Monday, February 21, 2011

Korban Prinsip Untuk Trend

Orang Malaysia ni memang trendy. Tapi yang taksub dengan trend ni biasanya budak-budak sekolah yang tengah cari identiti diri je. Dan trend itu boleh membakar mata. Hari tu aku pergi Sungai Wang, lepak makan dekat food court nya. Pergh, wa cakap sama lu, banyak gila budak-budak sekolah baru nak up bergelantangan dekat situ. Panas je mata tengok budak yang over ni.

Tapi yang aku nak cerita sekarang ni, trend yang maybe orang tak nampak lagi even dah masuk Malaysia pertengahan 2010 dulu. Trend basikal Fixie yang berwarna-warni. Pernah nampak tak dekat jalanan? Kalau dekat negeri lain maybe takde, tapi kalau dekat Selangor ni ada lah jugak beberapa. KL dan Johor pun mesti ada punya.

Memang kalerful. Jalan malam tak payah nak lampu bagai

Setahu aku, budak-budak urban, area bandar ni memang takkan naik basikal. Sebab aku ada lah jugak bercampur dengan beberapa budak urban, kaki clubbing semua, dulu-dulu. Memang lah diorang takkan naik basikal. Jatuh maruah katanya. Sampaikan diorang kata "daripada naik basikal, aku rela jalan kaki, naik bas doh".

Tapi sekarang bila dah ada trend Fixie yang berasal dari Sydney ni, budak-budak urban ikut juga. Sanggup korbankan prinsip, disebabkan fesyen. Wow hebat penangan sesuatu yang bernama 'trend' ni. Bagus jugak sebenarnya trend ni, elok untuk alam sekitar kan.



Friday, February 18, 2011

Kabare? Err Itu Aje Lah Yang Aku Reti

Kabare yo wasap? Ikut hati aku, memang nak speaking jawa je untuk entry ni. Tapi, tak berapa reti. Lagi satu takut takde orang nak baca. Haha. Entry ni pendek je. *pendek-pendek pun 40 perenggan jugak lah*

Dah bertahun aku dok perhati, budak jawa malaysia ni kebanyakannya memang gila-gila dan kuat mengarut. Even yang perempuan pun sama, memang gila-gila. Bukan gila ya. Antara blog blogger jawa yang aku layan, Fahmie AbidinZarifah RagelNadia Comel, Ika Hani Mani *mampus aku*. Yang lain aku tak pasti status kejawaannya.

Aku pasti ramai lagi blogger jawa yang best kat luar sana. Ni yang aku nak gather semua ni dekat dalam satu komuniti. Kepada blogger jawa, bagi lah url korang dekat komen ni, nanti aku masukkan dalam bloglist. Then, sama-sama lah promote okay. Untuk yang lain, sila lah follow, kalau nak follow-up blog-blog kami.
Untuk memeriahkan komuniti ni, maybe kelas bahasa jawa akan diwujudkan. Tu pun kalau ada orang nak ajar lah. Kalau ada, inform lah okay. Penting jugak belajar bahasa ni, sikit-sikit pun jadi lah. Sedara mara aku ramai jugak yang kahwin dengan orang melayu bukan jawa. Paling kesian bila pakcik makcik aku borak-borak dalam bahasa jawa, tapi diorang tak dapat join. Haha. So elok lah korang ambil kesempatan ni untuk belajar. Aku pun nak belajar lebih lagi. Kepada bakal bini aku pun kena belajar. Haha.

Aku paham bahasa jawa, tapi aku susah nak cakap/luah. Nak translate lambat. Nak paham bahasa jawa jauh lebih susah daripada nak paham bahasa indonesia. Slanga jawa dan bahasa jawa berbeza. Abon tu slanga jawa je, bukan bahasa jawa. "Kue Wong Jowo, Kue Adem"! Ini bahasa jawa. Paham? Tak kan? Haha



Wednesday, February 16, 2011

Header Terlucah-Sopan Malaysia [100SX]

Dah 3 minggu aku tukar header baru ni. Tapi mungkin masih ada orang yang tak perasan features dekat header aku. Ini dia antara featuresnya :



1. Boleh Control Huruf
Korang boleh main-main dengan huruf dekat header aku. Just hold-click dekat huruf-huruf tu untuk grab huruf tu. Then korang boleh campak depa jauh-jauh.






2. Real-Time Jam
Jam dekat dinding tu bukan lah replika semata. It is real man. Bergerak! Ikut masa yang sebenar.








3. Control Mata
Korang boleh main-main dengan mata. Mata akan ikut/pandang ke mana saja mouse/cursor korang pergi.






4. Boleh Tanggalkan Baju
Feature ni aku dah add seminggu lepas. Tapi memang takde siapa pun perasan. Cara nak tanggalkan, just hold-click baju tu, then dragkan baju tu ke tempat lain.





Celah mana lucahnya? Haha korang pandai-pandai explore sendiri lah. Tapi, AMARAN untuk yang tak boleh terima kelucahan, sila jangan explore lah. Habis cerita. Jangan pulak nanti nak membebel-bebel kat aku. Grr

P/S : Saya ni pemalu lah, merah muka saya awak buat. Jom makan buah!
P/S : Kebetulan semalam & hari ni ramai blogger buat entry pasal header. Minggu header sedunia kah?



Monday, February 14, 2011

Korang Nak Pasangan Macam Mana?

Dah sudah. Aku asyik bercerita pasal pasangan je ni apehal? Nampak sangat dah aku despo nak pasangan ni. Haha. Tapi sebelum nak cari pasangan pun, korang kena tahu apa yang korang nak laki/perempuan yang macam mana.

Biasa manusia ni akan pilih pasangan berdasarkan fucktor err i mean faktor-faktor ni :
RUPA, WANG, ILMU, PERWATAKAN

Okay now, contoh korang ada 100 points (simbolik kepada 100%), macam mana korang nak bahagikan percentage tu kepada 4 faktor kat atas tu? Macam aku kan, aku kan, kan, *gedik-gedik* aku nak perempuan tu ada percentage macam ni :
RUPA - 30%, WANG - 10%, ILMU - 25%, PERWATAKAN - 35%
Gambar hiasan - Tajam sangat ni. Luka lidah nanti

Wang pada seseorang perempuan tak penting sangat. Tapi best jugak lah kalau dia kaya, dia layan aku macam anak ikan apa semua. Haha. Rupa, ilmu dan sikap pada aku lebih kurang sama-sama penting. Untuk rupa, tak nak lah lawa sangat macam artis. Ramai sangat orang nak nanti, susah jugak. Nak yang sedap mata memandang, sedap tangan meraba lah kan.

Ilmu pada aku penting jugak sebab ia akan mempengaruhi cara diorang bertindak, bercakap dan berfikir. Berilmu tak mestinya masuk U ke apa. Ilmu ada dekat mana-mana kan. Perwatakan pulak penting sangat. Ingat kalau dah dapat awek lawa tapi , perwatakan membosankan, tak sekepala best ke? Seriously perwatakan lah yang paling penting sebab ia mampu buat kita bahagia, tahan lama dengan dia. Tahan lama dalam hubungan lah, korang fikir tahan lama apa? Grrr. 

Tu pada pandangan aku lah. Korang pulak macam mana? Cuba habaq mai. Mana tahu ciri-ciri tu aku ada. Haha

P/S : Tapi apa yang kita nak biasanya tak dapat. Tapi tu belakang cerita lah kan.
P/S : Aku suka perempuan yang mampu buat aku ketawa dan yang suka ketawa.



Monday, February 07, 2011

Tetriz Bukan Teztiz



Nama game je agak kelucahan, tapi isinya takda unsur lucah sikit pun. Siapa yang suka main brick game time kecik-kecik, memang dia terer lah kot main game ni. Anyway, login guna facebook or twitter sahaja, so that aku boleh detect siapa pemenang yang sebenarnya :)

Tarikh Tutup : 1 Mac 2011
First Place : Topup RM10
Boleh main banyak kali sampai jadi highest.
Pemenang sorang je. Nak jimat, nak sambung study. Hehe.

P/S : Game ni pun boleh dimainkan di facebook. Check this out.