Friday, November 26, 2010

Tercalon Blog Lawak Pilihan

Fuhh rasa macam ada di Cameroon Highland sekarang, sedang menghadiri Anugerah Bulan Popular Berita Hairan. Mana tak nya, tercalon untuk Blog Lawak Pilihan kot. Agak terteruja lah kan sebab tergolong dalam 21 blog lawak tu. Ayeem pun tak tahu sapa yang calonkan, anyway thanks! Time Ayeem tulis entry ni, undian Ayeem Ayam ada dalam Top 3, Alhamdulillah. Thanks kepada yang mengundi!

Kepada korang, kalau rasa blog ni layak untuk title tu, boleh lah undi Ayeem Ayam walaupun Ayeem tahu takkan menang. Blog Oh!Tidak ada kot dalam senarai. Oh tidaaakkkkkk.... TT__TT Tapi korang patut judge jugak blog tu lawak sebab 100% penulisan diorang atau sebab bahan yang diorang kongsi yang bukan milik diorang tu. *menghasut. muahahaha >:D*

Undi cepat ya! Tarikh tutup tak lama je lagi ni! 30 November tutup sudah. Sebutir beras ibarat setitik peluh petani, hargailah beras kita! Setiap undi korang ibarat sebijik dedak ayam, hargailah Ayeem Ayam! Sekian terima kasih! :)

P/S : Kalau tak menang, tapi dapat ke second round pun jadi lah yob!



Thursday, November 25, 2010

Tutorial | Basic Motion


P/S: Ayeem dah tukar teknik tutorial sebab teknik yang sebelum ni banyak masalah. Kalau rasa² nak upload hasil pemahaman pada tutorial ni kat blog korang, adalah dialu²kan. Boleh Ayeem ukur tahap pemahaman korang tu. Btw, rajin² lah godek² software Adobe Flash tu. Lesson memang banyak sikit tulisan/explaination, sebab flash ni memerlukan pemahaman. Flash banyak guna akal logik. Btw, feedback terhadap tutorial ni amat digalakkan. Boleh Ayeem perbaiki apa yang patut. :D



Tuesday, November 23, 2010

Tutorial | Pengenalan

INFO FLASH :
Software : Adobe Flash (prefer CS3, sebab dah biasa)
*software Portable Adobe Flash CS3 (60MB) boleh didownload kat SINI. Senang gila versi portable ni, tak payah install, tak payah crack, terus boleh pakai. Dah lah size kecik! (teruja) Tapi bila nak start software ni, kena tunggu 1-2 minit.*

Source File : FLA (editable)
Compiled File : SWF *untuk tutorial letak SWF kat blog, boleh tengok SINI*
Programming Language : Actionscript (prefer 2.0, sebab lebih senang)

FUNGSI FLASH :
Animation - usually tak perlu coding. (symbol : movieclip sahaja)
Interactive application - perlu coding (symbol : movieclip & button)

KOMPONEN UTAMA FLASH :
















FRAME / TIMELINE :
Untuk animation, frame ni sama lah macam flipbook. 1 frame mewakili 1 helai kertas. Tapi dengan motion tween, tak payah lagi susah² nak buat animation frame by frame. Nak tahu apa tu motion tween kena lah tunggu tutorial.
Untuk application, frame ni sama macam page blogger jugak. Klik button A pergi page A, klik button B pergi button B. Bukan pergi ke page je, macam² action/event lagi boleh dibuat.

STAGE : Apa yang ada dalam lingkungan stage tu lah yang akan appear pada SWF korang nanti.

LIBRARY : Tempat simpan symbols (graphic, movieclip, button) dan segala benda yang diimport (bitmap, video, audio).

LESSON/TUTORIAL YANG AYEEM AKAN BUAT :
Lesson (basic) :
1. basic tween
2. shape & shape tween
3. timeline & frame rate
4. ease
5. centerpoint registration
6. color
7. filter
8. import
9. publish

Tutorial (advance) :
1. butang & scene
2. kereta berjalan (loop movieclip)
3. bola melambung (gravity)
4. motion tak lurus (guide)
5. teropong (mask)
6. preloader/loading
7. custom cursor
8. korang boleh request(yang senang je)

Penyelesaian kepada masalah yang selalu orang hadapi :
1. tak boleh color
2. motion putus-putus
3. spin/move cacat
4. banyak tween kat library
5. auto-group
6. korang boleh tanya

Contoh tutorial :
KLIK SINI - quality saje dikurangkan, jangan ngerau. Password : 123456



Monday, November 22, 2010

Tutorial Nak Mula Dah



Dah ramai sangat request tutorial flash kat Ayeem, tapi tak buat² sampai sekarang sebab agak busy, plus lama pikirkan nak buat tutorial guna video or gambar. So, dah dapat jawapannya sekarang. Insyaallah tutorial start dalam masa terdekat ni kalau takde halangan.

Tapi untuk tutorial tu, Ayeem akan letak password. So, orang yang ada password je yang boleh tengok/access tutorial tu. Ayeem buat security camni bukan lah sebab apa, just nak tahu ke mana and kepada siapa ilmu yang Ayeem curah ni perginya. Plus, Ayeem tak nak lah strangers belajar tutorial Ayeem ni. Kalau boleh nak rakan bloggers je, terutama blogger melayu.

P/S: Ayeem maybe akan hilang keunikan, hilang pendapatan sampingan, tapi Ayeem dapat kawan ramai, dapat pahala (dapat ke? sure dapat, kalau korang tak buat entry lucah cam Ayeem. Haha). Semua untuk blogger melayu, sama² lah kita tunjukkan bakat kita, tunjuk siapa blogger melayu, blogger Malaysia. (semangat lebih. haha) Best jugak kalau dapat buat contest flash 1 hari nanti. Hehe. ;D

UPDATE: Disebabkan aku dah letih nak email sorang-sorang, nah lah ambik password ni hehe.
lesson 1 - rambutdrrozmey
lesson 2 - dahiuncleseekers
lesson 3 - matafatimah
lesson 4 - hidungayeem



Saturday, November 20, 2010

Hantu



P/S : Jangan takut jangan segan, takda apa yang menyeramkan pun.
P/S : Dah 2 bulan agaknya tak buat entry flash. Sorry readers!
UPDATE : Dah lepas rindu tengok Main-Main Hantu. Thanks semua!
Kalau korang nak tengok download lah KAT SINI.



Thursday, November 18, 2010

Ini Baru Korban Namanye

Ini baru korban namanyee.. *ala² iklan tongkat Ali Hamid Gurkha* Yeah, hari ni baru lah bermakna Aidiladha Ayeem. Semalam seharian duduk rumah je. Nama pun cuti kan? Hari ni working day, tapi boss Ayeem ada buat korban kat rumah dia. Kambing baka Boer seekor sebagai korbannya.

Sampai rumah boss pukul 8 pagi. Tak lama lepas tu, terus start operasi. Disuruh pegang kaki pun dah teragak², first time kot buat benda ni. Selalu tengok dari jauh je. Nasib baik tak disuruhnya Ayeem sembelih korban tu, kalau tak habis pengsan masuk dalam lubang kumpul darah tu.

Alhamdulillah, penyembelihan, pelapahan, pemotongan semua berjalan lincir. Yes lincir, sebab boleh pulak air bola mata terpercik kat Ayeem time member Ayeem hentak² kepala kambing tu. Dayum! This is my first time lah buat semua tu. Sampai patah holder pisau abah Ayeem. Woot! Habis aku, nasib baik dah gam dengan gam gajah. Mintak² tak perasan. Gulp!

Tapi semua bahagian badan kambing tu tak ada yang lepas lah. Apa yang rasa boleh dimasak, memang dimasak. Daging, testis, lidah, janggut, tanduk; buat sate, BBQ, kari, sup dan goreng². And today is my first time makan testis. Testis ok? Tahu tak apa tu? Kalau tak tahu pergi tanggal seluar adik laki korang. Terpengaruh dengan si Robot lah ni. =.= Ye, saya dah lebih jantan sekarang. Nak jugak test kehebatan di atas ranjang ni, any volunteer? Perempuan sahaja. No laki, no ayam, no kambing.

Memang best lah hari ni makan macam², BBQ paling sedap, cicah mayo + lemon + basil. Terbaik! Dapat bayangkan betapa tingginya darah Ayeem hari ni, kalah KLCC, kalah blog terbangtinggitinggi.com. Dan sekarang Ayeem menulis entry dalam keadaan yang sangat pening. Mampus aku! =.=

P/S : First time jugak minum jus timun! Sedap lah! Tak pernah terpikir! Blended timun + Air + Gula + Ais = Sedap! Eksaited tahap abah pulak kan aku ni.



Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha





Selamat Hari Raya Adiladha/Haji/Korban/Qurban. Doakan keselamatan dan kesejahteraan kepada yang mengerjakan haji. Moga selamat balik ke Malaysia, aminn. Doakan juga keselamatan orang yang bakal menyembelih lembu, kambing, unta esok. Moga tak tersembelih tangan sendiri. :p

P/S : Letakkan cursor pada flash untuk mainkan card.
P/S : Macam biasa, Ayeem share e-kad raya ni kat semua orang. :)



Sunday, November 14, 2010

Saya Seorang Graduan

Tanggal 6 hari bulan 11. Hari yang bermakna untuk Ayeem. Convo day KPTM yang ke-27 yang diadakan kat PICC, Putrajaya. Memang grand dan seronok. Berani potong anu jari rambut lah, konfom takde sapa pun yang berpeluh even yang duduk kat luar dewan. Sejuk je, nyaman! Kalau duduk luar PICC lain cerita lah.

Beribu student dikumpulkan dekat situ, dari semua cawangan KPTM (dapat jugak cuci mata masa rehearsal. Hehehe) Nasib baik dipecahkan sidang pagi dan petang, kalau tak, lagi lah jam! Ayeem dapat sidang petang. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Beratur, jalan, tunduk, sambut sijil, pandang kamera, jalan. Fuhh takde silap, Alhamdulillah. Tapi, ada sorang tu boleh pulak terjatuh sijil dia. Kesian doh. : (

Emak, Ayeem, Abah, Eddy (abang). Ain (adik) tak dapat datang sebab dia dah nak final. Tak syak lagi, Ayeem makin gemuk. Huarghhh! Dayumm dayumm! Ni lah jadinya kalau duduk rumah makan sedap²!

Tapi rasa ralat paralaks lah jugak kan sebab Ayeem tak dapat anugerah pelajar cemerlang. Argh! Sikit je lagi. FYI, Ayeem dapat Dean's List 5 semester berturut², tapi semester 6 jatuh gedebuk teruk gila. Nak dapat anugerah cemerlang kena dapat full 6 semester Dean's List. Tapi takpe lah, dah tak ada rezeki. Anyway, bercukur syukur lah jugak dapat CGPA 3.58 untuk Diploma in Computer Science ni. Ayeem still ada harapan untuk mintak MARA convertkan pinjaman MARA Ayeem kepada biasiswa nanti, InsyaAllah. Mintak² dapat lah. Doakan Ayeem ye kawan²? :')

Rasa macam pelajar AF pulak. Bersama cousin a.k.a classmate, Aween. Dia banyak support Ayeem.

P/S : Masih berpikir nak ambik course apa untuk degree nanti. Apa²hal pun Ayeem nak cukupkan kerja setahun dulu, cari pengalaman. Sekarang ni baru 5 bulan.
P/S : Dean's List - GPA 3.5 ke atas.



Friday, November 12, 2010

Contest Makan Ayam

LANGKAH :
1. Tangkap gambar korang tengah makan ayam (pose konon² makan pun boleh).
2. Buat entry tajuk "Contest Makan Ayam" dan upload gambar korang tu.
3. Letak banner atau widget contest tu di blog korang.
4. Submit permalink contest korang kat ruangan komen contest ni.


banner - sidebar

widget - bucu blog (latar transparent)
*size both banner & widget hanya 7kB. So, jangan risau, takkan lag.
*kalau nak resize banner/widget, pastikan nisbah width:height = 2:3.
*posisi widget boleh diubah, just tukar bottom ke top atau left ke right.
*kalau tak join contest, tapi nak support, boleh jugak letak banner/widget ni.

HADIAH :
Category : Paling Ayu
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Gelojoh
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Category : Paling Kreatif
No.1 : RM20 + Square flash banner + Cenderahati tajaan Kie-Yu
No.2 : RM10 + Square flash banner
Peserta Bertuah
Square flash banner + Topup RM10 tajaan Pujangga + Tapak Iklan Sebulan di Liyanaa.com
3 X Sagu Hati
Square flash banner setiap seorang.

KRITERIA :
Ayu/Kacak
Pose paling ayu-sopan atau kacak hingga sejuk atau beku mata memandang, akan menang. Juri perempuan akan dijemput sama bagi mengelakkan Ayeem dicop gay.
Gelojoh
Pose paling gelojoh hodoh (pose je hodoh, bukan muka) sampai buatkan orang rasa macam nak tumbuk, akan menang.
Kreatif
Pose paling lain macam, akan menang. Kalau tak ada pose yang kreatif, kami adili photo siapa paling artistik, nampak seni photographynya.
Bertuah
Random entry akan dipilih berdasarkan nombor bertuah di Random.org

TARIKH TUTUP :
11 Disember 2010

INFO TAMBAHAN :
1. Contest ni akan diadili oleh 5 juri termasuk Ayeem, supaya result nanti lebih adil, tepat, mampat dan montok.
2. Hadiah mungkin akan berubah mengikut kehendak para sponsor. Tapi Insyaallah tak akan berkurang, malah bertambah.
3. Seorang hanya boleh menang 1 tempat saja daripada 10 tempat ni.
4. Keputusan nanti akan dibuat menggunakan flash, Insyallah. So, korang boleh letak flash tu dekat blog/entry korang nanti.

P/S: Ayeem bukak luas peluang untuk korang happy! 10 orang akan dapat sesuatu, 10 ok! Bukan 3! So, jangan teragak² nak join! Maybe korang yang bertuah tu! :D