kerana ia adalah polisi kami. Nama syarikat kami sahaja dah ada perkataan 'Kasut'. Polisi tersebut hanya ingin menarik tuah, itu saja. Orang tua kata, "tuah ayam nampak di kaki" bukan? Mana tahu lepas gosok-gosok ayam pada kaki, ada duit terselit dalam stokin pekerja ke." tambah Dato' Hey Toyam lagi.

"Jangan risau, pekerja kami semua amalkan kebersihan tapak kasutnya. Mereka sudah diarahkan berjalan kaki ketika pergi ke tempat kerja bagi mengelakkan terpijak gula-gula getah ketika di dalam bas awam." jelasnya lagi.

P/S: Aku sebagai blogger paling ayam di Malaysia ni terasa kot. Sobs. Busukkan nama ayam! Busukkan nama melayu! Dah agak benda ni akan jadi racial issue. Tengok komen Youtube cukup lah. Memalukan melayu!



Comments
68 Comments

68 Kokokan Suci:

kotak bulat said...

laahhh... kasut fried chicken..errkk...

Chef Kampung said...

grrr. dem dem ! gua taknak makan KFC dah ! wakakakaka.

Isteri Encek Bard said...

eiiiii bodo lah yg buat tu...... merosakkan kesucian ayam jer.. hahhahahha

Anonymous said...

aiyooo.. sian ayeem ayam kena tempias. hee :D -yana-

laskar pelangi said...

dem! KFC tu peveret kot. =(

y i e n said...

uish! betul ke ni erk? ni yg maleh g kfc da ni ... kang mau tgk AYAM kfc pon terus tobat, hahaha~~

kinn said...

oh this is not best bro.. eh teromputeh pulak. ;p

Acik said...

aiyoo ... macam-macam lar! haishhhh

Cik Baju Kurung said...

boikot ayam ! haha ;D

Tea Dno said...

hesh, biadab sungguh tahu. huwaaaaa.....

Ahkak Geli said...

demit! takmo makan keypsi dah..

wannurfazrini said...

euwww bapak jijik. sumpah tanak pegi kepsi lagi :(

sweetpearl24 said...

erkkkk!!! baru lepas mkn key ap sii!!! hoomaiigoooddd!!

Anonymous said...

OMG.... Giler bodo (bkn yg buat.. tp yg record)

anonymous said...

bodoh gila. gua malu mengaku kerja part-time kat kfc. tapi serious shit. budak kerja kat kfc memang jauh lebih fcuk dari budak mcD. menyesal gua berhenti kerja kt mcD. (tiba2 emo)

lynnlola said...

ni kat keepsi mane huh? huwaaaa aku suke makan keepsi. kuajaq toi!!~

Ujang9897 said...

pergh..!! malu siot..

doa org teraniaya bahaya woo..

cis...aku emo ni..nak carut boleh tak..?????????

aqmalazmi said...

EEE..entah kenapa sekrg nie aku tengah fikir...nnti nak mkn kasut fried chicken lagi ke tak..
wekk muntah
HAHAH

SweetyMui2 said...

whoever incharge ambik pekerja kfc should be more carefull and surveillence 24h la pasni kat dapur.. =_=

Anonymous said...

assalam...nie yg trauma nak makan masakan org lain...hampeh betul (>.<)

Alya Esprézzo™ said...

erkkkkkkk...tak senonohh !! alaaaaa cmne nak bagi kepci lagi lepas nie?? eiyuuuuuuuuww eiyuwww tak senonoh betul laaaaaaaaaaa...ntah memalukan kaum ayam je..

*eyh ade ke kaum ayam? ke AyeemAyam sorg je? waa siyesly tak senonoh! T_____________T

AyiLarimA said...

sumpah tak caye ngan ape yang pengurus 2 cakap.. pengotor btol.. apsal laa menteri kebersihan makanan ni tak band je kfc ? ape nak jadi la dunia skang ?

Azri Fathurrahman said...

gilaaaaaaaaaaaaaa ! sengal yang abadi lah diorang tu .. =.='

The Sharkox said...

bukanlah..itu bukan staf kfc.. ko tengok perut dia, buncit sikit.. staf kfc mana ada perut buncit macam tu...

eh, dialog recycle ni

Affan said...

hahaha.
kang ada kes blogger kena saman lagi ni kang hahaha

Yuyu said...

aku takleh tengok penuh video tuh.tenet slow.hampeh.

shah alam???seksyen bape tuh???aku selalu mkn kepsi area shah ayam nih...

jgn doploh sudah.

Yuyu said...

aku taknak komen dah kat hang ayeem.

arghhhhhhhhhh...menyampah.eh terkomen jgk.


shah alam ke shah ayam ke same je..menyampah.grrrr

Fatin Diana said...

Brrr =='

budaksetan said...

jum makan kelantan fried chicken, KFC jugak tuh, haha

Mashe said...

eee.. teruk betul la!

Pink said...

hahaha tukar lah nama. ayeem jemain atau ayeem tan. kahkahkah!

ewanthology said...

cilakak betul budak tuuu

yaya_flanella said...

siot

ENCIK TIKUS said...

fak. kfc shah alam ? budak2 sana banyak kaki clubbing kot.

syafeeqa said...

ingatkan dah betul2 diulas.. = =

Aizan Aziz said...

cilaka betul la, haisshh =='

Namee Roslan said...

tiap kali datang sini mesti tersengih nampak gigi. aaahh...

Unknown said...

kabot ! isu nieyh btol kerw ta
grr*

kadri azmi said...

kasut fried ciken..pesal ape aku bleh tak terpikir..ishhh

Anis said...

erkk br mkn kfc td. tp makan nugget dgn fries. agak2 die sapu kat tapak kasut jugak tak nugget tu? ciss

C i k P i p i T e m b a m said...

bongoknye jntan . ade ke ptt . ish3 . xmo dah makan keepsi . pelesuuu semuanyee . huh !

Raden said...

KUAJO PUNYE BUDAK..KALO AKU DAPAT TUH MEMG AKU SUAP SELIPAR JAMBAN BAPAK AKU

Ain Zulaikha said...

hahahhaa elek ayeem elekkkkk... tumpang glemer sekali dengan penggunaan ayam tu hehehe..

Cik Nursya said...

jahatnyer manusia nih..

nadiem sharmz said...

trauma nak makan ayam kepsi pasni....tapi kalo free bedal jugak...hahahhaha...moga2 kat klate xdok gini....

alyachan said...

.....kesian org yg termkn ayam yg dah kne tuh...euw

Aisyah said...

errrk....bru pas makan kfc ngan aimie...T_T

De Mois said...

salam perkenalan..kesian kat kau ayam. aku nak cari nama ayam kfc terjumpa blog ayam ni pulak. haha..

Menarik di SuaraSendiri
Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

Undi disini
Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

Miss Lady Iena Nazir said...

yekkk..ayam pengotor!

miz rara v(",) said...

mcm2 la bdk2 zmn skrg... da xde kje sgt la 2!!!

sm0ge Tuhan m'balasnye... amin~~

Nur Dalin said...

Firsly, i dont think ini sesaje nak buat.. why? ini what ppl called "sabotaj"
seriously, kalau kita curik duit mak apak kita, adakah kita akan bagi hint/clue sebab ofcorse kena lempak seribupatplohpat kali..

secondly, video ni di ambil terang-terangan depan si Kasut ni.. jadi, dia mempunyai motif.. maybe kena maki hamun dgn boss or benci gila vavi pada key ef si..

sangup kah Si Kasut itu menanggung risiko? sebab Key Ef Si bukan kedai cap ayam biasa2 je.. A Big Company Based in Kentucky USA.. atau si KASUT ni memang sangap?

dan.. every key ef si ada sisitivi..
takkan lah ketua dia sangap nak biarkan staff bengong dia buat mcm ni?

fikir2kan dan selamat beramal..

(ai bukan pencinta keyefsi, ai suka mekdi lagii..)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

aku baru nak p makan kfc..xjadi lah..haha

Aujinz said...

perghh.. perghhh... lazattt... hahahhaha

Unknown said...

eeee..sanggup die buat camtu..

zaL_cdpx said...

polisi kami ek???

bengong... hahahhaaaaaa

Unknown said...

aiyak..resepi kelazatan terdedah sudah...

Dhiya Fariza said...

Shah alam tuh.malu malu

Marya Hana said...

ohh baru perasan entry yg same..

tak kira ah kasot bersih ke kotor, dah namanya kasot utk dipijak, jangan pijak kepala customer..

(tak habis marah) haha.

soutulmujahid.com said...

serius jahanam mamat tu. aku jumpa, nak ke aku terajang kepala mamat tu. mmg setan. celaka. rezeki dia buat mcm tu. nak bg org makan plak tu.

Oh!Belog said...

ni bukan salah KFC pun..

salah pekerja tu.. takde akhlak punya orang..

-------------------------------------
nak ajak join komuniti blogger Malaysia di http://www.ohbelog.com/
join dan dapatkan traffik FREE...

BeloG MTT said...

Tuhan bagi akal dan fikiran tak nak di gunakan !

Rasa jijik pulak nak makan KFC.. :(

Nur said...

Ayat takleh bla kot..:P

Prince said...

haha..terbaik lah entry..:)..suke...

"nak rm50 dengan cara paling mudah ? just bagi gambar dan korang mungkin dapat bawa balik rm50 + hadiah sponsor + hadiah misteri + barangan..

berminat ?? klik link di bawah ni..:)

[ Contest ] Anda Bagi Gambar , Prince Bagi RM50 !!!
[ Politik ] Nak Topup Pun Kena Cukai 6 % Kew ?

Faiz Tapit said...

aku dah tgk aritu. cegampang je. hahaha

Zaid said...

nasib baik ai tak reti makan ayam ;p

dak eina said...

org yg rakam pon bongok. oh kasut fried chicken eh. ptt la =.=

KFC Malaysia said...

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

♥NuR SyAFiQah♥ said...

wahh panjang berjela kfc comment..hehe