Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011





Selamat tahun baru untuk korang! Selamat menghadapi 2011 dengan tabah! Semoga segala azam korang dapat dimakbulkan. Azam 2011 aku? Nak awek. Hehehe :D

Dah, korang tengok firework kat sini je. Takyah nak keluar malam bagai. Tak elok, tak manis, nanti terlanjur, nanti menyusahkan mak bidan. Nak letak flash ni kat entry/blog korang, letak lah. Aku dah bagi code tu. :)

P/S: Hehe dapat jugak aku cuti hari ni, boss umum cuti last minit. ;)



Monday, December 27, 2010

Teka Teki Teka Tekok, Korang Salah Aku Jolok

Watak : Myzajane, Amar Cap Ayam, Liyana Lunia, Ayeem Ayam













21 Disember punya cerita. Mereka saja membuli, menyakat aku. Ya, saya sering dibuli wanita. Inilah dia tamparan wanita. Berani korang eh, belum rasa libasan lelaki lagi. Grrr. Ekceli, ramai jugak lah orang ajak jumpa, bukan blogger je. Kawan fb pun ada. Tapi aku jarang nak menyetujui. Apatah lagi gather sampai 100 orang kan.

Korang rasa lah kan, kalau aku jumpa korang, korang rasa aku ni macam mana orangnya? Moh main teka-teki sikit. Adakah aku ni pemalu? Adakah aku gila-gila lantas buat aksi beruk lapar depan korang? Adakah aku gila seks lantas meraba korang? Meh jawab. Nak jugak aku tahu macam mana aku ni pada kacamata korang. Tak kisah lah kacamata Reban RayBan Uptown ke apa.

P/S : Semalam dapat jugak tengok Kak Limah. Sampai wayang je pukul 10 pagi! Haha semangat. Aku bagi 5 bintang! Jalan cerita best, lawak kering gila! Korang wajib tengok. Siap ada lagu metal time endingnya. Dengar suara macam band Lamb of God. Anyone?



Sunday, December 26, 2010

Kantoi Dowh!

Semalam masa nak edit gambar untuk entry Lagenda Budak Lucah . . .


Kalau korang nak tau, aku main fb, blogging, lukis untuk entry flash, buat banner apa semua, aku buat dalam posisi camni. Pelik kan? Tapi selesa pada aku. Mungkin korang akan rasa sakit pada dada. Syukur dada aku besar. Korang yang pompuan pun boleh try. Nak tau kedudukan penapakan laptop tu? Sama je macam besi pushup bra, so korang takyah pakai pushup bra lagi dah. Tu sebab dada aku montok. Haha


Tengah dok sedap ngedit gambar berkenaan, mak aku yang tengah tengok TV ternampak aku tengah edit gambar tu. Lalu perbualan ini terjadi :

Emak : Gambar siapa tu? Hehehe rambut Daus botak. (member sebelah aku)
Ayeem : *damn!* Ni gambar zaman kolej dulu.
(Sumpah muka aku panas gila time ni, malu gila! Tapi laptop steady, aku tak cover screen guna tangan ke apa. Tutup windows pun tak, tak sempat kot. Huhu.)
Emak : Ko main apa tu?
Ayeem : Err main belon.

Mak tatap je lebih kurang 5 saat, lepas tu mak terus sambung tengok TV. Dia perasan ke tak aku buat aksi MENETEK, aku pun tak pasti. Korang ramai-ramai dah boleh ucap kat aku "Lu Kena Beb!". Oh tidakkkkk! TT____TT Kantoi dowh!

P/S : Aku sayang Malaysia, even first half aku maki-maki! Haha. Alhamdulillah. Safee, Shahrul, Kuna, Fahmi, Muslim, Mahali you're rock! Shahrul terbaik sialll.. Time goal aku jerit kuat gila babi sampai berpeluh, macam kat stadium. Haha. Come on, jangan bolos kat jakarta. Goodluck! Penonton pancar laser memang bodoh!



Monday, December 20, 2010

Contest Cari Ayam

LANGKAH
1. Buat 1 entry bertajuk "Contest Cari Ayam". (takboleh tukar-tukar)
2. Teka dekat mana ayam Kelabu, Ungu, Oren dan Hijau menyorok.
3. Lengkapkan slogan "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana..."
(tak lebih 20 patah perkataan, TAK termasuk "Ayam-ayam Ayeem menghilang kerana...")
4. Cabar 3 member korang dengan tag nama mereka. (make sure mereka tahu)
5. Letak banner dalam entri atau di sidebar.
6. Submit permalink dekat comment entry ni.

TEKA DEKAT MANA SEMUA 4 EKOR AYAM AYEEM?

Aku dah sorokkan 4 ekor ayam aku yang berwarna KELABU, UNGU, OREN dan HIJAU kat tempat-tempat tertentu, so korang kena teka kat mana aku sorokkan diorang. Sumpah aku takkan tukar jawapan tu ok. (KLIK untuk header lama)





HADIAH
RM50 untuk peserta yang mendapat markah paling tinggi.
(cara permarkahan akan diterangkan kemudian)
(kalau tak ada maybank, topup sahaja)

CONTOH ENTRI














BANNER



INFO TAMBAHAN
1. Blog fake, blog yang created semata-mata nak join contest tidak akan diterima penyertaannya.
2. Once you submit your entry, aku akan kira markah terus. So, make sure jawapan korang muktamad dan jangan tukar-tukar. Setiap penyertaan akan aku printscreen sebagai bukti.
4. Slogan diwujudkan untuk mengelakkan contest ni menyerupai perjudian.


TARIKH TUTUP
1 JANUARI 2011
That means pada 2011 entry korang takkan diterima lagi. Ingat yaa, jangan bingung macam contest lepas lagi. Good luck!



Thursday, December 16, 2010

Tutorial | Speed & Spin


P/S : Sekali lagi murid² diwajibkan VOTE Cikgu ya! Kumpulan 8, Nombor 294 Tau! Kalau tak vote, tak berkat ilmu, ingatt.. HAHA
P/S : Kalau tak dapat catch-up Tutorial Ayeem, try tutorial Shino pulak.
P/S : Sesiapa kalau ada link video panas adik beradik tu, share-share lah. Teringin jugak nak tengok. HAHA :p Bukan apa, barang rare tu! Walaupun ia sangat lah tak patut. Budak² sekarang ni ishh, aku pun tak merasa lagi tau tak. Percaya tak? Haha



Wednesday, December 15, 2010

Berus Gigiku Dinodai

Semalam aku bangun pagi pukul 9:39am. Padahal masuk kerja pukul 9:30am. Kepala hotak dia, gelabah gila aku, cepat² aku capai towel Hello Kitty berlari masuk bilik air. Cuci muka, sabun badan, sental kemaluan, tapi bila nak capai berus gigi... Ahh! Mana ni?? Aku dah kelam kabut, boleh pulak hilang berus gigi time camni. Aku dah lambat! Last² terpaksa aku gantikan berus gigi tu dengan berus jamban.

Lebih kurang macam ni lah rupa case berus gigi family aku, tapi ada 6 holder.
Semalam aku half day, sebab demam (hari ni MC). Balik kerja aku tanya lah adik aku ada buang berus gigi tak, dia jawab tak. Tanya mak dan abang aku pun depa jawab tak. Lepas tu mak aku tanya pulak abah aku, dengan selambe abah aku jawab "A'ah. Abah buang berus gigi abah". Dalam hati aku "Whaaaaaat.....?". Tangan menggigil. Jajan Super Ring yang aku sarungkan pada jari turut rebah menyembah bumi. Aku melutut, sambil berkata "Tidakkkk... gelap lah masa depan aku" (over).

Ahhh, rupanya selama berbulan ni aku berkongsi berus gigi dengan abah. =.= Aku taktau salah siapa, taktau siapa yang take over berus gigi siapa. Setahu aku berus gigi yang paling kanan aku punya. Tapi aku bersyukur sebab gigi abah cantik, putih melepak, teratur. Gigi abah paling cantik kat rumah ni. Sumpah tak tipu. Dah, korang jangan nak cuba² ngorat abahot aku. Jadi kepada bakal bini aku, jangan lah geli nak comolot² ngan aku ya nanti. Huahauhuahau (gelak style Irine Nadia Martellor)

P/S : Huarghh! Malaysia menang! Mintak² kat Vietnam nanti menang jugak.



Tuesday, December 14, 2010

Result Contest Makan Ayam



HADIAH :
Category : Paling Ayu
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Gelojoh
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Kreatif
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Peserta Bertuah
Square flash banner + Topup RM10 tajaan Pujangga + Tapak Iklan Sebulan di Liyanaa.com
3 X Sagu Hati
Square flash banner setiap seorang.


P/S : Quality gambar terpaksa dikurangkan untuk mengurangkan size SWF.
P/S : Sial lah Arsenal kalah! Malaysia, pelis menang esok.



Tuesday, December 07, 2010

Blog Baru Pilihan 2010


Kepada blogger yang baru buat blog tahun 2010, jom join pertandingan ni jugak. Dah lebih 400 blogger berentap! *main agak je, tengok komen dekat entri tu dah 400+* Memang sengit & tengik lah. Jom lah sama memeriahkannya, KLIK NI!

First Entry Blog Ayeem AyamIntrodaksyen
Tarikh First Entry : 06 August 2010 (genap 4 bulan blog ni)

Ayeem tahu korang mesti menyampah kan sebab Ayeem sibuk nak join, padahal baru hari tu tercalon untuk Top 5 Blog Lawak Pilihan. Haha. Takde lah, saje nak memeriahkan suasana, nak bersaing dengan blog yang seumur dengan blog Ayeem. As long as blog ni memenuhi kriteria kan? Hehe, baru 4 bulan kot blog ni, masih kecik baby comel lagi. Tak kisah lah tercalon ke tak, sebab mungkin admin nak bagi ruang kat blogger lain kan, papehal cuba nasib je! Hope dapat lah! Aminn... *argh amin amin! skang baru nak beramin bagai. kalau tak, berlucah je keje ko*



Sunday, December 05, 2010

Hilangnya Hikayat Telur Mahawangsa

Macam biasa title mesti ada unsur hiperbola, metafora, metanoradanish, padahal benda yang nak disampaikan just 'hilangnya adat bagi bunga telur kepada tetamu'. Yes, dah lama dah hilang benda ni. Bunga telur setakat duduk dekat pelamin aje. Goody bag sekarang susah nak cari telur. Tak kisah lah telur melekat dekat bunga atau telur dalam kotak. Sekarang jadi trend orang bagi muffin, kerepek, keropok, candy, towel, kipas lipat, pisau lipat, aircond, kondom dan macam-macam lagi lah.


Tapi benda yang nak dicerita sekarang, mak abah Ayeem pergi tengok orang kahwin tadi siang, sampai je rumah macam biasa Ayeem adik-beradik selongkar goody bag tu. Yela, benda yang diburu of course lah candy dan jajan (keropok) kan. Tapi terkejut gila babeng bila tengok isi goody bag tu! Nasib baik takde sakit jantung.

Image by Blackberry 8520, memang harem punya quality!

Ahha, rare tak rare? Maggi kari sebungkus, Nescafe 3in1 sebungkus, Milo Fuze 3in1 sebungkus! Maybe jugak lah ada family diorang yang kerja dekat kilang Nestle kan. Hehe. Tapi mak Ayeem bertegas akan buat jugak bunga telur bila anaknya kahwin nanti. Ayeem tak kisah sangat lah, mana yang jimat. Asalkan telur Ayeem untuk isteriku seorang. Haha. Tapi siapa bini Ayeem eh? Lalala *tertunggu-tunggu*

P/S : Maybe adat bunga telur ni hilang dekat tempat Ayeem je, Klang/Shah Alam. Tempat korang macam mana eh? Barang apa paling rare korang pernah dapat?



Saturday, December 04, 2010

Sekadar di Pinggiran

Tajuk nak poyo, lagu Fransisca Peter Porn kau! Yela, motifnya nak bagitahu blog ni sekadar dapat nombor 5 je. Haha. Ketinggalan jauh jugak lah 300+ sedangkan blog yang nombor 4 tu dapat 500+ vote tak silap. Tapi 300 pun dah banyak sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan blog yang dah capai 2 - 4ribu followers tu kan?

So, terima kasih semua yang undi Ayeem ya! Terima kasih banyak Irine sebab undi Ayeem jugak. Haha. Tu lah siapa suruh dedahkan maklumat sampai mak hang lumat. Awak tu top blogger even jarang² pakai top dan serbuk pencuci TOPPPP! Adik beradik awak tu memang top blogger. Dua² menang untuk kategori Blog Personal Perempuan dan Lelaki dan Pondan Pilihan. Tahniah ya!

Tahniah jugak dekat TubeLawak yang menang kategori Blog Lawak Pilihan, nama pun lawak kan, memang lah menang. Tahun depan nak kena tukar blog jadi AyamLawak.com lah macam ni. Haha. Tak lupa juga tahniahnya kepada MariBinaBlog yang sediakan banyak tutorial bermutusami, dan telah banyak berjasa kepada blogger sehingga berjaya memenangi kategori Blog Tutorial Pilihan.

Tahniah banyak² jugak dekat NadiaBayu (lagu latar : ♪♫Angin bayu membawa diriku, Sepintas lalu ku terkenangkan mu♪♫) untuk kategori Blog Personal Isteri Pilihan, layan suami elok² ye. Hehe. Thanks jugak sebab follow blog ni semalam. *terharu lantas tergaru* Last but not least tahniah kepada abe BenAshaari sebab berjaya merangkul isteri gelaran Blog Personal Suami Pilihan. Thanks jugak sebab tak pernah follow saya. *skema sebab cuak dengan badan dia*

Walaupun Ayeem tak menang, tak dapat top 3, tapi traffic Ayeem naik 3 kali ganda, dan followers Ayeem pun naik mendadak. Jangan jeles! Haha. Anyway thanks kepada yang menyinggah, memfollow, dan menyokong Ayeem! TAHINIAH SEMUA! *letih sangat sebut tahniah berapa banyak kali sampai salah taip*



Thursday, December 02, 2010

Adikku Sayang

♪♫Adikku sayang! Dibelai dan dimanja....♪♫

Ahh sudah, mesti korang pikir adik lain kan? Mana ada, Ayeem tak nak dah sebut benda² kotor. Betul, memang tak nak buat dah. Buat masa ni lah. Hehe.

Hari tu Ayeem cerita lah sikit kat adik Ayeem, si Ain tu pasal blog Ayeem masuk Blog Pilihan Malaysia. Then, dia dengan bijaknya dapat tahu apa blog Ayeem. Argh sudah! Macam² yang aku tulis ni. Tapi takpe lah, adik beradik kan. Tak kisah lah kot.

Dan tadi petang, perbualan ini terjadi..
Mak : Aim, mana blog ko?
Ayeem : Huh? *Gulp! Sial mana dia tau ni??*
Mak : Yela, Ain cakap tadi blog ko masuk top 5 apa entah. Bagi lah mak tengok.
Ayeem : ...... *TIDAAKKKKK!!!!! Dx<*
Ain : Aisey, mak nak tengok pulak. *muka bersalah gila*
Ayeem : *buat muka masam gila babi punye ketiak*

Ayeem pun senyap, sampai lah mak melupakan hasratnya tu. Dan dengan pantasnya Ayeem menukarkan tahun tarikh entri 21SX ni ke 2009. Langkah berjaga² lah, takut titlenya tu menarik perhatian mak nanti. Dah lah dekat first page. Mak baca mampus aku! Kompom mak buat blog jugak, semata² nak follow and comment entry² Ayeem!

P/S: Aku tahu ko akan baca benda ni ain. Dengan kesempatan ini, aku nak cakap tindakanmu itu sebenarnya sungguh bijak sehingga boleh dipijak! Grrr....



Tutorial | Shaping & Shape Tween


P/S: Murid² diwajibkan VOTE Cikgu ya! Kalau tak, tak berkat ilmu! HAHA



Wednesday, December 01, 2010

Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia

Top 5 Blog Lawak Pilihan Malaysia? Okay lah tu. Thanks kepada yang mengundi. *berkata sambil buat muka ketat, hindung tinggi, kena lah bongkak dan angkuh* Haha ada rasa macam nak tumbuk tak? Jangan bongkak kau Ayeem, macam lah diorang tak boleh change vote. Mampus kau nanti.


Anyway, sangat happy doh! *terkinja² macam kongkang sekarang* Tak sangka lah kan dapat masuk top 5, follower pun tak seramai top blogger lain. Nasib baik tercalon kat blog lawak, kalau blog personal jangan harap lah. Haha. Dengan ini Ayeem nak thanks banyak² kepada yang dah undi dulu dan undi untuk second round ni! Tanpa korang, takdenya nak jadi top 5 ni!


Kepada sesiapa yang belum undi lagi, tampar pipi sendiri, buat² nangis teresak² rengek² manja dulu, then baru tekan butang VOTE tu secara menggigil². Siapa suruh lambat sangat undi?? >:  | Nah tekan benda alah ni! UNDI SINI!

Moga² dapat lah Top 3. Hehe. *demand lebih, bukan best pun blog ni* Tapi kalau tak dapat pun bercukur sangat dah dengan top 5 ni. Memang seriyes dah tak tahan dah dengan semak kat celah bontot ni, memang nak kena cukur! Pergi bilik air dulu! Jangan intaiii..... *suara godaan manja tahap indera mulia*