Wednesday, June 29, 2011

Coklat Dari Blogger

Dalam dua minggu lepas, aku ada buat header untuk blogshop ni. Blogshop kek dan coklat. Senang je deal dengan dia, dan dia pun happy dengan kerja aku nampaknya. Dia pun offer lah aku coklat. Dia mintak alamat apa semua.

Baru je tadi van Poslaju sampai, aku dah agak dah mesti coklat aku punya. Tadaaaa!!


Tertulis "THANK YOU AYEEM". Yang kosong tu aku dah makan dah. Tak sabar sampai terlupa nak tangkap gambar dulu. Haha. Tapi memang sedap lah, serious. Bukan kipas, bukan sebab barang free, tapi memang sedap. Yang kaler kuning tu siap ada ricenya. Yummeh! Mahu habis dalam sehari ni. Terima kasih kak Amalia!

Kalau rasa nak makan coklat, tapi malas nak keluar rumah, beli aje kat blogshop Amalia's Chocolate n' Cake! Sampai depan rumah. Tak payah nak pakai cantik-cantik bagai, berkemban je. Kan senang?



Tuesday, June 28, 2011

Trip di Kelantan

Aku rindu Kelantan, bukan sebab aku orang Kelantan. Ramai sangat soalan tanya "ayeem ore kelate ko?". Aku rindu sebab aku dulu selalu jugak ke Kelantan, sebab abang aku study kat KKTM Pasir Mas dulu. Sabtu pagi bertolak dari Klang, Isnin pagi bertolak dari Kelantan. Tak lama pun, 2 hari 2 malam je.

Sabtu petang:
Makan nasi kukus dekat area Muzium ke apa entah yang bangunan kaler coklat tu. Memang terbaik woi! Aku makan 1 setengah bungkus! Hehehe. Paduan kari dia, sambal belacan, ayam goreng berempah apa semua memang yummeh!

Sabtu malam:
Yang lain penat, aku dengan abang aku jalan-jalan ke Pasir Mas, nak tahu apa perubahan. Singgah makan Edlee  Fried Chicken Kota Bharu. Best jugak, ayam seketul RM2 je. Kaunter pun dah macam KFC jugak. Memang kreatif! Hehe.

Ahad pagi:
Shopping-shopping sikit (aku sikit lah, mak aku shopping banyak. haha) kat Rantau Panjang. Standard lah toto brand Narita memang wajib mak aku beli! Aku tak beli apa pun, sweater seketul je.

Ahad tengahari:
Balik dari Rantau Panjang je, singgah makan mee celup kat Pasir Mas. Abang aku suka makan situ dulu time study. Serious old school gila warung dia. Tapi MasyaAllah sedap gila mee celup dia woi! Campur kicap sikit, serbuk cili sikit, walah! Aku nak suggest korang pun tak tahu apa nama warung dia. Huhu. 

Ahad petang:
Aku dengan abang lepak-lepak kat Pantai Cahaya Bulan, makan-makan bebola, hotdog, semua yang berlidi tu. Agak heaven jugak lah. Tapi pantai tu takde orang mandi pun. Orang dating ada lah. Hehehe.


Ahad malam:
Disebabkan keletihan, tak pergi jauh pun. Pergi Kota Bharu Trade Center je. Tak sampai 50 tapak pun dari hotel Azam tempat aku menginap. Usha apa ada. Aku cuma beli patung Angry Bird yang berbutir kat dalamnya tu. Ingat nak beli semua lengkap satu set, tapi 3 ni je yang ada. Babi hijau pun ada, tapi tak nak lah beli. 3 ketul ni RM60 je, seketul RM20.

Lepas beli patung tu, jalan-jalan, singgah kat booth jam. Ternampak lah salah satu jam idaman aku, Bell & Ross Aviation BR 01-92. Nak beli ori memang aku tak mampu, berbelas berpuluh ribu Ringgit kot! Replika RM70 ni pun jadi lah. Tag Heuer aku pun replika je. Huhu. Tapi kan, tapi kan, mek yang jual tu serious comei. Kepada sesiapa yang agak-agak mengenali beliau, penjaga satu-satunya booth watch di Kota Bharu Trade Center, sila bagi Facebook beliau kepada saya. Terima kasih.


Nampak trip ni macam takde motif kan, tapi saje je nak melepaskan rindu. Hehe. Agak penat lah, tapi seronok. Walaupun banyak kali keliru dengan jalan Kota Bharu yang dah baru. Jadi sehala semuanya.



Wednesday, June 22, 2011

Perbualan Bersama Lisa Surihani


Malam tadi aku borak dengan Lisa Surihani. Borak dekat Yeeha! Messenger je. Btw, aku dengan dia biasa panggil Ayeem dan Hani je. Haa, memang Hani sebenarnya nickname betul dia (konon real). Dah lama jugak tak borak-borak dengan adik besar ni. Ni aku copy paste chat kitorang. Jangan jeles!
Hani : BUZZ!
Ayeem : BUZZ!
Hani : Hye Ayeem, erm, you apa khabar?
Ayeem : Alhamdulillah, sihat je.
Hani : Erm, you ni kenapa muka macam moody je?
Ayeem : Entah la.
Hani : Okay fine, I dah tak nak paksa-paksa macam dulu lagi.
Ayeem : Alah, nanti you ulang balik perbuatan tu.
Hani : Nak buat macam mana, I susah lah nak lupakan you.
Ayeem : Silap I jugak, main scandal. Tak tahu pulak you boleh jatuh cinta kat I.
Hani : You romantik nakal, mesti lah I suka.
Ayeem : I tak nak kahwin dengan you bukan apa, sebab you lebih tua dari I. Tu je.
Hani : I menyesal sangat kenapa lah I lahir awal daripada you. Kalau I tahu, I duduk lama-lama dalam perut ibu. Tunggu sampai you lahir dulu. Isk isk.
Ayeem : Sudah-sudah lah tu. You pun dah ada Yus kan.
Hani : Alah, you ingat I nak sangat ke dia? Sebab dia kaya je.
Ayeem : You jangan macam tu. Tak elok.
Hani : RM10 ribu yang I bank in dekat you tiap-tiap bulan tu you dapat tak?
Ayeem : Dapat, tapi tak guna lagi pun. Dah dekat sejuta tau! Stop it! I tak suka lah pegang duit banyak-banyak ni. I lebih suka low profile.
Hani : Tak peduli'i nya pun! I tetap nak bagi. Nanti after I kahwin dengan Yus, InsyaAllah I bank in you setengah juta setiap bulan okay?
Ayeem : Tak okay. Tak nak lah makan duit haram ni. Duit Yus tu. Penat dia buat filem. I rela guna duit Innity, Advertlets, Nuffnang I, walaupun tak banyak.
Hani : Apa benda tu?
Ayeem : Ala, iklan yang I pasang kat blog lah.
Hani : Oh ya, tiap kali I masuk blog you, I mesti klik iklan. Hehe.
Ayeem : Ye ke? Thanks. Baca jugak blog I eh?
Hani : Baca lah! I pun rasa nak buat blog je. lisayam.com cam sweet je.
Ayeem : Sibuk! Gi cebok lah hang!
Hani : Uhukkk :'( Btw, I nyampah kot tengok kawan-kawan you yang header Ultraman dengan header Lembu tu. I tak ingat apa nama blog tu. I ingat header je. Sebab header you buat kan? Hehe.
Ayeem : Oh, Hamzah Ian dengan Faiz Tapit ya. Kenapa?
Hani : Ye la kot. Tak ambik tahu pun nama diorang. Tapi I pernah pergi blog diorang sekali dua, nampak ada gambar I. Ewww, geli kot!
Ayeem : Dah lah tu, jangan kutuk diorang. Kawan I tu.
Hani : Okay. Sorry.
Ayeem : K la, nak tido lah. Ngantuk. Bye, salam.
Hani : Bye, salam, nanait, sweet dream
P/S: Subliminal mesejnya, klik lah iklan kalau nak jadi cun macam Lisa. Ngahaha!



Monday, June 20, 2011

Zaman Myspace

Myspace, laman sosial yang pernah jadi trend suatu masa dulu selepas trend Friendster, sebelum trend Facebook. Sebenarnya aku agak rindu zaman Myspace. Tapi memandangkan Myspace sekarang ni pun dah macam Facebook, plus Friend Online pulak equals to 0, ahh tak payah lah kan nak balik sana.

Lagipun aku dah tak mahu dah tengok ayat "tHaNks aDd iTteW. CuMmeNt MuH pIxChA oKaYh! I wiLl cuMmeNt yOuRs BaCk". Macam jilake dulu main collect-collect komen gambar. Sama lah macam arena blogging ni, kumpul-kumpul follower. Huhu. Kiranya siapa lagi banyak komen gambar, dia lagi HOT lah. Lagi ramai friends lagi HOT lah. Sampai ada yang berpuluh ribu friends! Myspace mana ada limit kan? Tak macam Facebook kena buka lebih satu akaun, sebab limit 1 akaun 5000 friends je.

Time tu jugak lah zaman kelab-kelab photography baru naik. Yang paling glemer time tu SAHAJA. Dah semua photographer termasuk modelnya sekali letak [SAHAJA] kat belakang nama. Banyak lagi kelab, macam-macam. Kiranya kalau ada nama kelab kat belakang nama tu kira HOT lah. Haha. Belakang nama aku time tu, JEMAIN je. Nama bapak aku. Lagi HOT. Ngahaha.

Time zaman Myspace ni lah aku jumpa banyak orang, antaranya aku borak dengan adik Shah Jaszle, Jasmin Jaszle. Agak rapat jugak lah, siap komen-komen gambar. Time tu Shah Jaszle tak naik lagi, baru jadi model. Lagi, aku kenal adik Eira Syazira, Syafnida nama dia. Tapi memang HOT siot adik dia. Budak Damansara katanya. Tu sebab dia tak pernah layan aku. Haha.

Macam-macam lah kenangan manis kat Myspace dulu yang buatkan aku hargai Myspace lebih daripada Facebook. :'( Tapi sekarang aku lebih suka main Your World of Text. Tergelak-gelak aku semalam! Siap ada yang luahkan perasaan kat aku. Siapa tu? Baik ngaku! Tapi yang suka delete orang punya tu, memang FFFFUUUUU!


Gambar Kenangan Myspace :

Tugu KPTM di pantai Port Dickson. K stands for Kawaiii! Ngahaha

Time ni Bella tengah lambai kat aku, sebab dia kata dia suka tengok laki pakai Polo + short. Kah3!

Time zaman pokai, zaman diet,  zaman kurus

Beratus komen woi. Haha. Lala Dawson pun ada
komen gambar ni. Tapi ini serius shit hodoh. Haha



Sunday, June 19, 2011

Abah Garang


P/S: Minggu lepas abang aku balik rumah lewat malam. Abah pun dah bising, walaupun umur abang aku dah 25 sekarang. Sampai terpacul "Jangan dia buat yang bukan-bukan dah lah". Tapi aku faham. Ini bukan kongkong, tapi menjaga batasan.



Saturday, June 18, 2011

Bagaimana Rahsia Mampu Tersebar?


Haramak, sori lah bro, tersalah upload gambar Dak Patin pulak. Ngehehe. Aku pasti korang mesti cakap dalam hati "Apahal cuaca hari ni panas sangat? Mendidih pulak darah aku tetiba" sekarang. Lalala. Okay, gambar bawah ni gambar betul. Tak tipu!


Aku rasa diagram ni agak tepat menunjukkan macam mana rahsia boleh tersebar walaupun dah pesan "Jangan bagitahu siapa-siapa". Kalau dah semua orang pun guna ayat tu, memang lah tersebar. Aku pasti korang pun pernah buat macam ni. Alahhh manusia, biasa lah. Kepochi macam minachi dan tanggachi di Karachi. Mesti nak jugak meluahkan. Tapi yang penting, kaler pink tu sudah semestinya seorang perempuan. Ngahahahaha! (gelak syaitonirojimanchesterunited)

P/S: "Aku dan Paten hanya berkawan biasa ogayhh. What the TOOT!! I will TOOT TOOT TOOOT and I feel like I wanna ken TOOOT in your face, TOOT! FFFUUUU!" (tolak kamera Melodi TV3 dan berlalu pergi mengiringi Paten menuju ke Hummer H2)



Wednesday, June 15, 2011

Siapa Pembaca Blog Kita?

Dalam blogging kena ada tujuan, kena ada target reader. Mungkin takde siapa sedar hal ni kalau tak observe betul-betul. Pembaca kita datang berdasarkan apa yang kita tulis. Jenis entry macam mana yang kita tulis. Biasa blog-blog ni secara kasar ada dua jenis je lah pembacanya :
Pembaca di Kalangan Blogger Sahaja
Blog ni menulis banyak sangat tentang dunia blog dan benda yang klise. Memang blogger je lah yang nak baca kan. Trafik mungkin tinggi, tapi sebab entry remeh, entry SEO, update lebih dari sekali dalam sehari. Kalau ada yang pelik kenapa follower blog ramai, tapi likes Facebook sikit, haa ni lah jawapannya. Sebab readers dia di kalangan blogger saje. Ingat, nak dapat like lebih susah dari nak dapat follower kat widget tu. Contoh? Banyak lah. Hehe. Tapi tak semua blog yang likenya lebih banyak tu blognya bagus. Depends! Mungkin sebab dia hensem/lawa atau friends Facebook dia  yang beribu tu yang banyak like.
Pembaca di Kalangan Blogger dan Bukan Blogger
Blog ni biasanya blog yang menghiburkan pembaca dan idea dari kepala otak sendiri. Update pun jarang-jarang. Pembaca yang baca akan recommend kawan-kawan, adik beradik, mak apak, saudara mara, jiran-miran baca sekali. Tu sebab boleh jadi ramai pembaca di kalangan bukan blogger. Pembaca akan ketagih entrynya, nak lagi dan lagi. Like di Facebook lebih banyak atau tak berapa kontra dengan follower di blog. Di fanpage pun banyak feedback dari readers, bukan pings semata. Contoh? Zack Zukhairi, Conteng-Conteng, Blog Aku Bukan Bapak Kau dan banyak blog legend lagi.
Yang aku cerita ni pasal blog personal lah, kalau blog perkongsian macam segala Media tu, lain cerita lah. Kalau blogger perempuan pulak, dia tulis entry macam mana pun, tapi muka lawa, dia boleh jadi legend jugak. Tak adil. Apa-apa hal pun, semuanya terpulang pada korang nak target reader yang mana, blog korang, bukan blog nenek aku. Asalkan korang tak kacau aku berak. Tapi kalau korang ada idola dalam blogging, korang ikut lah style dia. Tapi jangan salah pilih idola dah lah. Hehe.

P/S: Kalau aku pentingkan trafik, dah lama dah aku update 10 kali sehari. Tapi aku tak nak update benda yang readers aku tak nak baca. Hati readers kena jaga. Kalau selalu sangat buat entry remeh, lain kali kita update, readers tak nak singgah dah. Kesimpulannya, Alexa traffic bukan kayu pengukur. Ngehehe.



Monday, June 13, 2011

Rambut Otromen



P/S: Tahniah kepada Irine Nadia yang baru saje melangsungkan pertunangan semalam. Irine ada jemput aku hadir dulu, tapi aku tak dapat penuhi jemputan tu. Maaf ya Irine. Jangan tak tahu aku dengan Irine agak kamceng. Kekeke.



Sunday, June 12, 2011

Lelaki Romantik

Biasa yang kita dengar, perempuan suka lelaki romantik. Jarang sekali dengar lelaki suka perempuan romantik. Adakah tak penting romantik itu bagi lelaki? Atau lelaki anggap memang semua perempuan romantik? Itu aku tak pasti, sebab aku gay. Korang percaya aku gay? Nescaya korang gila. Tapi yang aku nak cerita ni pasal romantik lelaki lah.

Dah ramai aku tengok orang tergila-gilakan Seth Tan dalam drama Nora Elena sampai munculnya adik Seth Tan, Ayeem Tan. Ngahaha. Katanya Seth Tan tu romantik gila. Aku pun tak tahu lah romantik macam mana sebab aku pun tak tengok drama tu sebenarnya. Huhu.

Tapi nampaknya memang perempuan betul-betul nak kan lelaki yang romantik. Pada aku, romantik pun banyak jenis. Aku tak tahu romantik macam mana yang perempuan nak ni. Personally, aku bukan lah seorang yang romantik macam dalam talibesen tu. Aku tak reti lah pulak nak bagi bunga apa bagai (padahal dating pun tak pernah haha). Nak ayat-ayat manis pun aku tak reti. Lagipun lama-lama boleh muntah jugak bini aku kalau asyik dok ulang ayat 'I Love You'.

Romantik aku jenis nakal. Aku suka usik-usik, then bila dia merajuk, aku pujuk balik. Lagi satu contoh, konon bila dah berumah tangga, bila isteri tengah masak, aku datang dari belakang, peluk dia, sambil ramas. Kejap, ramas kelapa, nak dapatkan santannya. Seriously, bukan berdouble meaning, memang aku ramas kelapa lah woi! Ish, lucah betul otak korang ni.

Romantik nakal lebih kurang camtu lah. Romantik dari segi perbuatan atau kata-kata yang nakal. Banyak lagi lah, tapi takkan nak cerita. Kang bakal bini aku baca blog ni, dia dah tahu dah apa aku nak buat. Tak seprais lah. Lagi satu, tak meluahkan kata-kata cinta tak bermakna aku tak sayang dia. Ada lelaki memang jenis tak reti nak ngayat ni. So, perempuan sekalian, boleh tak jawab soalan aku? Lelaki romantik camne yang korang nak? Apa yang korang expect dari si dia?

P/S: Permaisuriku, datanglah kau kepadaku. Ku tunggukan kedatangan mu. Bukan ku tak mahu mencari, tetapi aku malu. Kbai



Wednesday, June 08, 2011

Ayam-Man : Vol 1



P/S: Fatin Liyana memang betul-betul add aku okay? Heh! (bongkak riak)
P/S: Fatin Liyana komen kat entri Tutorial Potong Bawang Merah siap.



Monday, June 06, 2011

Minuman Pengaruhi Kemachoan


Yo pembaca Ayeem Ayam! Wa Botak! Ingat tak siapa wa? Wa lah hamba Allah yang kena sepak telurnya dengan si Ayeem ni. Tak ingat? Tak ingat JENGUK SINI. Time korang baca entri ni, Ayeem dah pengsan wa belasah!

Pernah tak korang terfikir minuman yang kita minum, sebenarnya bagi effect kat tahap cool dan macho kita? Perempuan tak kisah lah nak minum macam mana pun. Kita cerita pasal lelaki sekarang ni.
Minuman Tin
Wa rasa minum guna tin lah yang paling cool sekali.Wa akan nampak gagah! Segagah gajah yang tengah berjimak! Segagah tin yang wa togok tu. Kalau pegang tin tu ke mana-mana pun nampak macho. Tapi depends on muka jugak lah, kalau dah tak hensem macam Ayeem tu, minum guna apa pun sama jugak. Wa hensem kan?? *sinsing lengan, cekak pinggang* Haa tahu takut?
Minuman Botol
Minum guna botol pun kira cool lah jugak. Tapi tak cukup cool lagi. Sekali pandang dah macam minum guna botol susu dah. Dua kali pandang dah macam togok arak pulak. Jangan begitu ya kawan-kawan, tak elok. Berdosa besar. Allah murka! E'eh yang lu pandang-pandang tak puas hati kat subang,piercings dekat muka wa apa hal? Jangan sampai wa tumbuk telinga lu der, ter. (der - brader; ter - sister)
Minuman Kotak
Ini sangat lahanat wa cakap. Mana-mana lelaki minum air kotak memang patut ditarik bulu ketiaknya. Apa ke jilake bila laki minum air kotak tersedut-sedut. Apa lu ingat lu comel ke? Korang bayangkan je lah kalau wa dok minum air kotak Ribena, tangan kepit, buat muka kesian, pakai contact lens hitam 20mm. Tak ke comel tu? Ala busyu busyu. Fak!
Minuman Kultur
Wa tibai je minuman kultur. Tak tahu nak panggil apa. Tapi yang wa maksudkan minuman Vitagen, Solivite, Yakult apa bagai lah. Minuman yang mengandungi bakteria ke kutu ke apa entah. Kalau korang yang laki-laki ni minum air ni kat depan orang awam, memang lu dah boleh duduk dalam tong sampah dah sebenarnya. Takyah cite banyak! Lagi-lagi bila minum guna straw, memang comel! Puih!
Okay lah kawan-kawan, wa terpaksa blah dan publish cepat-cepat sebelum Ayeem sedar dan bantai wa. Wa cuak dengan badan dia yang TAFF! Dia pengsan pun bukan sebab wa belasah dia, tapi sebab dia tergelincir terpijak wa punya taik hidung tadi. Hihihi. Chow!



Saturday, June 04, 2011

Gamebit: Baling Taik

Macam yang korang tahu Gambit Saifullah telah mengutuk para bloggers di Twitternya berkaitan isu muzik video Prema Yin yang bertajuk Marilah yang berunsur erotika itu. Walaupun aku suka, tapi aku buat-buat tak suka jugak. Kalau korang percaya aku suka, nescaya korang gila.

Gambit dengan tweetnya "To all assholes/bloggers who have nothing else better to do, middle finger on your face bitch!" bikin semua bloggers panas hati. Dia juga ada cakap bloggers menggunakan topik tu untuk mengaut keuntungan. Aku tak marah pun, sebab aku tak terasa dengan kata-kata dia. Tapi aku nak jugak buat game ni! Haha. Lu patut bangga sebab lu ada game sendiri bro! Boleh tukar nama jadi Gamebit!



P/S: Asalnya game ni aku tujukan untuk MAX247. Last minit malam tadi aku tukar. Hot topik katanya. Hehehe



Friday, June 03, 2011

3 Perkataan Menggambarkan Ayeem Ayam

Korang rasa apa TIGA perkataan yang mampu menggambarkan aku? Aku pernah tanya soalan ni di Facebook Page Ayeem Ayam. Macam-macam jawapan ada. Antaranya "flash", "lucah", "sengal", "ayam", "kfc", "hensem". Yang "hensem" tu aku sendiri tambah. Habis tu, takde siapa nak jawab "hensem". Jilaka, sentap mak!

Korang rasa pulak? Boleh jawab di ruangan komen. Tapi kan, kalau nak lagi best, korang jawab kat bawah tu haa. Hehehe. *slowpoke* Untuk mengelakkan ramai jadi anonymous yang pengecut dok maki orang je tahu, jom jom, ramai-ramai buat akaun kat threewords.me!



P/S: 3 perkataan yang aku bagi untuk diri aku "Aku", "Masih", "Teruna".
P/S: Hari ni entri remeh-remeh je. Renung-renungkan dan selamat beremeh!