Sunday, September 26, 2010

Jom Bunuh!



Keputusan kes ni keluar Sabtu depan rasanya, sama-sama lah kita nantikan. Kalau tak dihukum bunuh mereka ni walaupun dah terbukti salah, memang ada lah yang tak kena tu. Kepada yang nak menyuarakan pendapat yang sama dengan Ayeem, boleh lah letakkan benda alah ni kat blog korang. Kalau nak lah. (muka serious)  :  |



Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri



SIPNOSIS : Menceritakan tentang pengalaman nak beraya diseliti beberapa kajian dan karutan.



Monday, September 06, 2010

Selamat Hari Raya



P/S: Anda dibenarkan untuk meng'copy-paste' benda ini ke blog anda. Kalau nak lah. haha. ;)



Saturday, September 04, 2010

Maydayka!



SIPNOSIS : Meluahkan pendapat tentang Merdeka diseliti sedikit nasihat. Mengarut pun banyak. Haha. Maaf lambat 5 hari dari hari merdeka.



Thursday, September 02, 2010

First Review Ever

Aritu time bohsan-bohsan tahap bohjan dan bohsia di Bosnia, Ayeem saje lah menggugel keyword 'ayeem ayam'. Nak tengok lah kan ape result yang keluar. Alangkah bangganya Ayeem bila menemukan ini . Perghh mana tak bangga kan blog yang baru lahir cam ayeemayam.com ni dah ada review sendiri. Entry yang dia buat tu khas untuk AyeemAyam pulak tu. Memang makin kembang lah hidung Ayeem sekarang ni. Sekali tengok memang ada rupa beruk yang kat Sabah tu dah. Haha.

Lepas tu, Ayeem terai pulak gugel keyword 'ayeemayam', lagi sekali Ayeem terkejut hampir-hampir beranak bila Ayeem jumpa yang ini . Yang ni lagi gempak, boleh pulak review pasal Ayeem tu satu entry dengan pesaing tegar a.k.a influence Ayeem, si Zack Zukhairi tu. Pergghhh, ini sudah gila. Kan wa dah cakap dengan lu brader, wa memang saing-saing lu je. Haha bapak toyo poyo kan Ayeem ni. Sepak sikit bontot Ayeem. Poyo sangat. Haha.

Tu je Ayeem nak cerita, sebagai tanda menghargai mereka yang turut menghargai Ayeem. Thanks eh korang! Teruskan menyapot Ayeem ok! Ok lah, Ayeem pun nak sambung buat entry merdeka yang baru 10% ni. Bajet Sabtu ni jugak kene release. Tunggguuu..... Salam! :D



Wednesday, September 01, 2010

Lembu Cisdel Ditemui

USA(United State of Ayam), 1 September 2010 - Lembu cisdel yang hilang dari laman CISDEL.COM telah ditemui di blog Ayeem Ayam semalam. Beliau yang kelihatan ketakutan didapati mengenakan kostum ayam berwarna hijau sambil memegang seketul sepanduk tanpa diketahui puncanya. Mari kita ikuti interview antara wartawan Ayam News, Noraciken dengan lembu tersebut :








Noraciken : Assalamualaikum, Encik Lembu.
Lembu : Wa'alaikumsalam warahmatullah hiwabarakatuh.
Noraciken : Apa encik buat ni?
Lembu : Saya menyamar menjadi ayam.
Noraciken : Mengapa?
Lembu : Saya takut disembelih, kan hari pengorbanan lembu-lembu sedunia dah dekat.
Noraciken : (dalam hati) Memang betul kata peribahasa melayu "Bodoh bagai Lembu". Raya yang dah dekat ni Raya Aidilfitri lah, bukan Raya Korban. Aku hempuk jugak budak ni. -_-"


p/s: Saje mencuba nasib. Mana tau dapat duit raya. Menarik contest ni. Admin cisdel.com pun memang kreatif orangnya (kipas/bodek. HAHA). Korang yang nak cuba nasib, sila klik ini (dah 2 kali link-kan contest ni. ni salah satu cara membodek jugak. haha). Btw, kalau header Ayeem Ayam kat atas masih tak tukar yang baru (seperti dalam gambar), sila clear cache and refresh. :)